assalamualaikum.

pernah x berlaku, korg asyik berhadapan dgn ketidaktentuan perangai manusia diatas jalan raya?

hmm... kedengaran tidak begitu jelas?? xpe, aku perjelaskan...

kejadian 1.
lokasi: simpang keluar rumah.
Mod kejadian: aku terlibat.
sejak aku terlibat dlm
accident di lokasi ini, aku menjadi extra cautious. aku sesungguhnya akan memastikan jalan clear sebelum aku keluar dari simpang itu. dalam kejadian pagi ini, sebuah motor bergerak dgn agak laju dari arah kanan jalan. since aku agak yg aku xleh melepasi moto tu, aku menunggunya dgn sabar utk dia melepasi aku. alih2, bila smpi btol2 dpn aku, die membelok masuk ke simpang. &%&^%^$*&)(())(&^$#$^&!!! aku tunggu beria, nk bg jalan kat die, dia blh sedap2 masuk simpang x bg signal. ape ke masalahnya nk bagi signal tu???? bkn kena bayar pon kan??? kalu xnk pakai signal, lain kali, beli moto, ckp siap2, "saya xnk signal ye. signal xyah pasang kat moto saye!" pembonceng itu blh terfikir utk tidak memberi signal, dan tidak memikirkan org lain yg memberi peluang utk dia melalui jalan itu dgn selamat.

kejadian 2.
lokasi: simpang 3 berlampu isyarat, sebaik sahaja keluar dari lebuh raya.
Mod kejadian: aku menyaksikan.
di simpang ini, selalunya terdapat polis trafik yang bertugas utk mengawal lalu lintas. normally, slps everything goes fine, polis trafik tersebut cuma akan memantau keadaan. ok, aku paham. sbb jalan dh ok, flow dh smooth. tp kejadian pagi tadi, buat aku btol2 x paham. so kepada mana2 polis trafik yang terpanggil utk menjawab isu ini, saya mohon kerjasama anda utk menerangkan kepada saya.
aku berada btul2 di hadapan lampu isyarat merah. masa tu, kenderaan dari arah bertentangan aku sedang bergerak. tiba2, terdengar bunyi siren ambulans, dari arah jalan yg satu lagi. (nota: aku sgt2 particular ttg ini. dalam ambulans itu ada org yg mgkn sedang bertarung utk hidup, ok!) ambulans itu tersekat dgn lebih kurang 4 atau 5 kenderaan dihadapannya. kenderaan yg ada kat depan ambulans tu berusaha utk kedepan atau ketepi utk memberi laluan, tp not much thing yg mereka blh buat, since kereta dr arah bertentangan aku, sedang bergerak laju. yg aku hairankan disini, ada seorg polis trafik, yg mgkn sudah habis bertugas, yg berada di simpang itu. he did nothing, melainkan menekan2 punat telefonnya, sdg bersms mgkn. atau mgkn sedang mendengar lagu. atau utk berprasangka baik, mgkn sdg melaporkan kepada bosnya yg dia sudah selesai menjalankan tugas. pd pandangan mata aku, kenderaan2 di hadapan ambulans itu amat memerlukan bantuan polis trafik berkenaan. ape ke salahnya, die pegi ke jalan tu, die stopkan kereta dr arah bertentangan, dan dia bg laluan pada kenderaan yg menghalang ambulans tu??? kalu ikut law polis trafik, xleh ke buat gitu. kalu nk kate xdengar siren tu, siren tu berbunyi dgn amat kuat ok!! aku x phm kenapa polis itu tidak memikirkan utk melakukan ape yg aku terfikir utk lakukan, jika dan hanya jika aku adalah polis trafik tersebut. die x begerak langsung utk membantu ok!! melainkan cuma melihat keadaan itu, dan meneruskan apa yg sdg die lakukan, yakni menekan2 punat handphonenya!

kejadian 3.
lokasi: simpang masuk ofis aku, simpang 3.
Mod kejadian: aku menyaksikan.
simpang masuk ofis aku juga simpang 3. pagi tadi aku agak lambat, dan aku pasti aku akan smpi lewat. aku pasti akan sampai pada pukul 08:00:30. walaupun masih pukul 8, ia tetap direkod merah jika ia mula tertulis sebagai 08:00:01. kembali pada cerita asal. didepan aku terdapat 3 buah kereta yang sedang menunggu jalan bertentangan clear, sblm masuk ke simpang ofis. jalan agak clear, then 2 kereta bergerak. pada agakkan aku, kereta di depan aku pasti x smpt masuk ke simpang, since lori yg besar gaban sedang bergerak laju dari arah bertentangan. tp, xsmpt aku memikirkan keadaan itu, tetiba kereta satria di depan aku membelok dgn lajunya utk masuk ke simpang, dgn jarak less than 1 depa dari lori yg besa gaban tu. lori tu pon terpaksa brek utk mengelak langgar kereta satria tu. rekasi spontan aku, "gileeee ke apeeee!!!!!!! astaghfirullah! yaAllah bahaye nyeee!!!!!!!!!!!!!! semata2 utk pastikan punch in time tidak merah, wanita itu mengambil risiko utk hampir dilanggar lori ok!!! u guys, please dont do this!!! wanita itu amat tidak memikirkan keselamatan dirinya dan org disekitar kawasan itu, melainkan hanya terfikir utk tidak punch in kaler merah. worth atau tidak, hanya dia ada jawapannya!

kejadian 4
Lokasi: lane kanan, lebuhraya.
Mod kejadian: aku terlibat.

Kejadian ini berlaku lebih kurang jam 5.25 petang. Aku berada di lane kanan MRR2. Kalu kalian dpt bayangkan, MRR2 adalah jalan yg amat lurus, dgn selekoh2 kanan dan kiri. Sampai di satu kawasan, yang mana tidak terdapat sebarang exit utk keluar dr MRR2 (even kalu ada pon, spttnya aku x terlibat, sbb aku kan kat lane kanan), tiba2 sebuah kereta di hadapan brek dgn mengejut. Keretaku adalah kereta ke3 di belakang kereta tersebut. Disebabkan hal itu, 7 kereta dibelakang kereta itu terpaksa brek mengejut, sampai berbunyi brek setiap kereta. Kami 7 kereta ni hampir jadi burger antara satu sama lain. Bila tgk balik, rupanya kereta td cuma nk tukar laluan jer. Tukar laluan utk masuk ke lane tengah. Sedangkan lane tgh tu amatlah clear!! So dia x perlu pon brek mengejut macam tu. Brek mengejut melampau tau. Kalian imagine la, kelajuan di MRR2 adalah around 90km/j. so itu kelajuan yg biasa digunakan di lane kanan. Tp wanita ni brek mengejut, sampai semua kereta hampir berhenti. N Smpi buat kereta lain nk accident sesame sendiri. End up, ke 7 7 kereta yg hampir berlanggar sesame sendiri ni hon marah pada wanita tu, termasukla aku. Blh die terfikir nk brek mengejut utk tuka lane jeeee, sdgkan die tidak memikirkan kebarangkalian accident yg mgkn berlaku disebabkan perbuatan dia tu. U guys, n aku sendiri juga, perlu amik pengajaran utk semua ni. Jgn pentingkan diri sendiri di jalan raya! N kalu rasa xleh or tak yakin nk bawak kereta, jgn bawak!

Kejadian 5
Lokasi: simpang 4, berlampu trafik.
Mod kejadian: aku terlibat.

Keluar dari MRR2, aku perlu melalui satu simpang 4 yg berlampu isyarat. Selepas melepasi lampu isyarat tersebut, ada satu kereta yg dipandu oleh seorg perempuan anggun bergerak di lane kiri, n aku di lane kanan. Jalan tu, mmg ada 2 lane. N berterusan utk jarak yg agak jauh. Masalahnya, pemandu tu tetiba terfikir utk mengubah laluan dan masuk ke lane kanan. Ada masalah ke utk urusan tu? Xde kan? Ok je dia nk tuka lane ikut suka dia. Mslhnya, aku ada kat lane kanan tu. So kalu die nk tuka lane, die kene bergerak ke belakang aku, atau bergerakla laju sikit, ke depan aku kan?? Tp , apa yg die terfikir nak buat, adalah menghimpit aku. amat tidak wajar! tidak memikirkan ape yg akan berlaku pada kereta yg dihimpitnya pulak tu. x phm btol la org bwk kete gini...

Kesimpulan: jalan raya tu kan utk kegunaan bersama. Xleh ke kalu semua pengguna jalan raya sama2 berhemah kat bila memandu/menunggang. Kalu berlaku sstu kemalangan (nauzubillah), kalu kita terlibat sbb kita bersalah, kalu x effect org lain, fine! Tergolek la sorg2. Tp kalu kesilapan kita buat org lain terlibat, atau mgkn menyebabkan org lain cedera lebih teruk dari kita, selesakah kita untuk meneruskan hidup kita nanti??


..bliss-ailye shared her feelings at 2334..