Masa master dulu dan masa aku kurus dulu, uh!, aku rapat berempat. Aku, cik S, pn M (kami sebilik) dan cik H. kami dibawah satu supervisor/co-supervisor yg sama.

Kami mendaftar pada sem yang sama. Pada sem kedua, kami perlu melepasi research progress/progress report (aku kurang pasti namanya yg sebenar. Somebody help me!). kami sama2 membantu buat checking antara satu sama lain. Tidur di lab, semata2 utk study sesame, n pastikan yg kami sama2 dapat lepasi tahap itu.

Seterusnya, kami berjaya menghabiskan sem 3 dan 4 dgn excellent. Smpi di penghujung sem 4, sama2 mengingatkan antara satu sama lain supaya kami dpt menghantar tesis pada waktu yang sama. Sem 4 berakhir, with none of us berjaya abiskan master within 4 sem.

Alhamdulillah, selepas 4 sem dan tambahan 3 bln menulis dan merapu ntah ape ape ntah dlm tesis tu,-ini aku saje, hajat kami utk sama2 hantar tesis dimakbulkan Allah. Aku kurang ingat susunannya, tp ke4-4 kami dpt menghantar pada bulan yang sama.

Beberapa bulan selepas itu, Cik H terlebih dahulu manghadiri sesi viva, diikuti pn M, aku dan cik S. seterusnya, cik H menghadiri sesi konvo seorg diri ahah, hehehe, tula, sape suruh buat pembetulan cepat2. Kan boring kene duduk sorg2! Hihik! diikuti dgn kami bertiga.

Terbaru: cik H seperti biase, terlebih dahulu dimurahkan rezeki menjadi penjawat awam berstatus tetap. Diikuti dgn aku menjelang tahun dpn. Cik S menjadi staf kontrak di utara Malaysia, manakala pn M pula di tgh semenanjung Malaysia.

Walaupun mereka belum dimurahkan rezeki utk dpt status tetap, aku yakin Allah pasti sedang memberi rezeki yang lain pada mereka. Pn M contohnya, sedang mengandung anak pertama. Anak yang lahir itu pasti akan membawa rezeki yg melimpah ruah pada pn M. Cik S pula, pasti sedang dan akan dilimpahi rezeki yg berlainan. Rezeki perkahwinan mgkn? (tangan letak atas dagu, sambil mata kelip2). *Wink*

Apepun, semoga Allah murahkan rezeki mereka dialam pekerjaan. Semoga mereka dimurahkan rezeki utk jawatan tetap satu hari nanti. Semoga aku dan boo dimurahkan rezeki zuriat. Semoga cik H bertemu jodoh yang terbaik utknya, insyaAllah. Amin..



..bliss-ailye shared her feelings at 1640..