Assalamualaikum.
Harini ada ceramah disini. Ceramah dimulakan dgn nyanyian merdu oleh kumpulan nasyid agensi aku bekerja. Hm, mmg merdu la depa nyanyi, pttla jadi juara utk pertandingan antara agensi dlm kementerian yang menaungi kami. ok, mari kt view sedikit gambar.

cenderahati dari penganjur program.

sibuk menyelak2 buku cenderahati. nk tau kenapa mereka seronok mentelaah?

buku ni ada panduan lengkap utk membaca. siap tulis yg mana 2 rakaat 3 rakaat semua. that's why seme org pon suka dpt buku yasin ni.

kumpulan nasyid yg sedang membuat persembahan.

Ceramah disampaikan oleh seorg ustaz yang merupakan guru agama dan juga ahli masjid di tempat beliau tinggal. Antara isi ceramah yang smpt aku catat (dek kerana syok sgt mendengar ceramahnya smpi tangan x smpt menulis):

1) Percaya dan yakin adalah 2 perasaan yang berlainan. Contohnya, ramai manusia percaya tentang hari kiamat, tapi hanya segelintir yang benar2 yakin dgn kejadian itu. Oleh sebab itu, ramai yang masih melakukan maksiat kerana mereka hanya percaya tetapi tidak atau kurang yakin.

2) Kita harus memupuk semangat untuk melibatkan diri dalam masyarakat. Kita perlu ambil berat tentang masyarakat kita. Analogi cerita – ada sebuah kapal yang dinaiki oleh 2 golongan manusia, sedang belayar. Golongan rendah duduk di bahagian bawah, dan merekalah yang menggerakkan kapal. Mereka terdiri dari golongan yang gemar bersuka-ria, mabuk dan sebagainya. Manakala satu golongan lagi, adalah golongan yang kuat beribadat dan duduk di bahagian atas kapal. Satu hari, kapal tersebut mengalami masalah kebocoran, tapi tidak diendahkan oleh golongan pekerja since mereka sendiri sedang asyik dan mabuk dengan kehidupan mereka sendiri. Golongan yang kuat beribadat pula mengambil pendekatan untuk tidak menegur golongan pekerja yang dianggap sibuk mengganggu ibadat mereka. Akhirnya kapal tersebut tenggelam, mulanya di bahagian bawah, sehinggalah habis keseluruhan bahagian kapal. Tapi kesannya adalah lebih mendalam pada golongan yang kuat ibadat tadi, kerana mereka mengalami 2 kali seksaan. Seksaan pertama adalah seksaan jiwa, iaitu bila melihat golongan pekerja yang mati lebih awal, dan mereka tidak dapat membantu. Dan seksaan kedua adalah bila mereka sendiri turut terkena musibah, hanya kerana mereka sibuk dengan ibadat masing-masing sahaja. Kesimpulannya, adalah menjadi tugas kita semua untuk memastikan dan membantu agar masyarakat kita semakin mengikuti cara islam yang sebenar, mengurangkan maksiat, menyeimbangkan antara dunia dan akhirat. kita harus bergerak seiring.

3) Ajarlah anak untuk bersolat sejak dari umur 7 tahun, dan sebatlah mereka jika mereka enggan bersolat selepas berumur 10 tahun. Tempoh 4 tahun itu adalah tempoh yang terbaik untuk menyemai kesedaran tentang kepentingan solat itu dalam diri mereka. Dan bukan sahaja bersolat, malah dalam pekerjaan juga boleh dipraktikkan. Untuk semua kerja yang kita lakukan, ambillah masa untuk kita betul2 faham dan yakin tentang pekerjaan kita.

4) Surah aldzariat (ayat 23) membawa maksud “maka demi tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kami ucapkan". So watch your mouth when you say something. Kerana kata2 kita adalah doa. sentiasalah berdoa perkara yang baik-baik, serta doakan orang lain, kerana Allah itu Maha Mendengar.

5) Percaya pada kebesaran Al-Quran.

6) Tolong Allah, dan Allah akan menolong kita. Jadi, mulai harini, tanamkan azam untuk menjadi lebih baik, libatkan diri dalam komuniti dan sentiasa sebarkan syiar Islam, walau dimana pun anda berada.

p/s: sesekali, kita perlu mendengar “makanan jiwa” kerana sesungguhnya ia mampu mendamaikan hati.

YaAllah, peliharalah diriku, suamiku, ahli keluargaku dan sahabat handaiku dari melakukan dosa secara terang-terangan atau tersembunyi serta azab api neraka.


..bliss-ailye shared her feelings at 1420..