..bliss-ailye shared her feelings at 1957..
bahan2:
bawang merah ditumbuk.
bawang putih dititik.
~kedua2 ditumis.
then, masukkan segala sayur2an seperti:
~kailan + carrot + bunga kubis + cili besar + baby corn + sawi
then, masukkan air.
then, masukkan segala rencah2 bukan sayur2an seperti:
~fishball + fish cake + daging + ayam + udang + sotong
then, bahan-bahan tambahan yg memberikan keunikkan rasa mee hailam seperti:
~kicap pekat + lada sulah + sos tiram + minyak bijan
then, masukkan cili api mengikut tahap kepedasan anda.
then, masukkan sedikit garam + gula mengkut tahap selera anda.
then, letak sedikit tepung jagung (1@ 2 sudu) untuk memekatkan kuah.
then, pecahkan sebijik telur.
then, blh makan dah. :)
..bliss-ailye shared her feelings at 0920..
Bwg putih + merah + lengkuas + halia – dihiris, then ditumis.
Masukkan air akar daun ketumbar yg telah di kisar.
Masukkan cili api yg dh dikisar.
Masukkan serai.
Masukkan ayam.
Masukkan sayur – mcm2 blh masuk such as carrot, baby corn, bunga kubis, mcm2 lagi la, ikut taste memasing.
Masukkan sotong.
Masukkan udang.
Masukkan daun limau.
Masukkan air limau nipis.
Masukkan tomato.
Ok, tips dr MIL ku, rasa tomyam ni yg plg ptg, dtg dr air akar daun ketumbar tu. Itu yg buat rasa tomyam berbeza dr yg lain.
Siap.. utk dimakan!
..bliss-ailye shared her feelings at 1115..
Serai – dititik
Garam secukup rasa
Then bile ayam dah nampak tersejat, masukkan kentang. then bile kentang dah empuk, baru masukkan asam keping.
*reminder: kalu nk masuk kentang, masukkan asam keping lepas masuk kentang, sbb asam keping tu nanti buat kentang susah nk empuk.
Santan dari 4 biji kelapa.
Mendidih, siap utk di makan..
Ayam kampung ni kan, org jarang nk masak, sebab kononnya cam leceh sikit. Mcm ayam pasar, blh terus masak. Tapi ni nak btau ni, ayam kampung, rasa nya gabanla jauh lebih enak ok! Kire worth it la kalu bersusah payah nk kena tangkap dari dlm reban, then kene sembelih, then kene rebus, then kene cabut bulu ayam, then kene layuh, then kene bersihkan balik, kot kot ade yg terjadi arang sikit, then basuh, then baru blh masak. So kalu kat KL ni, skip langkah awl tu smpi la ke layuh ayam tu. Rasa masakannye, amat la enak skali ye kawan2. So, kalu nk rasa lebih sikit keenakkan masakan, cubala masak ayam kampung,n ikut seme atur cara masak ayam kampung tu. Korg pasti tersenyum n tersandar kekenyangan. Kalu xnk pon xpe. Masing2 punya cita rasa. Bak kate abg skr, masing2 punya tahap rasa sedap tu x sama. lidah masing2. :)
..bliss-ailye shared her feelings at 1111..
Cili merah – sekadar memeriahkan majlis. Nk bg cantik, tp hotnya datang dr cili api.
Asam jawa sebesar sepenumbuk –tgk penumbuk memasing besa mane, bajet2la masamnya.
Gula 2 senduk – tgk gak umah memasing senduk besa mane. Kesimpulannye, bajet2 la bagi secukup rasa.
Garam secukup rasa juga.
Campur kesemuanye.
skrg kita berada di sesi memasak ye kawan2. ni byk dh kongsi resepi ni. sebelum tu nk btau pada semua, kenapa resepi2 ini aku mahu kongsi. kerana ini adalah dari mereka yang berpengalaman. dari mereka yang arif memasak. mcm ni la lebey kurang. semua org boleh masak kan? iye... btol... semua org blh masak. tapi, apa yg membezakan antara satu sama lain? rasanya... kesedapannya... kehangatannya... eheh.
contoh, di luar sana, ada byk sgt kedai yg jual nasi ayam. tetapi...:
~ada nasi ayam yg marvellous!
~ada nasi ayam yang, "makcik, nasi ayam makcik sgt sodap. mintak resepi blh??
~ada nasi ayam yang sedap...
~ada yg blh la..
~ada yang.."tak mau makan dah kat sini"...
~ada yang, ni masak ape ni????
so aku cuba untuk memasak utk menghasilkan rasa seperti 3 baris di atas tu. tak mau masak kire lebey kurang. rugi sgt sgt rasenya, bila peluang untuk belajar ada terbentang di depan mata, tapi kt x grab. n end up dgn kt masak gitu2 jek. kire cukup2 bagi perut kenyang jek. tp kehangatan, keunikan, dan kesedapan tu kita x dpt pon nk sediakan.
jadi, dengan bertanya pada mereka yang pakar, pasti kita akan dpt bykkkk petua, macammana nk bagi sedap, macam mana nk bagi enak, macam mane nk bagi MANTAP!
sudah2 dengan membebel. hari ini aku mahu berkongsi cara memasak lontong, versi MIL ku.
1) hiris bawang putih bawang merah halia kunyit lengkuas - tumiskan.
2) masukkan udang kering.
3) masukkan serai yang dititik.
4) dah garing sikit, masukkan santan.
5) then bile dah mendidih seme2 tu, masukkan sayur2 nya - lobak kacang panjang sengkuang dan tempe.
6) then bila sayur tu cam dah masak sikit masukkan pulak suun pucuk tauhu dan udang.
7) sambil2 tu, goreng tauhu, pastu potong dadu, pastu masukkan dalam kuah. napenye kene goreng dulu, supaya xla die lembik sgt, nanti hancur pulak tauhu tu.
8) last but not least, touchup2 sikit rasa, letak garam n gula.
9) ready!!
jgn lupa rebus nasi impit. n buat kuah kacang. wah sodap!
..bliss-ailye shared her feelings at 1740..
mee lebok-lebok? ape tu? mmg nama die gitu ke?
ye kawan2, mmg namanye begitu. mak ku yg memberi namanya. kenapa nama die gitu, sebab mee ni nk buat amatlah senang. lebok-lebok (kacau2 secara malas) jek.
namun, rasenya tidaklah semalas gambaran membuatnya. mahu cuba? sila lah!
1) hiris daging, tebal atau nipis mengikut kesesuaian anda. buatla saiz standard cam org nk goreng mee.
2) rebus daging tersebut.
3) sambil2 rebus tu, kupas bawang putih dan halia. jgn ditanya bilangannya kerana aku juga kurang pasti. bak kate mak aku, "kena byk!" atau.. "awk adjustla sendiri. bajet bajet". so suggestion aku, utk masak utk 2 bungkus mee, kupas la dlm 10 ulas bawang putih, dan halia lebih kurang besa ibu jari kaki. kedua2 nya ditumbuk.
4) tumis bwg putih dan halia itu, then masukkan daging beserta dgn air rebusan td..
5) kalu air x cukup, tambah air skit. matlamat adalah utk buat ia berkuah cam mee sup.
6) masukkan fish ball n fish cake.
7) dah mendidih, masukkan kubis, daun sup n daun bwg yg dipotong cam potong sawi tu. lebih kurang seinci ke. bkn nya potong yg utk tabur2 kat dlm sup tu yek.
8) masukkan serbuk lada putih (dgn sgt byk, kalu blh smpi tersedak, ni serius ni).
9) then ketuk cili api. tambah garam mengikut kesesuaian rasa.
10) sedia utk dihidang. jgn lupa taburkan bwg goreng.
cubalah ye kawan2. amat sedap (kalu mak ku masak la.. huhu). anyway, pttnya amik gamba mee lebok2 tu dlm pinggan. tp terlupa pulak. so amik gamba kuah jela. nanti la bila buat lagi aku letak gambarnya yek. :)
..bliss-ailye shared her feelings at 1554..
resepi dari mak - sambal kering utk tahan lama punye! (tajuk yg pelik).
resepi ini direquest dari pn mai utk bekalan suaminya mgkn. die merequest resepi sambal kering yg blh tahan dlm flight, dan tahan 2 hari.
gini yek.
1) goreng ikan bilis, sehingga garing. angkat.
2) goreng bwg merah n putih yg dihiris, sehinggar garing. angkat.
3) goreng cili untuk sambal, sehingga garing. then masukkan garam, gula, dan asam keping yang dibasuh sahaja. no water at all pls.
then, bile semenye dah garing gaban tu ( ala2 dh bau cam nk hangus tu, hehe!), masukkan balik ikan bilis dan bwg td. no bwg besa potong juga.
4) toskan sambal tu, bagi keluar minyaknya.
5) dah sejuk btol, barula di packkan.
sedap gak ni. tp baru malam td masak sambal tumis bilis. takpe lain kali pulak buat.
resepi dari pn amizuno - makaroni goreng.
next, malam td boo request makaroni goreng. honestly, aku x penah buat. yg penah buat pon, kalu makanan org putih ini, spagetti, tu pon by my sis. tu pon dh dimelayukan kasi pedas seme. since aritu pi umah pn amizuno, die masak makaroni yg sedap, aku pon mintakla resepi darinya. tp ttp x masak mlm td, kerana:
so resepinya adalah....
1) bawang besar di cincang dan digoreng, then masuk cili mesin.
2) masukkan tomato puree, daging cincang, cendawan butang cincang.
3) bubuh gula, garam.
4) bubuh makaroni.
laa, simple rupenye. dah tu napela x penah buat dari dulu. erm, aku tau jawapannya. ianya kerana aku x suke makanan org putih! aku ni mmg perut melayu sgt2 la. kenyang cemane pon, nk gak nasi.
okla, nanti blh try. bile ntah yg nanti tu. dh seme benda pon x beli lagik.
..bliss-ailye shared her feelings at 1215..
ni resepinya dolu yek (mcm biasa, utk berkongsi, dan juga supaya xilang resepi nih):
tepung 1/2 kg
tepung ubi 1/4 kg
susu tepung 2 sudu
planta 2 sudu
yis 1/2 paket
gula 2 sudu
garam sedikit
air bubuh sikit2, sampai blh diuli.
uli dan uli dan uli dan uli. then biarkan kembang. then br la amik bulat, membentuk dough.
kesimpulan donut kali pertama ni:
rupa:k.o.
rasa: o.k.
hihik. tp kena dimakan semasa ia panas, jika tidak, mgkn gigi blh tercedera. uh uh! mcm mana mak paka buat, lembbbbbutttt bangat. xcukup menurun ilmu lagik nih nampaknya.
..bliss-ailye shared her feelings at 1310..
sape tgk cerita di tv3 mlm ini? "aku juga wanita" tajuknya. cite ni dh penah main pon dolu. nway, kurang aj** sungguh lelaki itu.
ok, mari kita bercerita tentang menu berbuka puasa hari ini. hari ni adalah hari ahad, so bykla masa utk bereksperimen. eheh. semalam sudah berbuka sama satu family di E5. ok, here's the menu.
RESIPI MUSHROOM SOUP.
~tumis 1 sudu mentega.
~masukkan sebiji bawang besar yg telah dipotong dadu.
~bila layu, masukkan 2 biji kentang yang telah dipotong dadu ke, potong panjang ke, potong ape2 la.
~then goreng lagi...
~then masukkan air, dan setengah tin susu cair.
~biarkan mendidih, dan tunggu sampai kentang empuk.
~then masukkan 5-6 kuntum cendawan butang yg telah dipotong2. then tutup api.
~utk elakkan blender anda meletup, sejukkan dahulu sup ni.
~blend kesemuanya.
~masukkan balik dalam periuk, panaskan, dan adjust tahap kelikatannya, kalu nk likat, tambah sikit saje air, kalu nak cair, letak air banyak skit.
~masukkan kiub ayam, garam, cendawan butang yg dicincang2, oregano dan serbuk cili. biarkan mendidih. tutup api, angkat.
~THAT'S IT!!
malam sikit, lepas buka, goreng donut pulak. dough nye telah disediakan petang td.. cerita pasal donut, bersambung...
..bliss-ailye shared her feelings at 2143..
sambal ikan duri. ikan duri terdiri daripada golongan ikan berbisa, yang mana tidak harus dimakan semasa pantang. so lauk ini untuk boo n akmal saje. byknye minyakkk!! masa amat sedikit, balik umah smpi lmbt. so nk percepatkan, letak la minyak byk skit!
sawi (aku baru sahaja dianugerahkan ijazah doktor kehormat masak sawi, dari universiti tut tut, yg mana canselornya adalah boo. ngihihi!). sawi itu dicelur, kemudian tauhu digoreng dan disusun diatasnya. then, tumis bwg putih n halia, letak sos tiram, air, tuang atas sawi itu. then buat bwg goreng, tabur kat atasnya. yummy! resepi dari my officemate. gratitude to her.
ayam halia. resepi same je seperti buat daging halia.
boo kate, gambar2 ni mcm besa sgt. tp... ini utk tatapan mataku sendiri. rasa puas ati pulak dpt tgk gamba besa2 gini, walaupun masak2 pondok2 jek. hmm, dh la. tu jek.
..bliss-ailye shared her feelings at 2144..
uwaaa!! waaa!! waaaawaawaa! byk gile keje, byk gileeee keje, byk gileeeee kejeeeee!!!! rase pening, rasa nk muntah, semua ade. erkk. end up dgn, aku cuma dpt senaraikan keja aku yg tertangguh, n seeding cell. that's all. nk manage balik jadual n semua keje, it took about a day utk settlekan mende tu jek.
tp, dlm uwaa uwaa waaa waa tu, ada keluar, " riang hatiku.. tidak terkira....!". i got a new laptopin. ngihihihi. selepas satu tahun lima bulan bekerja, dan menggunakan laptopin sendiri, akhirnya aku dpt juga laptop utk so called kegunaan pejabat. walaupun harta tempat kerja, tp akula pemiliknya selagi aku bekerja kat sini. hmm, suke suke! tp... laptopin lame ini ttp menjadi pojaan. ttp menjadi siulan. uhuk. laptopin itula yg menemani jari aku selama 2 thn 3 bln, sekaligus berjaya menggenggam (ayat buku nih) segulung ijazah. anyway, x sesuai dah rasanya guna pekataan menggenggam segulung ijazah. mane ade kt genggamkan?
ok, that's all for today. n this is juadah utk berbuka.
..bliss-ailye shared her feelings at 2106..
daging, perap sama garam, kunyit, halia, lada hitam, goreng, letak kicap, bwg besa, bwg putih, lada merah.
sup sawi, pecah telur sebijik.
hmm, sungguh bersemangat utk masak, utk amik gamba, utk tulih blog. those yg kenal diriku aku, mmg gini la kan. time semangat, semangat sungguh. time x semangat, then that's it laa.
..bliss-ailye shared her feelings at 2105..