mee lebok-lebok? ape tu? mmg nama die gitu ke?

ye kawan2, mmg namanye begitu. mak ku yg memberi namanya. kenapa nama die gitu, sebab mee ni nk buat amatlah senang. lebok-lebok (kacau2 secara malas) jek.

namun, rasenya tidaklah semalas gambaran membuatnya. mahu cuba? sila lah!

1) hiris daging, tebal atau nipis mengikut kesesuaian anda. buatla saiz standard cam org nk goreng mee.
2) rebus daging tersebut.
3) sambil2 rebus tu, kupas bawang putih dan halia. jgn ditanya bilangannya kerana aku juga kurang pasti. bak kate mak aku, "kena byk!" atau.. "awk adjustla sendiri. bajet bajet". so suggestion aku, utk masak utk 2 bungkus mee, kupas la dlm 10 ulas bawang putih, dan halia lebih kurang besa ibu jari kaki. kedua2 nya ditumbuk.
4) tumis bwg putih dan halia itu, then masukkan daging beserta dgn air rebusan td..
5) kalu air x cukup, tambah air skit. matlamat adalah utk buat ia berkuah cam mee sup.
6) masukkan fish ball n fish cake.
7) dah mendidih, masukkan kubis, daun sup n daun bwg yg dipotong cam potong sawi tu. lebih kurang seinci ke. bkn nya potong yg utk tabur2 kat dlm sup tu yek.
8) masukkan serbuk lada putih (dgn sgt byk, kalu blh smpi tersedak, ni serius ni).
9) then ketuk cili api. tambah garam mengikut kesesuaian rasa.
10) sedia utk dihidang. jgn lupa taburkan bwg goreng.

cubalah ye kawan2. amat sedap (kalu mak ku masak la.. huhu). anyway, pttnya amik gamba mee lebok2 tu dlm pinggan. tp terlupa pulak. so amik gamba kuah jela. nanti la bila buat lagi aku letak gambarnya yek. :)


..bliss-ailye shared her feelings at 1554..