Assalamualaikum.

Just now aku chat dgn 1 of my best buddy gak masa zaman blaja dulu. Seronok sungguh borak dgn kawan lama ni, membuatkan kt rasa muda kembali, weehee! Sambil2 borak, keluar cerita ttg holiday (antara anti-stress yg amat baik).

kawan: eh awk x g memaner ker hujung tahun nih?
bliss-ailye: dh, aritu pi cherating.
kawan: wau....syok ar kan bercuti nih....terasa cam cinderella.... tiba masanya kena balik jadi yg asalnyer
bliss-ailye: eh eh.. hmmm.. blh la kot. Hihik!
kawan: yela jd pelancong kan ker cam org kaya x kesah duit byk maner yg kluar. biler nk balik br sedar kene jd kuli balik
bliss-ailye: awk, kalu awk pikir awk keje ngan org, mmgla akan rasa cam kuli. cuba awk pikir awk keje utk diri sendiri, so awk pasti akan rasa cam awk bos. hihik.


sebelum tu, tq to kawanku, for bring up this issue. Anyway, I do respect ur opinion, (kt memaksudkannya tau, kot la awk rasa pelik kt publish mende ni kat sini. Kt bkn nk publish awk ckp ape, kt nk publish permulaan pada isu ni je sebenanya tau. Jgn rase pelik tau!). Since seme org pon ada pengalaman yg berbeza. So definitely awk ada sbb yg kukuh utk merasa begitu.

Ok, ramai sgt org yg menganggap dirinya kuli (kerana selalu berasa terpaksa memenuhi selera bos, mgkn??). Ramai juga yang menganggap pekerja yg lebih rendah darinya adalah kuli. Tp utk aku, tu semua bergantung pada mind setting kita. sebagai contoh, di sektor kerajaan, siapa yang membentuk dan menggerakkan kerajaan? Semestinya kt semua, gabungan pemimpin dan pekerja. So setiap satu pekerja ni sumbangan dia amat penting dlm menggerakkan kerajaan. Bygkan kerajaan yg dihuni oleh pemimpin sahaja. Sejauh mana tenaga mereka blh menggerakkan kerajaan dan menghasilkan kemajuan? Jadi, pupuklah rasa pentingnya sumbangan kita negara. Dgn cara itu mgkn blh buatkan kita bekerja dgn lebih seronok. Kt bukan bekerja utk org lain, kt bekerja utk kerajaan, serve utk kerajaan. N siapa pulak kerajaan? Kt semua! So bkn ke sebenarnya kt ni bekerja utk diri sendiri.

Okla, mgkn ada jugak org ckp, saya bekerja di atas arahan bos, memenuhi kehendak bos, memenuhi benchmark bos, utk memenuhi kpi bos. Tp bile pikir balik, kenapa kehendak, benchmark, kpi tu perlu dipenuhi? Bkn ke utk menggerakkan seluruh struktur kerajaan tu sendiri? So, wpun kt menganggap kerja kt dilakukan utk bos, dia bkn mendapat untungnya. Bkn nya kita tlg basuhkan baju die, tlg gosokkan baju kurung dia. Kerja kita, walaupun atas arahan dan kehendak dia, tapi adalah untuk kepentingan keseluruhan organisasi. Untungya adalah secara keseluruhan. At last, kt ttp dpt gaji yg sama setiap bulan, begitu juga dia. Gaji itu adalah bayaran utk segala usaha yang telah kt lakukan pada bulan itu. Jgn difikir pula samada gaji org lain itu worth atau tidak dgn apa yg dia lakukan, kerana itu adalah tugas dan hak dia. Xyah pening-pening nk pikirkan gaji org. apa yg berubah sebenarnya adalah apa yg dpt dihasilkan secara keseluruhannya oleh sstu organisasi itu utk kemajuan dan kepentingan semua.

Tiada siapa pon yg ptt merasakan dirinya atau org lain adalah kuli. Org suka rasa tukang buat air tu kuli, tukang sapu tu kuli. Tp cuba bayangkan, tanpa tenaga mereka, semestinya proses pekerjaan yang telah sedia ada ni x menjadi lengkap. So definitely tenaga mereka pon memainkan peranan dlm menyeimbangkan keadaan ini. So siapakah kita untuk menggelar golongan pekerja tersebut adalah kuli??

Kesimpulan:
yang diatas-jgn pupuk perasaan bahawa org bawahan anda adalah kuli
Yang dibawah-jgn pupuk perasaan bahawa anda adalah kuli yang bekerja utk org diatas.


setiap orang adalah sama rata dijadikan Allah. yang membezakan kita semua adalah iman kt.

My 2 cents of view.

..bliss-ailye shared her feelings at 1308..