Showing posts with label tempat makan best. Show all posts
Showing posts with label tempat makan best. Show all posts

assalamualaikum, salam hari wanita pada semua!

well, hari jumaat kan hari wanita.nak nak bile sampai pukul 12.15. ditambah pulak bile tarikhnya jatuh selepas 25 hb. mane2 shopping complex kat mesia ni kompem penuh punye. ari jumaat la waktu paling best utk sokping. so ini ada tips utk anda semua, sekiranya anda seorang shopaholic jatuh dalam golongan orang yg amat menghargai hari jumaat:

1) pastikan kad atm @ kad debit @ kad kredit anda tidak dibawa bersama jika anda berniat utk ke shopping complex. bawak IC dan sedikit duit utk lunch sudah mencukupi.
2) jika iman anda tidak kuat, jangan masuk ke kedai yang ada tanda "we accept mastercard @ VISA". itu perangkap namanye.
3) jika kawan anda mengajak anda untuk menemankan beliau utk membeli barang di shopping complex, tolak pelawaannya dengan baik dan berhemah. katakan saja anda ada banyak kerja yg perlu disiapkan. kerana normally tukang ikut akan lebih over mengabiskan duit berbanding org yg btul nk beli barang. pastu siap tersengih riang pulak tu bila berjaya mendapatkan hasil tangkapan yg tidak dijangka.
4) jika anda ada niat utk bershopping, jangan ajak kawan anda yg turut shopaholic utk menemankan anda. sama2 positif x bley, akan disaster nanti. kita perlu ada satu individu yg positip, satu individu lagi negatip tapi percayala, amatla x ramai perempuan mampu menjadi negatip .
5) jika ada antara rakan anda yg berminat untuk meminjamkan duit (sgtla byk berlaku yek), sekali lagi, tolak dengan berhemah. berfikirlah dengan waras. sayangi masa depan anda. eceh.

kesimpulannya, sekiranya anda mampu melakukan ke5-5 langkah diatas, anda berada di atas trek yg betul, dan berada di jalan yang benar. alhamdulillah.

masalahnya aku tak!!! uuuuu!!! camane niii!!! boleh bet la, kompem x ramai org yg blh buat kelima2 langkah kat atas. xbley, thn ni dh buat azam, xmahu cenggitu dah. cukup2la perangai gitu dr zaman blaja. siap kalu nk buat x rasa besalah, shopping brg utk seme ahli keluarga. so xla rasa besalah sgt. hihi.

ok, sambung cite...
ari jumaat juga adalah hari utk makan hebat skit. makan yg kat kedai yg ada menu, yg blh goyang2 kaki sambil pilih nk makan ape, n boleh borak2 sambil tunggu order smpi. uuu, dulu janji dgn hakak2 tempat keje lama nk pi makan subway, smpi ke akhirnye x dpt makan. :(

today aku, miss n madam I pi makan kat 1 of my favourite place, yakni Ani Sup Utara. mengapa aku suke makan kat situ? simple, i like soup very much. uih. segala mala yg berkaitan dgn sup. sup ayam sup daging sup ikan. makan pulak dengan sambal belacan pedas, wahhh!! bak kate ahli keluargaku, memang menendang la! :D tp kalu sampai sedut sup gear box pakai straw tu blum tahap aku lagi. so blum otai lagi dlm memakan sup.

then, abis makan, xtau dh nk pi mane. nk pi mengikut trend wanita2 kini (sokping, paling x pon window shopping), terasa x larat pulak. matahari memancar dgn amat kuat skali. skrg ni cuaca agak panas, hampir setiap hari. dengan perjalanan pergi dan balik selama lebih kurang 1 hingga 1.5 jam utk setiap perjalanan, sudah cukup utk buat aku rasa letih sekali. wah, ini adalah pengalaman berharga, bersusah2 utk mendapatkan rezeki yg halal. eceh. nanti dah tua, bukak balik blog ni, teringat la balik zaman2 gini..

so arini, matlamat adalah: saya mahu balik awal! oleh kerana mahu balik awl, maka perlulah habiskan kerja dgn cepat. "marila mari, membuat slaid, tunaikanlah kewajipan, pada pelajar...." *singing mode*

:)

currently listening to: cinta terakhir - aiman.

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita…

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia…

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir…

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan

lagu ni sweet.. tenang jek denga.. :)

..bliss-ailye shared her feelings at 1339..

assalamualaikum.

ini gamba tahun lps. gamba sewaktu kami makan kepok lekor di tepi pantai. teringat zaman matrik dulu. hampir tetiap ari aku akan makan kepok lekor acik yg jual kepok lekor di tepi pusat matrik tu...

makan kepok lekor sambil memandang ke arah pantai. pandang pantai kan sunat. dpt pahala. selain dari pantai, perkara sunat yg kalu kt pandang, kt dpt pahala is, muka ibu bapa kita, alquran dan kaabah kalu x silap aku. n kalu x silap gak, ade satu lagi, tp dh lupa la pulak.. ni ayh la yg btau, masa ayh pi denga ceramah satu masa dulu. alhamdulillah, dah la aku mmg sgt suka pantai. masa zaman muda2 dulu, sokmo berangan dpt kawen dgn org tganu. hihik.

ni gerai kepok lekor bedekatan dengan hotel residence resort paka. sedap gak kepok lekor nye. kepok lekor ni, konsepnya, kalu makan panas2, makan pulak dpn pantai, mmg akan sedap punye. dh nature nye gitu...

on the way, jumpa pulak ngan mamat ensem ni. ensem kan?? cool jek nampak. kambing mmg ensem!

..bliss-ailye shared her feelings at 1118..


blog 57 - Melaka.

assalamualaikum.

Sabtu ahad yg baru berlalu kami gunakan utk bertemu busu di kampung. lama sgt dh rasanya x blk kmpg. last skali kami balik adalah pada hari raya puasa yg lalu. (bayangkan, ni dh abis bln raya haji pon. xke dh lama sgt tu. huhu!).

sebaik sahaja mak paka n abah bergerak blk (mereka singgah di kl, dlm perjalanan dari kmpg ke paka), kami pon mulakan perjalanan. hajat di hati nk berenti makan kat luar, so x masak pon utk tgh ari. tp perut amat memulas skali. so, berenti makan di rumah kakak ku.

bila perut kenyang, hati pon senang la kan?? (tu lagu ke?). then kami mulakan perjalanan ke selatan..

sampai area bangi, 2 2 pasang mata pon suda jadi kecik. perut kenyang hati senang punya pasal la ni. so boo proposed utk carik kopi..layan kopi dulu.

alhamdulillah, jalan sedikit jem, tp x seteruk mana. kami smpi di melaka dgn selamat.

malam: duduk2 saje, masak lauk sardin goreng asam + sayur sawi jepun goreng + makan sama nasi panas. fuh. sila bayangkan perasaan yg sungguh enak itu ye tuan-tuan dan puan-puan.

the next day, kami sudah bajet mahu ke satu kedai makan di kuala sungai baru. kalu dari arah masjid tanah, masuk ke simpang kiri sebelum fly over ke pekan. jalan tersebut menghala ke arah medan ikan bakar kuala sg baru. kedai makan tersebut terletak kira2 2-3 km selepas simpang td (i think i should fine more information from my sis, macam mengarut je tanda arah aku ni) dan ade sebatang pokok besa di sebelahnya.

so inilah kedainya.

ini pula tempat makanannya.

busu (2x) ku.

boo n my cousin.

ini lontongnya.

ini pula nasi lemaknya.

next, singgah di tepi jalan berdepan dengan kedai makan. ada pangkin penjual ikan segar.

pilih2, ikan segar2.

org lain pilih ikan, aku pose. eheh.

selesai beli ikan, kami pulang ke rumah. lepak2 lagi, sambil menggait buah rambutan yang tinggal 5 6 biji tu. dh la tinggal sikit, tinggi2 pulak tu. huhu. tp atas dasar kesabaran busuku, dpt gak makan buah tu. then, tgh ari, aku dan n boo bergerak ke bandaraya melaka.

to be continued...


..bliss-ailye shared her feelings at 1220..

Hari ini kami berempat (aku, kak A, kak M dan J) pergi makan di The Store Sg. Buloh. Uiiiiii, jauhnyaaa!!! Hmm, tula perasaan aku masa depa ajak pi sana. Tp bila dh sampai, rupanya rumah aku lagik jauh dr tmpt keje. Uhuk.

Eceli, akak2 ni mahu mencarik kasut. Aku? Sudah pasti tidak blh membeli kasut, kerana baru sahaja membelinya. Mahu kena pelangkung sama semua org??! huhuk.

So, b4 si akak2 ni mencari kasut, kami makan dulu. Menurut suggestion rumet opisku, makanan terhebat (eceh) yg ada di situ adalah yong tow foo. Hm, so aku pon mencubenya.


Mmg sedap yek.aku, kak A n J, semenya membeli makanan ini. Blh ajak depa semua kat rumah dtg sini utk makan yong tow foo. Rasenye mengalahkan yong tow foo pasar malam yg slalu kami kat rumah beli tu. Dah la murah. Slalu kalu beli kat jusco, maunya 5 6 hinggit. Ni sepinggan ni RM3.90 jek harganye. Kalian semua juga blh mencuba.


N ade satu lagi menda sedap. Nasi ayamnya, yg dibeli kak M. Wah, sambal nya just nice, sup nya panass berasap2 (sgt penting ye sup nasi ayam dihidangkan panas –bliss ailye’s requirement). Kalu dikutkan nafsu durjana yg selama ni aku ikut smpi bdn naik n seme org tego, sbb pe naik, sbb pe nampak tembam, wah nmpk berisi skrg, wah, dh ade isi ke?? Smpi aku jadik sakit atii uwaaaa tolong!! maunya aku beli nasi ayam tu jugak. Tp nasib baik ada satu bisikan halus yang kedengaran sungguh jujur dan ikhlas smpi kat telinga aku, "weh ko ni, xcukup lagi ke dagu ko macam nk berlipat dh tu???" Fuh, nasib baik aku berjaya utk tidak membeli nasi ayam tu.

Kesimpulan: mmg sedap ye kawan2. Kalu pegi ke The Store Sg Buloh, sila la ke food courtnya, kat situ ade gerai bertulis zarra yong tow foo, zarra nasi ayam, zarra char kuew tiow seme. Sila cuba yek!


..bliss-ailye shared her feelings at 1558..

assalamualaikum.

happy birthday to me! happy birthday to me!! happy birthday to bliss-ailye!!! happy birthday to me!!!!


ntah pape sungguh tajuk blog ini. uh.

tp xpe jek, mendoakan dan meraikan diri sendiri. x salahkan?

anyway, on 11th dec aritu, aku dpt byk sgt msg, mail, kol, facebook, dan sebagainya, utk wish aku birthday. yg bestnya, kesemua org yg wish besday ku itu adalah org yg mmg tercatat tarikh besdaynya di dalam planner aku. so called, antara org2 penting dlm hidup la. (erk, ada gak yg dlm facebook yg x masuk dlm planner. xpe, lps ni blh masuk).

so, to my beloved hubby, beloved families, beloved frens, tq sooooooo much, for ur wish. semoga apa yg di doakan utk aku dikabulkan Allah. semoga kalian juga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, bahagia dunia akhirat, amin.

ok, what did i received as birthday present! belanja makan from hubby n families, kat cherating tuh. belanja bilik penginapan kat resort tu (tp mengada pulak, request hadiah lain kat abg dan kakakku), n this!

from hubby!

arini pttnya aku kuar dgn sibling & ayahku, tp meeting la pulak. abis lmbt pulak tu.. so x smpt, n kena taip nota perbincangan pulak tu! kalu minit mesyuarat lagi terukla jadiknya! then, kenala siapkan report nota perbincangan tu. ieee, truly, aku x sukeeee jadi setiausaha, ataupun apae2 tugas yg kena amik minit ke, nota perbicangan ke. TAK SUKE! aku x pandai utk itu.

then, sbb x jadi, akak2 opis ni plan n ajakku makan utk belanjaku (utk besday ke, utk nk abis keje dh ke, not so sure). hihik. so called bday wishes n present lagik!

yg ni sodap!

yg ni pon sodap!

kesimpulan: semua sedapla! nama pon org belanja, lagikla sedap jadiknya. hihik! kawan-kawan, silalah pergi makan meatballs di ikea. n daim cake ke ape ntah. sedap!

hmm, makan, sgt byk! nak masak ape ek malam ni. ajak depa2 ni pegi pasar malam la!


..bliss-ailye shared her feelings at 1540..

setiap kali cuti sekolah ujung tahun tiba, kami sekeluarga pasti akan pergi bercuti. cuti2 malaysia. n this year, destinasinya adalah cherating! anyway, sejak aku matriks di pantai timur, kami slalu pergi ke pantai timur utk cuti hujung thn. cam syok gitu. cam feelll jek.

SATURDAY.

lokasinya adalah Legend resort yg syiok abis tu la! bercerita smbil tgk gambar la yek! me n boo pi lmbt skit, ari sabtu. while the others pi ari jumaat. gerak dari rumah around 7.15 kot, then berenti sarapan sat kat... erm.. kat mane ek.. hmm, haa, temerloh. makan nasi goreng n kuew tiow goreng yg sgt horror rasanya. serius. anyway, kalu rasanya x teruk sgt, bolehla makan. nama pon rezeki kan. x baik buang2. tp ours were truly unacceptable. nasi goreng aku, nasinya pon dh melekit2, sejuknya macam baru kuar dr peti ais, n bau hangitnya, smpi aku x leh nk rasa pon ape yg aku makan. hmm.. wahai peniaga, x rasa bersalah ke, menjual barang sebegitu rupa?? pentingkan duit je ke?
kesimpulan: mmg pangkah la gerai tu.
kami smpi je, around 11 sumthing, terus terjun kolam. ahaks! syioks!

sypk yg berenang... tp... di atas kolam??

wnt ber'peace'an di dlm air.

boo.. sdg cuba utk membuat teknik renangan terbaru. eceh!

adm dan atuknye, x kisah hal lain dh tu si adm tu. yg penting, mau berenang!

me, my niece n my sis.


kesimpulan: kebanyakan kami tidak pandai berenang. eheh!

next, dh berenang, laparla pulak. n dh masuk waktu lunch pon. from cherating, we went to kuantan. to be exact, gerai di tepi sg kuantan.

ini gerainya.

dan ini pilihan lauknya.


so bak kate mak, kt semua mematin hari ini. pilihan kami, ikan patin masak tempoyak. wowwy! the real taste! thumbs up! even makan kat tmpt lain, xsama cam kat gerai tepi sungai ni. mmg lain la rasanya. ikan patin masak tempoyak, sambal tempoyak, sayur kubis goreng, ikan keli (rasenya...) masak sambal, petai (utk boo, ayh, n kyg). ui, amat sedap sekali. serius!

us, selepas selesai mematin.

2 org ultraman, dan bibik a.k.a. penjaga ultraman, berlatar belakangkan sungai kuantan. nice view!

us, dan beg tanganku. cuba carik dimana kepala saya?? ya btol! di belakang kepala wnt. uh, ini semua adalah gara2 ayhku yg fokus utk amik gamba cucunya saje. huhu!


next, pi jalan2 di mall kat sane. nothing much, just jalan2, wnt beli beg skolah baru, kakak n adik beli topi. kami semua beli eskrim mcD.





amacam, nmpk cool x adik tu?


then, dh penat bejalan, balik ke resort, terjun dlm kolam smula. hihik.

malam tu, kami pi makan di restoran WTW, makanan ala phuket. lokasinya, kalu dari arah kl, sebaik sahaja keluar dr tol jabor, restoran kedua di sebelah kiri anda. restoran itu berwarna kekuningan. di sebelahnya juga ada restoran. erk, kat sini x byk gambar rupenye. so xpela, letak sikit2 saje.





SUNDAY.

me n boo blk paka jap, since jaraknya pon lebih kurang 40-50 minit perjalanan. yg lain pulak, pi sarapan kat kemaman.

then, masing2 sampai ke resort, check out, n kami begerak pulang ke kl.

kesimpulannya, walaupun cuti ni agak pendek, tp fun! walaupun sedikit sedih, sbb a.skr xleh nk join, sbb kapalnya belayar.

next cuti2 malaysia = P.D!!

..bliss-ailye shared her feelings at 1621..

~bliss-ailye~

latarnya banyak: seorang isteri ~ seorang anak perempuan ~ seorang adik ~ seorang kakak ~ menantu pertama ~ seorang sahabat.

sifatnya juga banyak: cerewet ~ banyak cakap (tapi bukan pada semua orang) ~ garang (boo, 2009) ~ bercita-cita sederhana (kerana tidak pernah mengimpikan untuk menjadi perdana menteri, mahupun timbalan naib canselor) ~ penakut ~ bersemangat tinggi juga ~ cembeng ~ keras hati (mengapa lebih banyak yang mazmumah dari yang mahmudah??)

kegemarannya ada tiga: makan ~ tido ~ shopping! aktiviti yang tidak berapa sihat memang menarik bukan??

misinya ada tiga: dia mahu menjadi seorang mama ~ dia mahu ke mekah pada usia 40 tahun ~ dia mahu memanjat piramid giza.

visinya ada dua: dia mahu menambah dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu didada, untuk bekalan nanti ~ yang plg penting, dia mahu masuk syurga, so dgn itu, dia perlu jadi isteri & anak & menantu & sibling & sahabat yang baik (semoga Allah memakbulkannya).

itulah dia..

~The counting~

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

~Important dates~

0301 - Zmr
0416 - Ay. Y
0430 - Zkr
0526 - Ayh
0613 - Wnt
0619 - Abh
0729 - Mak Paka
0819 - Mak Kl
0905 - A.Skr
0910 - Kyg
0920 - Af.Y
1101 - Nsyt
1106 - Akml
1108 - Sypk
1120 - Adm.Y
1211 - me
1224 - Boo

~Tick tock~

Shouts!


ShoutMix chat widget

~Stories~

~surveys~