assalamualaikum..

semalam aku pulang agak lewat. sampai lewat, pulang pon mestilah lewat. nanti x cukup jam bekerja pulak.

on the way ke kereta, aku lihat tayar depan agak tidak cantik. dah lama x pam, mesti tekanan dah berkurang.

so sebelum memasuki highway, aku singgah di sebuah stesen minyak untuk mengepam angin tayar. pengunjung stesen minyak itu agak ramai, since tempatnye agak strategik. (langkah keselamatan 1: pilih stesen minyak yg ramai pengunjung).

sesampainya di tempat isi angin tu, aku terus matikan enjin, cabut kunci kereta, tutup pintu, dan kunci. utk keselamatan ye kawan2. (langkah keselamatan 2: jgn biarkan kunci didalam kereta, meletakkan possibility utk kejadian yg tidak diingini semasa kt sedang tertunduk2 mengisi angin tayar).

aku teruskan mengisi angin tayar. namun, hati aku mula rasa xsedap, bila aku rasa ada mata yg sedang memerhatikan aku. dia cuba mengelak bila aku memandangnya semula. ish, xleh jadi ni. aku buat2 ok. aku set tekanan angin, aku tarik wayar ke tayar depan belah kanan, aku buka tiub nya. tapi tangan dah start menggeletar. takut, gentar, risau, semua ada. uh.

then, baru je nk start buat keje, tetiba mata tu memandang aku dengan tajam. yaAllah tlg la, takoooottttttt!!!!!!!!! (suara halus dan tinggi). die bergerak selangkah demi selangkah, dan semakin dekat dengan kereta ku.

ok, enough bliss! sila selamatkan diri anda ok! uwaaaa!!!! aku cabut wayar pam tu, aku pasang balik tiub tu, dan aku terus campak wayar tu ke tepi. uuuu, itu bukan habit biasa, tp ni kecemasan ye kawan2! mmg x smpt nk gantung balik ke tempat asal. yg ptg selamatkan diri dulu bila kita dalam bahaya.

then, aku terus buka pintu, masuk cpt2, tutup pintu dan terus kunci.

alhamdulillah, selamat dari kera yg dh btul2 tercongok depan keta aku. serius takut ekkk... nk kate aku pegang pisang, tidak.. nak kata aku pegang kacang, tidak.. napa yg dia nk dekat2 pulak.. bkn aku pegang makanan pon! uuu, serius takut. kan penah ade kes budak kene gigit kera tu. iee tanak aku, kang kalu aku menjerit kat situ kang sapa nk tlg. uuuuu...

kesimpulan: sentiasa awasi sekeliling anda. bahaya bukan sahaja datang dari manusia. uuu takut!

..bliss-ailye shared her feelings at 0933..