assalamualaikum, selamat bercuti pada semua!

pasti ramai yg ambil kesempatan utk bercuti sempena perayaan tahun baru cina ini.

utk aku, mcm biase, sebulan sekali, balik kmpg PIL. since ade cuti ni, so gunakan utk balik kesana. kami memilih utk memulakan perjalanan sebelum subuh hari sabtu, untuk mengelakkan kesesakan. imagine, gerak kol 5.45 am pon, suasana kat karak tu mcm kol 8.30 mlm punye stail. depa ni x tido ke aa? hmm, alhamdulillah, perjalanan kami lancar sehingga ke rumah PIL.

dpt gak la tgk matahari terbit. subhanAllah. biase gak tgk matahari terbit kalu pi keje, tp perasaan tu x sama. sbb otak sedang bekerja dgn gigih pada waktu itu, memikirkan nk ikut jalan mane, jalan plg tak jem, nk potong kete depan ke x, semela.. so kengkadang bila tiba time dpt tgk matahari terbit dgn perasaan yg kosong dan tenang dan damai, rasa seronok pulak...

then, balik ke sini semula on monday, since MIL ada hal untuk diuruskan.

ni nk cite ape ni ek sebenanye? oo. ok, sebenanye nk kongsi pengalaman pertama menjadi pelatih. pelatih?? ye kawan2, pelatih, ataupun fasilitator dlm bahasa yg lebih mesra.

awl bulan feb yg lalu, aku mendaftarkan diri utk menjadi fasilitator sebuah program untuk mahasiswa uni tempat aku bekerja. anyway, aku accidentally terjoin program ni masa aku teman rumetku.

dipendekkan cerita, aku seorang dipertanggungjawabkan utk menjadi fasilitator utk 30 org pelajar. aku perlu membimbing mereka melalui pelbagai aktiviti selama satu hari memang muakla depa , tp yg ptg, mampu mencapai matlamat kursus itu diadakan. yaAllah punyela gentar masa mula2 tau yg aku akan berseorangan, bercakap dan merapu2 , conduct aktiviti untuk 30 org pelajar ini, pastikan depa x boring, pastikan depa x tido, dan pastikan depa mendapat manfaat dan x sekadar buang masa ikut aktiviti tu sehari. amat gentar ye kawan2. aku yg selama ni bercakap dgn tikus, bercakap dengan sel, perlu bercakap dan menarik perhatian pelajar yg dah letih sehari sebelum tu mendenga ceramah, untuk mendenga leteranku keesokkan harinya.

so sebagai persediaan, pada hari jumaat tu, aku dah start carik2 handout yg sesuai dari intenet.. sabtu tu pulak, aku pi join ceramah yg depa si pelajar2 itu perlu denga, n adakan sikit perbincangan dgn fasi yg pernah mempunyai pengalaman handle kursus ni last year. then ptg tu smbg pulak buat keje kat umah. survey aktiviti2 yg best utk dibuat utk ice breaking sesama pelajar n utk aku gak kenal diorg, utk gain depa punye confidence, utk buat depa x malu. tambah2 jugak dgn aktiviti program motivasi yg aku dan boo pernah join. malam pulak pi print kat umah ayah, pi fotostat, n study lagi. yaAllah punyela berdebar..

malam tu mmg la xleh tido. asyik terjaga jek sbb takut terlambat bgn.

n on that day, inila audiens yg perlu aku entertain...









merekalah client pertamaku utk kerja2 jadi fasilitator ni. alhamdulillah, depa bg kerjasama dgn agak baik. i dont expect that they would cooperated that much. pengalaman pertama yg dijangka mengerikan, berakhir dgn kenangan yg sgt bererti. kesimpulannya, sekiranya kt bersedia, dan kt mempunyai niat yg baik, yg seiring dgn keperluan sstu perkara itu, insyaAllah, kita akan mampu lakukannya. doa bebanyak, Allah pasti akan bantu kita. memang akan ada sedikit perkara yg menggentarkan kita juga, walaupun kita telah bersedia, tp it is ok. kalu semua terlalu ok pon, x best gak. biar ade challenge sedikit. contohnya macam kes aku, selepas 2 jam melakukan satu aktiviti ni, at the end of it, aku tanya pada mereka, apa yg mereka belajar dr aktivitu tersebut. masing2 dok angkat tangan bg jawapan. last skali, bila dh xde org jawab, ada seorang pelajar angkat tangan n tanya, " sis, kenapa kita kene buat aktiviti ni sebenanye?" erk, yg berbelas jawapan yg kawan2 die bg tu, bkn ke matlamat aktiviti tu. tp aku realize, mgkn dia nk denga dr mulut aku sendiri selaku org yg conduct aktiviti itu. dia nk tau relevannya. so kita perlu sentiasa bersedia dan tau kenapa kita lakukan sesuatu. pasti semua orang mampu menjadi fasilitator jika ada semangat itu.

n big hug to boo, sbb setia menemani isterinya utk kedua2 hari itu. luv u damn much boo!:)


..bliss-ailye shared her feelings at 0938..