assalamualaikum..
sblm mula becerita, mari menangis dulu...
...................
ini bukan saje2 ye. serius, 2 kisah ni, sgt membuat aku terasa kebesaranNya...
kisah 1 - 1 @ 2 bulan yang lalu.
aku sgt byk keja. buat slaid mengaja. yaAllah, aku masih x pandai organize masa pada waktu itu. aku x berenti study utk buat slaid, smpila aku tersedar dah hampir pukul 4, dan aku blum solat zuhur. dengan kelam kabut aku pegi ke toilet, amik wuduk, then solat, then sambung keja.. semuanya berjalan seperti biase...
then, abis waktu keja, aku dalam kereta, dalam perjalanan pulang, bila aku tiba2 sedar...
..mana jam tangan ni.. (aku xkan bukak jam tangan kecuali waktu berwuduk n bila dah sampai umah).
aku tersedar yg aku dh tertinggal jam di toilet. jam di dashboard kereta menunjukkan pukul 5.45 ptg.
dipendekkan cerita, aku kembali ke opis, ke toilet, dan jam itu tiada. YAALLAH!!! tidakkk!!!!! itu adalah jam hantaran dr boo, sepasang dgn boo. YAALLAH!!! mata berpinar, kepala berdenyut. YAALLAH!!!
aku amat susah ati. aku drive pulang. sepanjang perjalanan, aku berdebar2, aku berdoa, aku amat2 mengharapkan aku akan jumpa semula jam itu.
di rumah, aku buat sstu. aku solat hajat. aku memohon pada Allah. pada masa ni, aku rasa sgt sgt sgt berharap. sgt berharap Allah akan mempermudahkan segalanya...
keesokkan harinya..
pukul 8.30 pg, aku letakkan notis di toilet, dgn harapan ada org yg tlg menyimpan jam itu. aku pesan pada akak cleaner juga.
pukul 10.05 pg..bunyi pintu di ketuk.
"haa, bliss-ailye, awk ada tertinggal jam ke..."
"aah, napa awk??" yaAllah hati sudah berdebar2..
"ni ha, kt jumpa smlm, tp kt jumpa dh ptg sgt.. pastu rasanya cam semua org dh balik. so kt simpan dulu. br ingat nk anta ke opis kot kot ade org carik.."
"YAALLAH!! awk tengkiu!!! awk tengkiu sgt sgt!!! yaAllah x tau nk ckp mcm mane kat awk." sgt la nangis yek... kenapa???
1) x sangka akan jumpa balik jam tu.
2) yg plg ptg, betapa Allah mempermudahkan keadaan ini. syukur alhamdulillah!
sumpah, aku sgt susah hati. aku sgt salahkan diri sendiri. aku sgt syg pemberian boo. sumpah. terima kasih sgt pada kawanku itu.
kisah 2 - hari ini.
dipendekkan cerita, pagi ini, semua org ke villa, bersarapan dgn baby baru. aku dan boo, mak ayah dan wnt. dipendekkan cerita lagi, dalam perjalanan pulang ke rumahku, aku tersedar aku kehilangan handphone. dan dipendekkan cerita lagi, handphone pemberian boo sempena bday ku thn lps.
dpt bygkan trauma yg aku alami? not again!!! yaAllah dimana handphone ku... aku, boo, kyg, ayh, mak, semua! mencari handphone yg satu itu. kami terus menerus mendail nomborku. linenya ada, tp tidak berangkat. jika dijumpai org, pasti simcard dah dicabut. jika terselit, pasti kami jumpa. kami cari lagi, smpi kami menyerah kalah. kami tidak menjumpainya.
aku amat stress. aku dpt rasa jantungku berdegup laju, kepalaku pening berdenyut2. aku lihat jam, 1.30 ptg.
aku solat zuhur, dan aku solat hajat. yaAllah, bantula hambamu ini yaAllah.
mau tahu?? kuasaNya, lebih kurang pukul 2 ptg, aku cuba dail nomborku sekali lagi. tiba2..
"hallo.."
"hallo, ini dekat mana yaa??"
"ha, u ada hilang handphone ka? u dtg sama kedai saya, angkat lu punya hp."
"haa???? u jumpa hp saya?? dkt manaa???"
"oo, pekerja saya jumpa. dia bwk sama saya punya opis. lu dtg sinila.."
wanita itu memberi alamatnya. aku dan boo terus kesana. yaAllah, this is miracle!! aku jumpa hndphone ku semula, ditempat lain, dlm keadaan yg selamat. aku menangis lagi. kenapa???
1) aku x percaya masih ada lagi org yg baik dalam dunia ni. org yg baik dan sejujur en. sulaiman. yaAllah Kau berkatilah kehidupan lelaki itu. Kau murahkanla rezekinya, disebabkan kejujurannya.
2) betapa Agungnya kuasa Allah. korang blh imagine? handphone ilang, blh dpt balik.. sungguh aku sgt terharu!!
kesimpulan...aku cuma ingin berkongsi, betapa hebatnya Kuasa Allah. sesungguhnya bila kt semua berada dijalan buntu, berserahlah kepadaNya.. insyaAllah. Allah itu Maha mengetahui, Maha Pemurah. alhamdulillah, syukur yaAllah...
..bliss-ailye shared her feelings at 1804..