salam semua!

lamanya x menulis. hmmm, byk sgt benda nk cite, tp xde masa sgt nk buat (konon busy sgtla kirenya).

mari imbau kenangan pertemuan pertamaku dgn boo. kami adalah kenalan masa matrikulasi. bukan kenalan pon. aku cuma sedar kewujudannya disitu, begitu juga dgn boo. kami tidak berkawan pada masa itu.

5 tahun berikutnya...

aku ini, org yg tidak pandai berkawan ramai2 org. aku juga tidak pandai bercakap dgn org yg baru aku kenal. tp dgn org yg aku kenal ,hamik korang, tadahla telinga mendengar aku bercakap.

aku dan boo berjumpa semula dalam ym. terima kasih kepada pencipta ym kerana membantu menemukan aku dan boo. ahah, so sweet...

mulanya, kami hanya berkawan di alam maya. cerite2, borak2.. smpila kami membuat keputusan utk berjumpa pada kali pertama. WAHH! disinila bermulanya butterfly in stomach dlm perutku. wah, nk jumpe kol 6.30pm di kl sentral, kol 12.30pm dh bedebar dh. kalu la kawan2 semakmal dgnku semasa master masih ingat. huhu. amat berdebar skali yek. mengapa? kerana, pada waktu ini, bila aku bersetuju utk berkawan dgn boo, aku sudah menyatakan dr awl, aku tidak mahu main2 lagi. so kiranye cam 1st time nk jumpa bakal suami la ni.

aku sampai agak lewat, tapi disambut dengan senyuman dari boo. eceh! boo xmarah (xtaula kot dia marah tp die tahan ke..). mane blh marah, 1st time dating. eheh. kami memilih utk makan di secret recipe. aku memesan chocolate indulgence dan green apple kasturi, kedua2 nya kegemaranku. dalam keadaan lain, i can finish both in 1 shot. kirenya mmg suka sgtla!! tp... nebes punya psl, aku xleh habiskan langsung. not even half i think. wah berdebar lagi! kami teruskan borak2 + sipu2 + malu2 + gelak kecil. tp alhamdulillah, pertemuan pertama, walaupun penuh debaran, berjaya jugak dilalui.

pertemuan seterusnya tidak memberi sebarang masalah langsung. alhamdulillah, sehingga diizinkan Allah kami menjadi suami isteri, sampaila sekarang, dan semoga sampai ke akhir hayat. semoga kami tidak akan mengalami sebarang masalah yg tidak boleh diselesaikan.

ok, mengapa aku bercerita tentang kisah ini???

ini kerana, kawan2.. aku mahu bercerita. aku sudah mendapat kelas, dan sudah mula mengajar. setakat ini, aku sudah mengajar 3 kali. kelas isnin yg lalu, kelas utk praktikal. so tidak menakutkan sgt. aku cuma ajar mereka melakukan praktikal, then that's it.

kelas kedua - wah disini butterfly in stomach. wah amat bedebar ye kawan2. kelas ini adalah kelas biasa, yg mana aku perlu memberi lecture. aku mengambil masa 2 minggu utk menyiapkan nota kuliah mereka. dgn penuh debaran, aku mengaja macam kayu. uh, muka xde ekspresi. nada xde ekspresi. semua pon xde ekspresi. aku balik ke bilik dgn hati yg luka. kenapa? sebab aku rasa aku gagal. aku x dpt jawab pertanyaan mereka. walaupun aku sudah study sebanyak yg mungkin yg mampu aku lakukan.

tp alhamdulillah, kelas ke3, sudah tiada butterfly lagi. alhamdulillah. aku amat happy hari ini. aku rasa puas. aku rasa yakin. aku rasa connection dgn mereka. semoga ini akan jadi satu permulaan yg baik. aku tidak mahu byk benda. aku cuma mahu bantu adik2 ini agar mereka dpt paham, mereka dpt jawab dgn baik, dan mereka dpt gunakan ilmu ini nanti. itu saja.

alhamdulillah...


..bliss-ailye shared her feelings at 1122..