sejak kecil, aku slalu membawa watak seperti doktor di kalangan ahli keluarga. apabila ada ahli keluarga yang xsihat, akulah org yg slalu memaksa mereka utk ke klinik. pernah aku memaksa si wnt ke klinik hanya kerana die pening sedikit. begitu juga si sypk ketika kuku kakinya sedikit hitam (disebabkan tersepit kalau ku x silap). kakak ku juga, sakit perut sikit je, " eh pegila klinik". memanjang ek paksa org ke klinik. huhu.

aku jugaklah org yang selalu akan melakukan "pembedahan kecil" utk ahli keluargaku. daripada membuang tulang ikan yang terlekat di tekak sypk, membuang putik kapas yang tertinggal di dalam lubang telinga pakcikku, mengorek kuku cekam di jari kaki mak n kakakku, dan macam2 lagi. ayah? hm, ayah jarang sakit. alhamdulillah. semoga Allah sentiasa memberikan ayah kesihatan yang baik. amin.

ok, skrg mari ke cerita yang sebenar. pengalaman menjadi seperti doktor.

semasa aku di tingkatan 4@5 (kurang ingat), setiap kelas dibenarkan utk outing menggunakan bas MRSM, dgn ditemani guru atau kakitangan pejabat. ketika itu, kelasku memilih utk outing di bandaraya melaka. alahai, alangkah riangnya rasa hati dapat ke bandaraya beramai2. dipendekkan cerita, dek kerana terlalu asyik "membuang masa" kami berkumpul agak lewat, lebih kurang pukul 9 @ 10 mlm. tidak kami terfikir yang pemandu bas itu tidak akan menunggu kami sehingga selewat itu.

end up, kami tiada kenderaan utk pulang ke jasin. hari sudah semakin malam, dan kami, 26 org pelajar mrsm masih berada di luar asrama, di tengah2 bandaraya melaka. akhirnya salah seorg dari kami menawarkan diri utk membawa kami balik ke rumah neneknya.

tiada pilihan lain, kami terpaksa berjalan kaki beramai2 utk ke sana. kalu xsilap aku, kami sampai di rumah itu lebih kurang jam 1 @ 2 pagi. menurut pakcik rakan kami, kami berjalan sejauh hampir 10 km. bayangkan!! di tengah malam ok! kami cuma pelajar tingkatan 4 @ 5 saje ketika itu ok!

mgkn kerana terlalu penat, ketua kelasku demam. demam yang agak panas. hmm, disini tugasku sebagai konon2nya doktor bermula. aku dan 3@4 org kawan lain cuba utk membantu. kami ke dapur rumah yang sgt asing utk kami, cuba mencari2 panadol. hendak kejutkan nenek, kami rasa bersalah pula. takut mengganggu tidur. kami pon berbincang:

"ok xpe. kt cuba carik sendiri. slalu kan org simpan panadol kat dapur."
"cuba kt carik dlm peti sejuk."

kami pon geledah2 peti sejuk (wah sungguh sesuke ati sekali yek geledah peti rumah org.)

"ha ni kt jumpe. ni panadol kot ni."
"ye kot! kat umah kt, mak kt kate panadol die akan tulis KK."
"KK tu ape ek??"
"hmm, ntah la.. tp panadol la kot."

di ruang tamu, rakan kami sudah menggigil, mgkn kerana suhu badannya mula meningkat.

"ha bagi jela. rasenya btol dh ni. drpd xmakan pape lgsg. nk pi klinik, mana kt tau tmptnya.."

rakan kami selamat makan 2 biji ubat KK itu dan terus tidur.

keesokan paginya...

kawan kami di marahi oleh neneknya. kami yang lain yg terlibat dlm operasi geledah peti sajuk malam itu turut join.

"kenapa x kejut nenek???"
"hmm.. xmo la ganggu nenek tidur.."
"kan kawan kamu demam. pandai2 je bagi ubat. kamu tau x ubat ape kamu bagi?"

sesuatu yang tidak kami sedari malam itu (sungguh tidak ptt, dan sungguh tidak doktor sekali), di plastik ubat itu tertulis: JANGAN BERHENTI MAKAN UBAT INI MELAINKAN DENGAN NASIHAT DOKTOR.

ooo...OOOO!!! abisla.. erk, hidup lagik x kawan kami tu?? uh, terus pi check. nasib baik idup.

rupe2nya itu adalah ubat darah tinggi nenek si kawanku itu. fuh!! nasib baik x jadi pape. n nasib baik ubat darah tinggi itu membantu kawanku utk tidur nyenyak. mgkn ubat itu mengurangkan tekanan darahnya dan buat die bertambah pening dan tertidur?? hmm, entahla. apepun, alhamdulillah, pagi itu kami semua dpt pulang dgn selamat ke asrama. ups, KK itu, maksudnya kementerian kesihatan. pandai2 jek kata KK tu tanda utk panadol je.

tp apa yang pasti, kejadian itu membuatkan aku menjadi extra berhati2 dlm memilih ubat. menjadi semakin detail pada kesan ubat. menjadi semakin cerewet juga. utk kerjaya, aku tidak memilih utk menjadi doktor walaupun itu adalah harapan mak ayah masa itu. aku realize satu perkara, aku org yg over care ttg sstu. aku bkn org yg tenang dan aku yakin aku tidak akan ada kemampuan utk menenangkan hati patientku (jika aku seorang doktor). tp xpe, aku akan kejar status doktor itu suatu hari nanti, insyaAllah. doktor dgn PhD. alhamdulillah, kerjaya baru aku ini membuka ruang yang luas utkku mencapai status itu.


p/s: jgn x tau, kawanku yang demam malam itu telah menjadi doktor sekarang. doktor lulusan universitas indonesia.

..bliss-ailye shared her feelings at 1637..