Asyik bercerita tentang diri sendiri, apa kata harini kita update pasal keluarga pulak. Kot kot ada yang berminat utk tahu.

Versi 1=Keluarga Kl.

Ayh.
Ayh sudah bersara. Agak lama juga. Almost a year kalau x silap. Ayah org yang sgt suka bekerja. Ayah amat mementingkan disiplin dalam bekerja; masa (aku ada masalah di point ini, huhu), hubungan dengan pelanggan, efficiency dlm melakukan sebarang pekerjaan, keberkatan gaji, dan sebagainya. Skrg sudah smpi masa utk ayah berhenti. Ayah sudah berumur 59 thn. Tp Alhamdulillah, skrg ayah melalui masa yg lebih relaks. Pergi jogging, pergi kelas mengaji, pergi melibatkan diri dlm aktiviti masjid, tgk tv, main game computer. He’s enjoying his own sweet time, i guessed. Aku x tau apa yg ada dalam hati ayah, selesa kah dia dgn keadaan ni, atau dia masih rindukan waktu kerja. Apa pon, aku harap ayah gembira dgn apa yang sedang dilakukannya.

Mak.
Mak masih bekerja, di umur 54 thn. She has about 1-2 years before she ends her career. Mak mahu berehat lebih awal. Aku amat menggalakkannya. Aku mahu mak mempunyai own sweet time seperti ayah. Tambahan pulak dgn masalah lutut mak yang makin menjadi2. Setiap kali mak ke hospital, ini sahaja jawapan dr doktor, “biasela…. Usia dh meningkatkan.. hmm.. jaga pemakanan.. sapu dan urut dgn minyak. Kurangkan berat badan.. ituje la..”. kedengaran sungguh tidak bersemangat sekali doktor itu. Uh, xdekah jawapan atau advice yg lebih bagus melainkan dgn berkata, "biaselaa…. Usia dah meningkat….” Cucu jiran sebelah rumah mak yang baru tingkatan 2 pon blh nyatakan pendapat yg sama. bila seseorg berjumpa doktor, aku rasa dia pasti mahukan advice yg atleast blh relieve skit ke... kan? Oleh sbb itu, aku amat (14x) menggalakkan mak utk pencen lebih awl. Biarlah mak duduk di rumah, berehat bersama ayah.

Kyg.
Kakakku seorg guru sekolah menengah. Mengajar matematik dan sains. Die blh jadi garang, blh jadi tegas, tp dia juga mempunyai masalah bila dia mula tergelak. Org mgkn akan keliru, “ gelak ke menangis ni?” die tidak blh berhenti gelak selagi dia tidak keluar air mata. Hmm… die menurun sifat ayah. Amattttt komited dengan kerja. Amattttt workaholic, which obviously im not into that category. Nasib baik sifat itu berkurang selepas dia berkahwin. Hmm.. skrg dia sdg mengandung anak yg ketiga.

A. Skr.
Di tengah laut ketika ini. Sedang bekerja dan mencari nafkah di laut. Ups, dia bukan seorg nelayan yg sedang mencari ikan (tiada salahnya pun pekerjaan sebagai seorg nelayan. Jgn salah faham pula pada ayat ini). Die mgkn sedang menggerakkan enjin2 kapal utk ke tengah laut. Sejak kawen, sudah semakin berisi. (seperti tidak pernah turun berat itu sejak dia berkahwin dulu). Bahagia nampaknya.. :)

Sypk.
Adik lelakiku yg seorg ini sudah bekerja sebaik sahaja tamat belajar dip eng. Beberapa hari lepas, sudah genap berusia 21 thn. Wah, sudah besar rupanya. Macam teringat lagi ketika die masih darjah 1, saat die melalak tak tentu pasal, hanya kerana dia x mampu menyiapkan kerja sekolahnya sebelum rehat. Cikgu pulak masa tu melarang murid2 keluar sekiranya kerja tidak sempurna (mewarna je pun). Akibatnya, x psl2 aku yg terpaksa menghabiskan kerja sekolah dia. Aku jugakla yg kena keluar kelas lebih awl, setiap kali budak darjah 1 keluar rehat (aku darjah 6 ketika itu), beratur utk belikan dia nasi lemak. Ini kerana, dia tidak suka bertolak2, die akan melalak lagi kerana die tidak pandai menolak org lain utk mendapatkan makanan (bygkan budak2 darjah 1 yg amat agresif ketika waktu rehat sekolah). Hmm.. nasib baik x gitu dh.

Wnt..
Ini juga. Aduhai, sudah besar adik2 ku ini. Sudah tktn 2. Penyanyi pujaan, si penyanyi rancangan realiti yg menjadi kegilaan gadis2 remaja skrg. Menari hanya dikaki. Berlakon, aduhai, amat keras sekali. Menyanyi juga, amat meleret2. Yg lebih padanya, comel kah? X jugak… ntah la. Pelik btol dgn taste budak2 zaman skrg. si wnt ini suka melalak juga semasa kecil dulu. Aku suka menipunya dgn berkata yg mulutnya akan terkoyak jiak dia menangis lebih kerap. Sudah namanya budak2 mmg akan percaya ckp org yg lebih tua.. semasa dia masih kecil, dia amat suka melompat2 jika org mendukungnya. Pernah, dia melompat sampai lebih kiraan 100. Agresif sungguh. Dh besar ni, aktif di bidang seni pulak nampaknye.

Hmm, tetiba terfikir, rupanya ada byk perkara yg ketiga2 adik beradikku sama, tp tidak pada aku.
1) Mereka ini amat sporting dlm aktiviti seni. Menyanyi, membuat persembahan., berkaraoke. Aku jugak suka. Tp dlm opis, dlm kete, dlm toilet. Itu saje.
2) Mereka ini masing2 ada brg yg disimpan dr kecik. yg mereka saje la blh membaunya. Aku pulak xde semua tu.
3) Cuba bygkan proses membuat kek butter. Kek biase2 tu. Yg brg nye butter telur tepung seme tu. Bygkan proses selepas acuan itu dh dimasukkan kedalam bekas dan dibakar. Bekas asal td ada lelehan acuan yg tertinggalkan? Itulah yg akan mereka rebutkan. Uh, sungguh pelik. Anyway, sudah sgt lama rasanya tidak membuat kek itu.

af. Y
dia sudah 3 thn. Sudah besarkan? Sudah ada macam2 vocab. "Stop everyone stop", "come on lets go", "Yummy", dan sebagainya. Hmm. Teringat masa kecik2 dolu, masa dia tido diatas bahu aku, sementara kami menunggu ibunya mendaftar dpli. Skrg, mulutnya seperti bertih jagung. Macam2 yg nk dicakapkannya… pernah satu hari, masa aku n boo bwk kakak n adiknya pusing2 kawasan rumah.
Boo bertanya, "ok bliss-ailye, kt nk pi mane lagi ni?"
"Hmm, xkisahla pi mane2 pon".
Boo kate lagi, "kt pusing2 jela.."
Tetiba af. Y berkata, “aten (panggilan utk boo), xnk la pushing-pushing. Nanti kakak peninlaa…"
Erk… aten cuba utk menerangkan lagi, "bukan pusingla kakak. Pusing2. Maksudnya jalan2."

pernah juga benda yg sama berlaku masa af. Y keluar dgn ayahnya. ayahnya berkata, "kakak jom jalan2". Kakak dgn masam muka (nmpk macam susah ati jek…) berkata, “xnk jalan ayah… nanti penat la.. kt naik kereta jela..”

Erk lagik… hmm, itula dia budak2..

Adm. Y.
Adik pulak, sgt suka meniru apa yg disebut kakaknya. Tp adik jugak bila bercakap akan berbunyik mcm bertih jagung. Cuma halangannya, xphm sgt adik ckp ape. Tp dia amat aktif skali.nama pon lelaki. Dan bukan saja kakaknya, adik jugak suka meniru segala aksi dan dialog ultraman, ben 10, dan segala jenis kartun yg ada ditv. Suka memfire, suka juga menendang. Ultraman la katekan. Tendang version ultraman. So ibunya terpaksa membuat rules, ultraman saje yg blh guna kaki. Erk, ok la tu kot.
Satu lagi fakta yg menarik ttg adik. Adik ini amat cute skali. Kakak juga cute. Adik jugak cute. Dan, adik itu byk ikut muka aku masa kecik. serius. Nanti aku scan gamba kami kalu ade masa. So, mgkn kt blh buat persamaan. Cuba tgk persamaan ni:
Adik=cute
Adik=aku
Aku=cute??
Ahah, persamaan sudah menjelaskan segalanya.

Ok, sudah abis cerita. Nanti masuk version kedua pulak. Keluarga in law ku.

..bliss-ailye shared her feelings at 1536..