salam semua!

lamanya x menulis. hmmm, byk sgt benda nk cite, tp xde masa sgt nk buat (konon busy sgtla kirenya).

mari imbau kenangan pertemuan pertamaku dgn boo. kami adalah kenalan masa matrikulasi. bukan kenalan pon. aku cuma sedar kewujudannya disitu, begitu juga dgn boo. kami tidak berkawan pada masa itu.

5 tahun berikutnya...

aku ini, org yg tidak pandai berkawan ramai2 org. aku juga tidak pandai bercakap dgn org yg baru aku kenal. tp dgn org yg aku kenal ,hamik korang, tadahla telinga mendengar aku bercakap.

aku dan boo berjumpa semula dalam ym. terima kasih kepada pencipta ym kerana membantu menemukan aku dan boo. ahah, so sweet...

mulanya, kami hanya berkawan di alam maya. cerite2, borak2.. smpila kami membuat keputusan utk berjumpa pada kali pertama. WAHH! disinila bermulanya butterfly in stomach dlm perutku. wah, nk jumpe kol 6.30pm di kl sentral, kol 12.30pm dh bedebar dh. kalu la kawan2 semakmal dgnku semasa master masih ingat. huhu. amat berdebar skali yek. mengapa? kerana, pada waktu ini, bila aku bersetuju utk berkawan dgn boo, aku sudah menyatakan dr awl, aku tidak mahu main2 lagi. so kiranye cam 1st time nk jumpa bakal suami la ni.

aku sampai agak lewat, tapi disambut dengan senyuman dari boo. eceh! boo xmarah (xtaula kot dia marah tp die tahan ke..). mane blh marah, 1st time dating. eheh. kami memilih utk makan di secret recipe. aku memesan chocolate indulgence dan green apple kasturi, kedua2 nya kegemaranku. dalam keadaan lain, i can finish both in 1 shot. kirenya mmg suka sgtla!! tp... nebes punya psl, aku xleh habiskan langsung. not even half i think. wah berdebar lagi! kami teruskan borak2 + sipu2 + malu2 + gelak kecil. tp alhamdulillah, pertemuan pertama, walaupun penuh debaran, berjaya jugak dilalui.

pertemuan seterusnya tidak memberi sebarang masalah langsung. alhamdulillah, sehingga diizinkan Allah kami menjadi suami isteri, sampaila sekarang, dan semoga sampai ke akhir hayat. semoga kami tidak akan mengalami sebarang masalah yg tidak boleh diselesaikan.

ok, mengapa aku bercerita tentang kisah ini???

ini kerana, kawan2.. aku mahu bercerita. aku sudah mendapat kelas, dan sudah mula mengajar. setakat ini, aku sudah mengajar 3 kali. kelas isnin yg lalu, kelas utk praktikal. so tidak menakutkan sgt. aku cuma ajar mereka melakukan praktikal, then that's it.

kelas kedua - wah disini butterfly in stomach. wah amat bedebar ye kawan2. kelas ini adalah kelas biasa, yg mana aku perlu memberi lecture. aku mengambil masa 2 minggu utk menyiapkan nota kuliah mereka. dgn penuh debaran, aku mengaja macam kayu. uh, muka xde ekspresi. nada xde ekspresi. semua pon xde ekspresi. aku balik ke bilik dgn hati yg luka. kenapa? sebab aku rasa aku gagal. aku x dpt jawab pertanyaan mereka. walaupun aku sudah study sebanyak yg mungkin yg mampu aku lakukan.

tp alhamdulillah, kelas ke3, sudah tiada butterfly lagi. alhamdulillah. aku amat happy hari ini. aku rasa puas. aku rasa yakin. aku rasa connection dgn mereka. semoga ini akan jadi satu permulaan yg baik. aku tidak mahu byk benda. aku cuma mahu bantu adik2 ini agar mereka dpt paham, mereka dpt jawab dgn baik, dan mereka dpt gunakan ilmu ini nanti. itu saja.

alhamdulillah...


..bliss-ailye shared her feelings at 1122..

blog 92 - Addiction.


it's been quite sometime since my last post. banyakkkkk sgt update nk letak kat sini. antaranya:

1) anniversary - ya, kami sudah setahun mendirikan rumah tangga. alhamdulillah.
2) team building - amat amat amat amat menarik.
3) korean fever. OMG!

yg lain tu nk kene letak gamba, so xpe, nanti dulu. akan ku citerkan. but rite now, aku nk kongsi my latest addiction. OMG! tajuk citenye adalah "Boys Over Flower".

aku ni, kalu tgk cite, aku x suke tgk byk2. rasa cam sayang nk hilangkan perasaan tu. eheh. 5 tahun yg lalu, aku addict dgn cite "full house". punye sukenye tgk cite tu, smpi xmo try tgk cite lain. dok rasa cite lain xbest, tak leh nk lawan cite tu. ingat lagi, masa tu zaman belaja. kalu study, kol 12, mata dh tinggal 15 darjah je bukaannya. tapi lain benar pulak jadinya masa tgk cite korea tu. blh tahan tgk CD kat PC smpi kol 3, kol 4. fuhhh..! berenti pon sbb rasa PC cam dh panas. takut meletup. ngahahah. sungguh kejam.

sekarang addiction itu berlaku lagi. uh, it started when sum1 pasang CD tu dlm bas masa on the way back dari team building. rekod ok! xpenah lagi aku duduk dlm bas, selama nk dekat 5 jam, x tido. amat pelik. dpt tgk smpi episod 4. then turun je bas, terus tanye pemilik CD, nk pinjam. n aku dh berjaya abiskan 25 episod yg amat amat amat amat sweet. tu salah satu sbb nape x updte blog. i busyyyy. :) aku berjaya pengaruhi rumet opisku juge. ahaks. sorg je lagi blum berjaya dipengaruhi. but since dia pon tgh pregnant, die dh chop siap2 nk tgk masa pantang nanti. tp yg pasti, cite ini adalah amat best!. lagi 5 thn la baru aku akan tgk cite lain. huhu. erk, terlupe. boo pon x dpt dipengaruhi lagi ni. tp akan cube gak gak pengaruhinya!.

..bliss-ailye shared her feelings at 2247..

assalamualaikum kawan2 sekalian.

arini aku akan pi team building. anyway, gembira sbb dh lama sgt xpi beraktiviti sebegitu walaupun team building ni ceramahnya lebih byk dr aktivitinya .

seminggu ini aku mengalami kecelaruan minda. oh, sebelum itu, blog ini ditulis bkn utk complaint org ke ape ke.. ia cuma sekadar catitan peristiwa supaya aku akan sentiasa ingat setiap perjalanan hidup aku, kerjaya ke, personal ke.. semuala..

orait.. masa aku mula2 masuk ke sini, aku mmg tiada pengalaman mengaja langsung. adela sikit, mengaja anak2 tikus cemana nk menyayangi kengkawannya. atau mengaja cell lines aku, utk grow dgn baik. hmmm.. so ini adalah pengalaman pertama aku.

mula2 masuk, aku tidak diberi teaching load. aku diberi tugas utk menyediakan slaid utk mengaja 2 program yg akan bermula pada waktu yg berlainan, tp akan overlap antara satu sama lain selama 3 bulan. so maknanya, waktu tu akan jadi agak padat. jadi that's why depa bg masa utk prepare la kot....

then... tetibe, aku diminta utk mengaja juga utk sem ni. utk keperluan SKT. nanti nk tulih ape kalu x ngaja langsung. at the same time, atleast utk aku gain experience. ok.. so, masa ni mind set dh kene ubah. korang pernah x alami keadaan, kalu kt x tertekan, so kt buat keje xla cepat sgt, xde benda nk trigger utk kt rasa semangat. so dari 2 keje kat atas td (yg aku buat dgn kadar yg amat perlahan), dh jadi 3 bende. tp xpela... aku kene prepare lecture utk 2 minggu je. nama pon utk pengalaman. okla.. masa nk prepare pon x byk, around 3 minggu je.. (ye aku tau, org lain pon gitu gak. orang lain pon byk keje gak. org lain pon byk menda nk buat gak. aku tau.. tu sbb aku kata awal2 td, ni cuma catitan peristiwa utk aku, personal, utk aku ingat. ok??)

okla.. so carikla bahan utk mengaja yg 2 minggu ni. keje yg prepare utk 2 program tu, stopkan dulu..

alih2, dpt tau lagi satu menda pulak.. xjadi pulak nk ngaja 2 minggu. kene amik terus pulak kelas tu. so kene prepare utk the whole sem la.. yg td yg 2 program tu mende berlainan. erghhh.. mengeluh skit.

sebenanye bkn ape.. perasaan tak best ni timbul, sbb dr awl masuk keje, kejap gini, kejap gitu, kejap gini, kejap gitu. ye aku tau.. normalla tu kan. nature keje mmg gitu. ye ye ye.. aku tau. tp x salah gak kan kalu otak aku set seme ni sebagai kecelaruan, dan menjurus ke arah satu keadaan lain yg dikenalpasti sebagai stress. mengapa? kerana byk sgt ubah2. kejap gitu kejap gini.

ye ye.. aku tau.. biasela.. mmg la realiti hidup mmg gini. ini pon bukan pertama kali aku experience mende ni. cuma tu jela.. nk keluarkan perasaan ni, sbb otak aku dh trapped kecelaruan ni, dan mentransferkan nya sebagai stress.

so team building ni datang tepat pada masanya.




..bliss-ailye shared her feelings at 1155..

~bliss-ailye~

latarnya banyak: seorang isteri ~ seorang anak perempuan ~ seorang adik ~ seorang kakak ~ menantu pertama ~ seorang sahabat.

sifatnya juga banyak: cerewet ~ banyak cakap (tapi bukan pada semua orang) ~ garang (boo, 2009) ~ bercita-cita sederhana (kerana tidak pernah mengimpikan untuk menjadi perdana menteri, mahupun timbalan naib canselor) ~ penakut ~ bersemangat tinggi juga ~ cembeng ~ keras hati (mengapa lebih banyak yang mazmumah dari yang mahmudah??)

kegemarannya ada tiga: makan ~ tido ~ shopping! aktiviti yang tidak berapa sihat memang menarik bukan??

misinya ada tiga: dia mahu menjadi seorang mama ~ dia mahu ke mekah pada usia 40 tahun ~ dia mahu memanjat piramid giza.

visinya ada dua: dia mahu menambah dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu didada, untuk bekalan nanti ~ yang plg penting, dia mahu masuk syurga, so dgn itu, dia perlu jadi isteri & anak & menantu & sibling & sahabat yang baik (semoga Allah memakbulkannya).

itulah dia..

~The counting~

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

~Important dates~

0301 - Zmr
0416 - Ay. Y
0430 - Zkr
0526 - Ayh
0613 - Wnt
0619 - Abh
0729 - Mak Paka
0819 - Mak Kl
0905 - A.Skr
0910 - Kyg
0920 - Af.Y
1101 - Nsyt
1106 - Akml
1108 - Sypk
1120 - Adm.Y
1211 - me
1224 - Boo

~Tick tock~

Shouts!


ShoutMix chat widget

~surveys~