got this forwarded mail. semenjak dua menjak, hati memang sgt rapuh.. sgt senang sayu. uh uh. sedih..


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk..

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang…!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..

"Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

''Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya..

"Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi…aku menangis seperti selalu..

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya…."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

''Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

"Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."


..bliss-ailye shared her feelings at 1501..

assalamualaikum. harini berbuka puasa tiga org, dgn akml skali. nk tulih byk2 pon xleh, boo nk guna pulak laptopinnyaa ini. so this is our menu.

sambal ikan duri. ikan duri terdiri daripada golongan ikan berbisa, yang mana tidak harus dimakan semasa pantang. so lauk ini untuk boo n akmal saje. byknye minyakkk!! masa amat sedikit, balik umah smpi lmbt. so nk percepatkan, letak la minyak byk skit!

sawi (aku baru sahaja dianugerahkan ijazah doktor kehormat masak sawi, dari universiti tut tut, yg mana canselornya adalah boo. ngihihi!). sawi itu dicelur, kemudian tauhu digoreng dan disusun diatasnya. then, tumis bwg putih n halia, letak sos tiram, air, tuang atas sawi itu. then buat bwg goreng, tabur kat atasnya. yummy! resepi dari my officemate. gratitude to her.

ayam halia. resepi same je seperti buat daging halia.

boo kate, gambar2 ni mcm besa sgt. tp... ini utk tatapan mataku sendiri. rasa puas ati pulak dpt tgk gamba besa2 gini, walaupun masak2 pondok2 jek. hmm, dh la. tu jek.



..bliss-ailye shared her feelings at 2144..

cerita ini nampaknya takkan berkaitan sgt dengan tajuk diatas. hari ini, aku mula bekerja. sampai je opis...

uwaaa!! waaa!! waaaawaawaa! byk gile keje, byk gileeee keje, byk gileeeee kejeeeee!!!! rase pening, rasa nk muntah, semua ade. erkk. end up dgn, aku cuma dpt senaraikan keja aku yg tertangguh, n seeding cell. that's all. nk manage balik jadual n semua keje, it took about a day utk settlekan mende tu jek.

tp, dlm uwaa uwaa waaa waa tu, ada keluar, " riang hatiku.. tidak terkira....!". i got a new laptopin. ngihihihi. selepas satu tahun lima bulan bekerja, dan menggunakan laptopin sendiri, akhirnya aku dpt juga laptop utk so called kegunaan pejabat. walaupun harta tempat kerja, tp akula pemiliknya selagi aku bekerja kat sini. hmm, suke suke! tp... laptopin lame ini ttp menjadi pojaan. ttp menjadi siulan. uhuk. laptopin itula yg menemani jari aku selama 2 thn 3 bln, sekaligus berjaya menggenggam (ayat buku nih) segulung ijazah. anyway, x sesuai dah rasanya guna pekataan menggenggam segulung ijazah. mane ade kt genggamkan?



ok, that's all for today. n this is juadah utk berbuka.

pindang a.k.a. singgang, with boo's thumbs up. malu la pulak rasa. lauk sesimplenye! sayur? sawi!



..bliss-ailye shared her feelings at 2106..

im in a very good mood to cook. takdela apa pon, main masak2 pondok mcm budak2 5 thn saje. since pilihan makanan pon x berapa banyak, n yg ptg perlu ada 2 elemen ini, that is, haliaaaaa.. dan lada hitammmm, so inila pilihan utk berbuka hari ini.

daging, perap sama garam, kunyit, halia, lada hitam, goreng, letak kicap, bwg besa, bwg putih, lada merah.

sup sawi, pecah telur sebijik.

serunding daging, ini bukan sendiri buat.

hmm, sungguh bersemangat utk masak, utk amik gamba, utk tulih blog. those yg kenal diriku aku, mmg gini la kan. time semangat, semangat sungguh. time x semangat, then that's it laa.



..bliss-ailye shared her feelings at 2105..

Assalamualaikum. selamat malam. mari kita berkongsi menu berbuka puasa. n ni pon utk rekod kenangan, menu buka puasa hari pertama sebagai suami isteri. eceh... wink!

sup ayam bersama hirisan kentang, tomato, daun sup/bwg dan bwg goreng.

kuah kicap.. hmm, kebiasaan aku makan sup ayam dgn sambal belacan, tp boo nk kuah kicap ni.

ikan terubuk masin. amat penting sebagai pencetus selera.

agar-agar milo dgn taburan nestle. ececeh.

sayurnya pulak, cam biasela, zon sawi. so xyah amik gamba la kot. same jek. jenis sawi je lain. rasa amat gumbire sebenarnye, kerana berjaya membuat agar2 yg direquest oleh boo, walaupun rupenye tidak seindah mana. b
oo kate rasenye ok. ok la tu! eheh.



..bliss-ailye shared her feelings at 2129..

Pengalaman DnC, walaupun mgkn kelihatan x sebesar mana di mata org lain, tapi ttp menjadi pengalaman yg berharga utk aku. Teringin pulak nak kongsi rasa tu:

Rabu, 120809.
-semasa 2nd check up di pusrawi, aku disahkan gugur dalam kandungan. Janin yang sepatutnya mempunyai saiz lebih besa dari 2 minggu sebelumnya semakin mengecut. Kantung juga berubah bentuk. Dr target janin akan gugur dalam tempoh seminggu dari tarikh tu. Tapi, disebabkan usia kandungan dah besar dan mencapai 10 minggu, kebarangkalian utk lakukan DnC adalah tinggi. Sesetengah org akan dibekalkan ubat, tp utk kes aku, dr kate kalu bagi ubat pon akan menambah kesakitan.

Sabtu, 150809.
1700.

- nsyt, mak paka n abh sampai. Malam, bawak depa pi umah mak ayah. Malam tu, dh kuar tanda sikit, macam permulaan datang bulan. Dua2 mak pon pesan, if anything happen malam ni, xkisah tgh malam camane pon, terus pi hospital.

Ahad, 160809.
0200.

sakit perut macam datang bulan. Mula2 biasa, blh tahan.. ok je.. tapi dah start xleh tido..

0430.
hmm.. surrender, ckp dgn boo, I think we need to go to the hospital.. masa ni mmg darah berketul2 keluar.

0530.
cucuk tangan, masuk air. Cucuk punggung, masuk ubat tahan sakit. N nurse kate, dh kene mula berpuasa….

1230.
barula Dr sampai.. xpela, lmbt pon, asalkan die smpi gak ke wad tu… dr buat scan, n nmpk, walaupun berketul2 darah keluar (hampir 3 ke 4 jari besarnya), rahim masih tebal, meaning still byk darah yg blum keluar. So, tiada pilihan, kene jugak DnC. Kalau dibiarkan, ia akan makin menebal, blh menyebabkan pendarahan semula, atau boleh sebabkan jangkitan. Dr berikan borang kebenaran pembedahan utk aku dan boo sign. First time sign borang benarkan org buat sstu kepada kita…

1315.
nurse dtg, bagi sepasang pakaian utk masuk operation theatre.

1330.
operation theatre ready, aku disuruh naik ke atas katil utk ditolak ke sana. Huh, masa ni, berdebar pon ada, takut pon ade, risau pon ada. Nama pon first time, nak nak bile dr kate aku akan dibius sepenuhnya, sampai pengsan. Pengalaman first juga, dipengsankan. Masa ditolak oleh nurse, boo ikut dari belakang. Rasa macam dalam drama je…

1335.
sampai ke OT. Ditolak melalui hampir 5 ke 6 lapis pintu, diangkat oleh 4 org nurse utk dipindahkan ke katil pembedahan, semua tu terasa sgt mendebarkan. Dalam hati, aku sgt bersyukur, sbb aku masuk bilik tu hanya utk DnC dan bukan utk pembedahan yg lebih kronik. Suasananya sungguh lain dari yang lain, suhu yang sgt rendah, katil pembedahan yang tinggi, lampu2 bilik bedah yang besar2..

1350.
pakar bius datang. “apa khabar? Relaks ye… bertenang. Selawat byk2… mengucap ye.. mengucap. Baca bismillah, ingat Allah…” astaghfirullah, napa dr bius ni ckp gini. Btol la sebenanye apa yg die ckp, tp x ke kedengaran sgt gusar dan mendebarkan… dalam tempoh die memegang tangan aku, sambil die suntik ubat bius berwarna pink lembut tu (mgkn dlm 5 ml pada perkiraan aku), aku sempat denga dia kata, “ok, saya akan suntik ubat bius, x lama lagi…” dalam tempoh ni aku dah dpt rasakan ubat bius tu mengalir dengan deras dari tangan kanan, ke belakang, ke tangan kiri, ke keseluruh badan, ke hidung, ke mata, ke otak… “awk akan tertido……….”

1410.
……… “kak.. kak… kak… kak…” terdengar sayup2 nurse di OT mengejutkan aku. Aku cuba carik jam, kali terakhir aku nampak pukul 1.50 pm. Now, baru pukul 2.10 pm. Rupanye DnC x amik masa yg lama. Kalu ikut kate nurse tu, the dr needs only 5 minutes to finished the procedure. Wpon dah sedar, kesan bius masih kuat, n nurse kate ia cume akan hilang selepas 4 ke 5 jam.

1420.
smpi ke bilik semula. Alhamdulillah, prosedur selesai dgn jayanya. Nmpk muka boo pon lega. Aku pon tertido semula, n bile tersedar lagi, boo dh balik umah.

1520.
nurse dtg amik bp, bp around 90+/60+. Kepala masih rasa berpusing, masih xmampu nk jalan.

1620.
amik bp lagik, around 90+/50+. Makin rendah…

1720.
nurse dtg lagi.. tanye nurse bile blh mula makan. Nurse suggest makan cuma bila kesan bius dah hilang sepenuhnya. Selagi rasa nk muntah, jgn makan.. so xleh makan lagi…

1800.
makan malam smpi.. nurse suggest minum air kosong je dulu. Sebaik saje nurse keluar, aku muntah, kepala berpusing. Duduk sekejap, muntah lagi…

1830.
perut rasa lega sikit, aku minum air seteguk. Aku minum setiap 5 minit selepas itu.

1900.
akhirnya dpt menjamah makanan. Tu pon mkn sikit demi sikit. Mmg berkesan sungguh la ubat bius tu..

that’s all.. aku ditahan di wad sehingga isnin 12 tgh hari. Alhamdulillah, dpt kuar wad tanpa sebarang masalah…

prosedur yang kecil, dan mengambil masa sgt pendek, tp memeberikan pengalaman yang cukup berharga.


..bliss-ailye shared her feelings at 2211..



Baru 4 minit azan isyak berkumandang. Sesiapa yang berniat utk bersolat tarawikh semestinya sudah berada di masjid kawasan masing2. n me, depan laptop. Xde rezeki nk menunaikan solat tarawikh malam pertama ni. Anyway, untuk semua, selamat menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini, InsyaAllah. Mohon maaf diatas segala salah silap.

..bliss-ailye shared her feelings at 2044..

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Situasi semasa:
~ boo baru je kol btau dah sampai opis.
~ Bunyik org fogging ni x abis2 lagik. Dlm tempoh seminggu ni, 2 blok bersebelahan blok aku di fogging. Definitely ade kes demam denggi.
~ Aku baru selesai mengadap breakfast. I made it for boo's b.fast, tp rasa terliur pulak. disebabkan masih dlm pantang, aku x berani nk makan without guide. Nk tipon mak = mesti on the way pi keje. Nk tipon MIL = mcm pagi sgt pulak. Xpela, Terus buka tenet, dan google = pantang + keguguran + telur. Xde apa2 artikel yg melarang, so ok la tu kot. Hihi!Here’s what I ate just now..



Aku jarang beli egg banjo kat luar, kerana:
~ aku x makan telur kuning tu alone, melainkan dlm telur dadar, n telur hancur. Meaning, the taste should be homogenized. homogenized tuuu!! xtau la sesuai ke x gune dlm pekataan tu dlm cite ni. egg banjo kat luar tu kan telur kuningnya sebijik2 gitu. Egg banjo aku, telur kuningnya akan disebarkan di seluruh permukaan telur mata itu, so mcm ade 2 layer, bwh putih, atas kuning.
~ Egg banjo kat luar tu, telurnye bulat, kecik dan tebal. Tapi aku suke telur yg besar luas permukaan yang boleh tutup the whole roti, nipis dan garing.
~ Egg banjo kat luar tu, rotinya takla garing sgt, dan dia x letak manyak planta. Tp egg bajo buatan sendiri, rotinya harus byk planta, smpi kuning, rasa masin2 skit, dan garingggg (ala2 hangus pon ade), barula sodap!

hokeh. This is my last day bercuti excluding sabtu ahad, tu psl la dari smlm mmg x tido lps boo bertolak pi keje. Takut terbawak2 perangai tu kat opis minggu dpn. Ape tentatif arini yek?
~ Kemas umah cam biasa..
~ Lipat baju yg menggunung tu. Mmg saje biarkan menggunung. Eheh.
~ Evaluate result.. hmmmm. So by Monday next week, result dh blh kuar n dh blh bg pada client.

Tp… mcm mengantuk la pulak.. bunyik fogging pon dh abis. tido kejap la..


..bliss-ailye shared her feelings at 0824..

blog 5 - menu dinner

arghh, bosannya tunggu boo balik. bosannya duduk rumah sorg2 xbuat pape. rasa cam nk pi jalan2 kat jusco jek!. nak buat cemane, nama pon mc, so mmg nk kene dok umah la, berehat, berpantang.

harini, menu utk dinner ialah ikan selar masak kicap n sawi goreng. hmm, sawi adalah sayur kebangsaan utk 2 minggu ni. sawi je yg plg senang nk cari kat kedai dkt umah ni.




boo, cptla sampai!

..bliss-ailye shared her feelings at 1855..

in the effort to start blogging again, here's my progress:

1- mendapatkan skin yg available, yg cumel dan shweet.
2- memasukkan gadget standard utk setiap blog, that is the shout box.

here's the picture, so lepas ni kalu ada sbrg pertukaran, aku blh melihat progress blog aku sendiri. hmmm.. menarik!




also, aku dh tau macam mane nk buat gini, meletakkan garis pada perkataan @ ayat, ahaks! so sweet. tengkiu to madam epelijau. simple thing, but still, its a knowledge.


..bliss-ailye shared her feelings at 1006..

Smlm mak genap berusia 54 thn. Utk itu, kitorg sekeluarga buat surprise celebration utk mak. Buat tak tau jek, smpi malam, sampai pukul 10.30 malam, tunggu ayah balik dari masjid (ayah ada majlis kenduri doa selamat sempena pembukaan restoran baru berdekatan masjid), menu yg simple, yet sedap dan dikira special, iaitu sate menjadi hidangan kitorg semua. Then kek, kad, dan hadiah utk mak. Tahun ni, kitorg bagi cermin mata hitam rayban utk ayah, dan microwave oven utk mak. Kedua2 ni adalah item yg sgt kedua2 mereka inginkan. Hmm, seronok bile lihat their smiling eyes. Ade ke org lain kat luar sana yg x suke dpt hadiah? I don’t think so. biarlah sekecil2 hadiah sekalipun, asalkan kita ikhlas memberikannya, individu yang menerima pasti akan suke.

Hmmm, since I am a married woman skrg, ada byk pertambahan tarikh hari lahir yg aku perlu take note.
setiap bulan ada birthday nampaknye! except Jan, Feb n Oct. blum masuk makcik pakcik, fren..

..bliss-ailye shared her feelings at 0826..

blog 2 - dugaanNya.

Byk benda besar berlaku dalam hidup aku kebelakangan ni. Mainly dugaan masalah kesihatan. As government servant, aku dpt peruntukan mc swasta sebanyak 15 hari. Mc yg xpernah aku amik sejak awl thn Berjaya aku habiskan dlm tempoh sebulan saje.

Bermula dengan berita gembira, slps 4 bln usia perkahwinan, dengan delay 2 hari women’s best friend, I got 2 lines utk pregnancy test kit. After a few weeks, ive start to experience all symptoms of morning sickness, as well as 1st time experience masuk wad disebabkan severe morning sickness dan hyperemesis.

Seterusnya, aku memulakan dunia “monthly check up” as pregnant lady, with my first time to see the baby’s heart beat, kantung. MasyaAllah! It was so amazing, to see the heart beat of our own baby. Last week was my second check up. Since boo xleh nk minta cuti, aku pon pegi sorg. And it remains to as my first experience receiving bad and sad news, alone. The baby isn’t developed. Haa? Maksudnya ape? Aku confused sgt waktu itu. Rupenye ia bermaksud aku keguguran.

N now, aku dlm tempoh mc (tempoh menghabiskan sisa2 mc yg tinggal), baru selesai keguguran, baru selesai masuk operation theatre utk DnC, n sdg menjalani pantang. Emosi? Hmm, xsemudah itu utk melaluinya.. im trying so hard utk melupakan. Tp masih x Berjaya. Aku redha, aku bersyukur dgn semua dugaan ni, aku bersyukur dengan semua ujian dan pengalaman yang Allah beri. Aku tahu, Allah dah menjanjikan sesuatu yang lebih baik utk aku. Aku tahu aku masih muda, masih blh mencuba. Semoga Allah murahkan rezeki kami suami isteri selepas ini.

Dan semua pengalaman ini, will remains forever, sebagai sstu yg xkan mgkn aku lupakan. Dan utk dia, bb yg aku sempat kandungkan selama 10 minggu, semoga dia menjadi bidadari yang cantik berseri di syurga. Aminn..


..bliss-ailye shared her feelings at 1016..

blog 1 - the initial

dah lama sgt x menulis. since boo pon menggalakkan aku menulis semula, here i come..

..bliss-ailye shared her feelings at 1610..

~bliss-ailye~

latarnya banyak: seorang isteri ~ seorang anak perempuan ~ seorang adik ~ seorang kakak ~ menantu pertama ~ seorang sahabat.

sifatnya juga banyak: cerewet ~ banyak cakap (tapi bukan pada semua orang) ~ garang (boo, 2009) ~ bercita-cita sederhana (kerana tidak pernah mengimpikan untuk menjadi perdana menteri, mahupun timbalan naib canselor) ~ penakut ~ bersemangat tinggi juga ~ cembeng ~ keras hati (mengapa lebih banyak yang mazmumah dari yang mahmudah??)

kegemarannya ada tiga: makan ~ tido ~ shopping! aktiviti yang tidak berapa sihat memang menarik bukan??

misinya ada tiga: dia mahu menjadi seorang mama ~ dia mahu ke mekah pada usia 40 tahun ~ dia mahu memanjat piramid giza.

visinya ada dua: dia mahu menambah dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu didada, untuk bekalan nanti ~ yang plg penting, dia mahu masuk syurga, so dgn itu, dia perlu jadi isteri & anak & menantu & sibling & sahabat yang baik (semoga Allah memakbulkannya).

itulah dia..

~The counting~

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

~Important dates~

0301 - Zmr
0416 - Ay. Y
0430 - Zkr
0526 - Ayh
0613 - Wnt
0619 - Abh
0729 - Mak Paka
0819 - Mak Kl
0905 - A.Skr
0910 - Kyg
0920 - Af.Y
1101 - Nsyt
1106 - Akml
1108 - Sypk
1120 - Adm.Y
1211 - me
1224 - Boo

~Tick tock~

Shouts!


ShoutMix chat widget

~surveys~