blog 60 - Laptopin ku.


tak mo tulis pepanjang. just nk tulis:

1) dh mula dh ni, mengikut emosi sedey2 gitu. pagi ni hari last keja kat tmpt skrg la katekan. minggu dpn dh start keje baru. mesti la dh terbawak2 rasa nk melalak tu.
2) blh x rasa cam xnk pulangkan laptop ni? uwaa!!
3) amat berharap supaya tmpt keja baru nanti, bos2 nya terbuka ati utk amik tender beli laptop. hihik. besh wo kalu gitu.
4) terasa amat rindu pada laptop ku sendiri. (yg telah hilang dicuri org. semoga Allah ampunkan dosanya).
5) mengantuk ok, sbb dh kol 12.05am.

kesimpulannya, sedey la. byk gak sentuhan utk blogku ni menggunakan laptop ni. besok kompem x sempat nk tulih blog. hrp2 kat tmpt keja baru dpt laptop gak!! (doa buat kesekian kalinye), supaya blh terus menulis dan merapu. weehee!

uiii! a.skr, kyg @ nsyt, ade sesapa mau kasik pinjam laptop???

..bliss-ailye shared her feelings at 1205..

blog 59 - Mee lebok-lebok.



mee lebok-lebok? ape tu? mmg nama die gitu ke?

ye kawan2, mmg namanye begitu. mak ku yg memberi namanya. kenapa nama die gitu, sebab mee ni nk buat amatlah senang. lebok-lebok (kacau2 secara malas) jek.

namun, rasenya tidaklah semalas gambaran membuatnya. mahu cuba? sila lah!

1) hiris daging, tebal atau nipis mengikut kesesuaian anda. buatla saiz standard cam org nk goreng mee.
2) rebus daging tersebut.
3) sambil2 rebus tu, kupas bawang putih dan halia. jgn ditanya bilangannya kerana aku juga kurang pasti. bak kate mak aku, "kena byk!" atau.. "awk adjustla sendiri. bajet bajet". so suggestion aku, utk masak utk 2 bungkus mee, kupas la dlm 10 ulas bawang putih, dan halia lebih kurang besa ibu jari kaki. kedua2 nya ditumbuk.
4) tumis bwg putih dan halia itu, then masukkan daging beserta dgn air rebusan td..
5) kalu air x cukup, tambah air skit. matlamat adalah utk buat ia berkuah cam mee sup.
6) masukkan fish ball n fish cake.
7) dah mendidih, masukkan kubis, daun sup n daun bwg yg dipotong cam potong sawi tu. lebih kurang seinci ke. bkn nya potong yg utk tabur2 kat dlm sup tu yek.
8) masukkan serbuk lada putih (dgn sgt byk, kalu blh smpi tersedak, ni serius ni).
9) then ketuk cili api. tambah garam mengikut kesesuaian rasa.
10) sedia utk dihidang. jgn lupa taburkan bwg goreng.

cubalah ye kawan2. amat sedap (kalu mak ku masak la.. huhu). anyway, pttnya amik gamba mee lebok2 tu dlm pinggan. tp terlupa pulak. so amik gamba kuah jela. nanti la bila buat lagi aku letak gambarnya yek. :)


..bliss-ailye shared her feelings at 1554..

sambungan...

tujuan kami adalah utk ke banda hilir. dok carik tanda, x jumpa2. by the way, eye on malaysia nampak menarik jugak, di bumi melaka ini.



pusing punya pusing punya pusing, barula jumpa tanda arah ke sana. jalan amat jem sekali. uih! rasenya sbb minggu tu adalah penutup cuti la kot. minggu akan dtg ni, mesti semua org dh nk get ready masuk sekolah, masuk uni, masuk keja, dan sebagainya. kami tepaksa park keta agak jauh dr bangunan merah ini.

bangunan merah, dgn beca2 yg dihias indah.

ku, versi pintu.

boo, dlm versi yg sama. gambar ini adalah idea boo. katanya, nampak mcm klasik gitu.

kami. gambar ini diambil oleh 3 gadis sekawan yg telah berjaya menipu kami utk membeli tiket melaka cruise yg depa jual. they were actually in a race. ala2 mcm amazing race tu. so salah satu task nya adalah menjual tiket itu. so depa ni katela, slalunya tiket harga RM15, utk haritu, utk race, spesel dpt RM10. kitorg yg kesian kat bebudak ni (n dh tersekat sebenanye, sbb suruh depa amikkan gamba) pon belilah tiket tu. uh, rupenye mmg RM10 ek! kurang asam btol.

iklan payung.

rumah tradional melaka di kampung Morten, which kt blh nampak semasa menyusuri sungai melaka dgn melaka cruise tu. istimewanya kampung ini, ia didiami oleh penduduk asal kampung tu, dan proses pemuliharaan serta pemeliharaan version asal rumah ditampung sepenuhnya oleh kerajaan negeri. so mmg nice la.. yg plg best, ade rumah yg kt mmg blh masuk n tgk macammmane kehidupan sebenar mereka. ni adalah antara rumah tercantik kat situ.

ni salah satu lagi rumah tercantik selain rumah yg kat atas td. as kamera kami xla secanggih mane (tp best gak), so xla dpt memfokus dgn baik.

iklan pemegang payung.

kesimpulan: percutian 2jam ni agak best kerana:
1) blh di plan dlm jangka masa pendek @ tetiba.
2) blh senaman dan berpeluh2 bila memanjat bukit2 seme tu.
3) blh tgk warisan kesenian melayu (ni la point utamanya).

so tuan-tuan dan puan-puan, Malaysia ini byk keistimewaanya. pergilah melancong!

..bliss-ailye shared her feelings at 2314..

assalamualaikum.

Sabtu ahad yg baru berlalu kami gunakan utk bertemu busu di kampung. lama sgt dh rasanya x blk kmpg. last skali kami balik adalah pada hari raya puasa yg lalu. (bayangkan, ni dh abis bln raya haji pon. xke dh lama sgt tu. huhu!).

sebaik sahaja mak paka n abah bergerak blk (mereka singgah di kl, dlm perjalanan dari kmpg ke paka), kami pon mulakan perjalanan. hajat di hati nk berenti makan kat luar, so x masak pon utk tgh ari. tp perut amat memulas skali. so, berenti makan di rumah kakak ku.

bila perut kenyang, hati pon senang la kan?? (tu lagu ke?). then kami mulakan perjalanan ke selatan..

sampai area bangi, 2 2 pasang mata pon suda jadi kecik. perut kenyang hati senang punya pasal la ni. so boo proposed utk carik kopi..layan kopi dulu.

alhamdulillah, jalan sedikit jem, tp x seteruk mana. kami smpi di melaka dgn selamat.

malam: duduk2 saje, masak lauk sardin goreng asam + sayur sawi jepun goreng + makan sama nasi panas. fuh. sila bayangkan perasaan yg sungguh enak itu ye tuan-tuan dan puan-puan.

the next day, kami sudah bajet mahu ke satu kedai makan di kuala sungai baru. kalu dari arah masjid tanah, masuk ke simpang kiri sebelum fly over ke pekan. jalan tersebut menghala ke arah medan ikan bakar kuala sg baru. kedai makan tersebut terletak kira2 2-3 km selepas simpang td (i think i should fine more information from my sis, macam mengarut je tanda arah aku ni) dan ade sebatang pokok besa di sebelahnya.

so inilah kedainya.

ini pula tempat makanannya.

busu (2x) ku.

boo n my cousin.

ini lontongnya.

ini pula nasi lemaknya.

next, singgah di tepi jalan berdepan dengan kedai makan. ada pangkin penjual ikan segar.

pilih2, ikan segar2.

org lain pilih ikan, aku pose. eheh.

selesai beli ikan, kami pulang ke rumah. lepak2 lagi, sambil menggait buah rambutan yang tinggal 5 6 biji tu. dh la tinggal sikit, tinggi2 pulak tu. huhu. tp atas dasar kesabaran busuku, dpt gak makan buah tu. then, tgh ari, aku dan n boo bergerak ke bandaraya melaka.

to be continued...


..bliss-ailye shared her feelings at 1220..

blog 56 - Hari Asyura.

Assalamualaikum.

sedikit bahan bacaan berkenaan dengan hari asyura:

Pensyarah Syariah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor, Mohammad Nidzam Abd. Kadir menjelaskan, ada sedikit kealpaan apabila kita melupakan suatu sunah yang baik untuk diamalkan iaitu berpuasa pada hari Asyura.

Dalam satu hadis Nabi s.a.w. disebut maksudnya:
Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) menghapuskan dosa dua tahun iaitu setahun sebelumnya dan setahun selepasnya, dan puasa hari Asyura (10 Muharam) menghapuskan dosa setahun sebelumnya. (Riwayat Abu Daud).

Kenapa hari Asyura kurang kelebihannya berbanding hari Arafah? Jelas Mohammad Nidzam, hikmahnya mungkin berbalik kepada asal ibadat. Ini kerana hari Arafah berkait langsung dengan ibadat haji di mana wukuf di Arafah adalah rukun haji yang paling utama. Oleh itu puasa pada hari Arafah khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w..

Puasa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s. “Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).

“Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Mungkin ada sumbernya mungkin juga tidak ada. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh,” katanya menerangkan tentang peristiwa di sebalik hari Asyura.

Tambah beliau, puasa hari Asyura adalah sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).

Selain itu, ujar Mohammad Nidzam, elok juga jika dapat berpuasa pada hari sembilan Muharam atau disebut hari Tasua'. Sabda Nabi s.a.w., Jika aku hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari sembilan dan 10 Muharam. (Riwayat Ibnu Majah).

“Hikmahnya mungkin bagi menyalahi perjalanan orang Yahudi yang memuliakan hari 10 Muharam sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Maka umat Islam digalakkan juga berpuasa pada 9 Muharam di samping 10 Muharam.

Dipetik dari: Bicara Agama, Utusan Malaysia: arkib 16 Januari 2007.

Hari Asyura pada tahun ini jatuh pada Ahad, 27 Disember 2009. Tanam azam, semoga kita sama-sama dapat melakukan ibadat sunat ini, insyaAllah.


..bliss-ailye shared her feelings at 1115..

Assalamualaikum.

bln disember menjadi antara bln feberet yg dipilih utk melangsungkan perkahwinan.
alasannya: cuti sekolah.. senang nk angkut budak2. (tapi bkn ke mak bapaknya tetap bekerja??) aku dulu pon hampir memilih tarikh ketika cuti sekolah ujung tahun seperti ini. tapi, selepas dibincangkan semula oleh kedua2 parent, n mengambil kira faktor kawasan pantai timur yang sering dilanda hujan lebat dan banjir, kami memilih bln mac.

anyway, semuanya bergantung pada pendapat masing2. yg ptg, semoga majlis yg dirancangkan diberkati Allah dan berjalan lancar.

today, kami memenuhi undangan ofismateku iaitu majlis resepsi sebelah pengantin lelaki.

kadnya berwarna hijau, nice n simple jek.

inilah pengantinnya. mengambil tema warna hijau utk keseluruhan majlis.

congrats to both of u! (mcm la depa bace blog ni, huhu). tapi xpe, dh ckp siap2 dh kot si pengantin lelaki tu, congrats. semoga kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat, amin.

n ada satu lagi majlis undangan utk kami pada hari sabtu. unfortunately, kami xdpt menghadirinya as kami ada event lain. semoga majlis saudara elvin dan zehan ini (ku terima jemputan dari parentnya) berjalan dgn sempurna juga, insyaAllah.

..bliss-ailye shared her feelings at 2257..

blog 54 - Hubby's bday.

Hari ni besday boo… hmmm, boo dah besha nak jadi ape??? Wink!

Ya Allah, Kau berikanlah suamiku kesihatan yang baik, umur yang panjang, ketajaman akal, kesabaran, keimanan, rezeki yang murah dan peluang perniagaan yang cerah. Kau kekalkanlah kebahagiaan kami ini sehingga ke akhir hayat kami berdua. Amin.

Sempena besday boo, kami sambut sekeluarga, di rumah mak.

ni kek dari boo utkku. xpernah ku dpt kek yg tertulis ucapan gini. hihik, cumel!

ni kek dari ku utk boo. ada nama seme org. ditempah khas dari rumet opisku. amat sedap ye kengkawan. amat murah berbanding org lain. n amat worth menempahnya. so kalu korg nk, sila btau. akanku paskan contact no.nya.

potong kek. lagi 2 org ni mmg akan potong seme kek. memanjang besday depa ni.

menu dinner sambut besdaynya.

puding dari kakakku.

familiaku.

familiaku versi wanita

mak tiada dalam gamba tapi ade kat belakang tu je. A. Skr. juga tiada dlm gambar tp sbb mmg xde. x dpt blk. huhuk.

..bliss-ailye shared her feelings at 2349..

Hari ini kami berempat (aku, kak A, kak M dan J) pergi makan di The Store Sg. Buloh. Uiiiiii, jauhnyaaa!!! Hmm, tula perasaan aku masa depa ajak pi sana. Tp bila dh sampai, rupanya rumah aku lagik jauh dr tmpt keje. Uhuk.

Eceli, akak2 ni mahu mencarik kasut. Aku? Sudah pasti tidak blh membeli kasut, kerana baru sahaja membelinya. Mahu kena pelangkung sama semua org??! huhuk.

So, b4 si akak2 ni mencari kasut, kami makan dulu. Menurut suggestion rumet opisku, makanan terhebat (eceh) yg ada di situ adalah yong tow foo. Hm, so aku pon mencubenya.


Mmg sedap yek.aku, kak A n J, semenya membeli makanan ini. Blh ajak depa semua kat rumah dtg sini utk makan yong tow foo. Rasenye mengalahkan yong tow foo pasar malam yg slalu kami kat rumah beli tu. Dah la murah. Slalu kalu beli kat jusco, maunya 5 6 hinggit. Ni sepinggan ni RM3.90 jek harganye. Kalian semua juga blh mencuba.


N ade satu lagi menda sedap. Nasi ayamnya, yg dibeli kak M. Wah, sambal nya just nice, sup nya panass berasap2 (sgt penting ye sup nasi ayam dihidangkan panas –bliss ailye’s requirement). Kalu dikutkan nafsu durjana yg selama ni aku ikut smpi bdn naik n seme org tego, sbb pe naik, sbb pe nampak tembam, wah nmpk berisi skrg, wah, dh ade isi ke?? Smpi aku jadik sakit atii uwaaaa tolong!! maunya aku beli nasi ayam tu jugak. Tp nasib baik ada satu bisikan halus yang kedengaran sungguh jujur dan ikhlas smpi kat telinga aku, "weh ko ni, xcukup lagi ke dagu ko macam nk berlipat dh tu???" Fuh, nasib baik aku berjaya utk tidak membeli nasi ayam tu.

Kesimpulan: mmg sedap ye kawan2. Kalu pegi ke The Store Sg Buloh, sila la ke food courtnya, kat situ ade gerai bertulis zarra yong tow foo, zarra nasi ayam, zarra char kuew tiow seme. Sila cuba yek!


..bliss-ailye shared her feelings at 1558..

blog 52 - Makanan jiwa.

Assalamualaikum.
Harini ada ceramah disini. Ceramah dimulakan dgn nyanyian merdu oleh kumpulan nasyid agensi aku bekerja. Hm, mmg merdu la depa nyanyi, pttla jadi juara utk pertandingan antara agensi dlm kementerian yang menaungi kami. ok, mari kt view sedikit gambar.

cenderahati dari penganjur program.

sibuk menyelak2 buku cenderahati. nk tau kenapa mereka seronok mentelaah?

buku ni ada panduan lengkap utk membaca. siap tulis yg mana 2 rakaat 3 rakaat semua. that's why seme org pon suka dpt buku yasin ni.

kumpulan nasyid yg sedang membuat persembahan.

Ceramah disampaikan oleh seorg ustaz yang merupakan guru agama dan juga ahli masjid di tempat beliau tinggal. Antara isi ceramah yang smpt aku catat (dek kerana syok sgt mendengar ceramahnya smpi tangan x smpt menulis):

1) Percaya dan yakin adalah 2 perasaan yang berlainan. Contohnya, ramai manusia percaya tentang hari kiamat, tapi hanya segelintir yang benar2 yakin dgn kejadian itu. Oleh sebab itu, ramai yang masih melakukan maksiat kerana mereka hanya percaya tetapi tidak atau kurang yakin.

2) Kita harus memupuk semangat untuk melibatkan diri dalam masyarakat. Kita perlu ambil berat tentang masyarakat kita. Analogi cerita – ada sebuah kapal yang dinaiki oleh 2 golongan manusia, sedang belayar. Golongan rendah duduk di bahagian bawah, dan merekalah yang menggerakkan kapal. Mereka terdiri dari golongan yang gemar bersuka-ria, mabuk dan sebagainya. Manakala satu golongan lagi, adalah golongan yang kuat beribadat dan duduk di bahagian atas kapal. Satu hari, kapal tersebut mengalami masalah kebocoran, tapi tidak diendahkan oleh golongan pekerja since mereka sendiri sedang asyik dan mabuk dengan kehidupan mereka sendiri. Golongan yang kuat beribadat pula mengambil pendekatan untuk tidak menegur golongan pekerja yang dianggap sibuk mengganggu ibadat mereka. Akhirnya kapal tersebut tenggelam, mulanya di bahagian bawah, sehinggalah habis keseluruhan bahagian kapal. Tapi kesannya adalah lebih mendalam pada golongan yang kuat ibadat tadi, kerana mereka mengalami 2 kali seksaan. Seksaan pertama adalah seksaan jiwa, iaitu bila melihat golongan pekerja yang mati lebih awal, dan mereka tidak dapat membantu. Dan seksaan kedua adalah bila mereka sendiri turut terkena musibah, hanya kerana mereka sibuk dengan ibadat masing-masing sahaja. Kesimpulannya, adalah menjadi tugas kita semua untuk memastikan dan membantu agar masyarakat kita semakin mengikuti cara islam yang sebenar, mengurangkan maksiat, menyeimbangkan antara dunia dan akhirat. kita harus bergerak seiring.

3) Ajarlah anak untuk bersolat sejak dari umur 7 tahun, dan sebatlah mereka jika mereka enggan bersolat selepas berumur 10 tahun. Tempoh 4 tahun itu adalah tempoh yang terbaik untuk menyemai kesedaran tentang kepentingan solat itu dalam diri mereka. Dan bukan sahaja bersolat, malah dalam pekerjaan juga boleh dipraktikkan. Untuk semua kerja yang kita lakukan, ambillah masa untuk kita betul2 faham dan yakin tentang pekerjaan kita.

4) Surah aldzariat (ayat 23) membawa maksud “maka demi tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kami ucapkan". So watch your mouth when you say something. Kerana kata2 kita adalah doa. sentiasalah berdoa perkara yang baik-baik, serta doakan orang lain, kerana Allah itu Maha Mendengar.

5) Percaya pada kebesaran Al-Quran.

6) Tolong Allah, dan Allah akan menolong kita. Jadi, mulai harini, tanamkan azam untuk menjadi lebih baik, libatkan diri dalam komuniti dan sentiasa sebarkan syiar Islam, walau dimana pun anda berada.

p/s: sesekali, kita perlu mendengar “makanan jiwa” kerana sesungguhnya ia mampu mendamaikan hati.

YaAllah, peliharalah diriku, suamiku, ahli keluargaku dan sahabat handaiku dari melakukan dosa secara terang-terangan atau tersembunyi serta azab api neraka.


..bliss-ailye shared her feelings at 1420..

blog 51 - Kasut.

Ahaks, lanjutan dari hadiah yg direquest dr abg n kakak ku (tengkiuk!), inila rupa paras hadiah itu!


Ok tuan tuan dan puan puan, ini namanya wedges yek (utk yg xtau lagi, sbb aku pon baru tau, huhu). First time denga dari rumet opisku, aku ingatkan dia ckp pasal cheesy wedges kfc tu. Ntah kenapa mende ni namanye wedges. Ciri2 nya, harus flat.Dah lama sgt x pakai kasut yg tinggi2 ni, ha amik, bila pakai kasut tu, terpelecok sane, terpelecok sini. Huhu, xpe xpe, dh lama2 pakai, musti rasa ok punya.

Ish Jap, nak carik ertinya.. Ha, sudah jumpa.

On most shoes, the "heel" sits under only the heel of the foot, but a wedge heel runs under the foot, from the back of the shoe to the middle or front. As you've probably guessed, it has a somewhat triangular, wedge shape, but not all wedges are high heels. In fact, wedge heels range from low to high, it's the shape and the length of the heel that classify it as a wedge. Many people confuse platforms and wedges. While shoes with wedge heels may have platform soles, the two features do not always appear together. When they do, they're considered "platform wedges."
Sumber -http://shoes.about.com/od/glossaryofshoestyles/g/wedges.htm

Ape apepon, nak ckp ek, kasut ini amat selesa sekali yek.

Ahaks, skrg sudah ada 4 kasut mahu ke tmpt kerja. Yg hadiah itu, beserta 3 lagi kasut lain:

Ini kasut konvo aritu. Sakittttt memakainya, buat kaki melecet. Mgkn kena pakai stoking tebal skit kot. Syg la kalu xnk pakai lagi, kerana baru pakai sekali saje.

Ini kasut hantaran, tidak pernah memakainya, kerana, masa mencubanya sebelum kawen dulu, muat2 saje. Tp lepas je kawen, mgkn kaki pon malu, so kaki mengecil. (xtaula sejauhmana kebenarannya). So ini sudah diperbaiki. Letak padding dibelakang kasut tu 2 lapis. So blh jadi kasut kerja juga.

Ini kasut yang baru saje dibeli jumaat awl muharram aritu. Kasut ini mmg dibeli khas utk tujuan bekerja. Asalnya mahu membeli yg berwarna putih. Tapi tiada pulak yg menawan hati. Bila bwk blk rumah, rupenye teraccident dgn kaler kasut hantaran. Huhuk. Nasib baik design lain.

Hmm.. tapi, sandal putihku sudah lusuh. Harus diganti. Boo, blh beli lagi satu sandal x?? (pasti bulat mata boo membaca post ini). eheh..erm..

tinggal berapa ari je lagi, sblm masuk thn baru.. sblm masuk kerja baru.. tetibe berdebar la pulak.

..bliss-ailye shared her feelings at 2244..

~bliss-ailye~

latarnya banyak: seorang isteri ~ seorang anak perempuan ~ seorang adik ~ seorang kakak ~ menantu pertama ~ seorang sahabat.

sifatnya juga banyak: cerewet ~ banyak cakap (tapi bukan pada semua orang) ~ garang (boo, 2009) ~ bercita-cita sederhana (kerana tidak pernah mengimpikan untuk menjadi perdana menteri, mahupun timbalan naib canselor) ~ penakut ~ bersemangat tinggi juga ~ cembeng ~ keras hati (mengapa lebih banyak yang mazmumah dari yang mahmudah??)

kegemarannya ada tiga: makan ~ tido ~ shopping! aktiviti yang tidak berapa sihat memang menarik bukan??

misinya ada tiga: dia mahu menjadi seorang mama ~ dia mahu ke mekah pada usia 40 tahun ~ dia mahu memanjat piramid giza.

visinya ada dua: dia mahu menambah dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu didada, untuk bekalan nanti ~ yang plg penting, dia mahu masuk syurga, so dgn itu, dia perlu jadi isteri & anak & menantu & sibling & sahabat yang baik (semoga Allah memakbulkannya).

itulah dia..

~The counting~

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

~Important dates~

0301 - Zmr
0416 - Ay. Y
0430 - Zkr
0526 - Ayh
0613 - Wnt
0619 - Abh
0729 - Mak Paka
0819 - Mak Kl
0905 - A.Skr
0910 - Kyg
0920 - Af.Y
1101 - Nsyt
1106 - Akml
1108 - Sypk
1120 - Adm.Y
1211 - me
1224 - Boo

~Tick tock~

Shouts!


ShoutMix chat widget

~surveys~