Showing posts with label consanguineal familia. Show all posts
Showing posts with label consanguineal familia. Show all posts

fuh fuh fuh. bulu ayam mane bulu ayam. uihh, berabuk sgt dh ni.

mcm aku slalu kate, menulis ni mmg kene ade mood. kalu x de mood tu, mmg x jalan la... hmm... byk gileee bende nk cite tp x cite2 pon. uihhhh..

anyway, last night kami sefamily pi main bowling kat mall dkt ngan umah ni, except baby. sianla pulak nk bwk dia memalam kan. huhu. xpe, nanti suda besa sikittt lagi, blhla bwk. hmm, mall tu punyela sejengkal je jaraknya, tp punyela susah nk cari time mau main bowling. yela, for the past 10 months, my sis was pregnant, so camane nk pi main kan.

ni antara picture pemain profesional yg beraksi malam td... eceh!

kakak n rambut brnya. mcm anak korea! tp die buat aksi gitu pulak, xnmpk sgt rambutnya. xpe, nanti amik lain.

nenek n abang. nenek mmg surrender dr awal xmau main.. sian kat abang n kakak, yg dewasa2 ni yg syiok abis main, last2 dewang main game bebudak adela 10 minit kot. hehe.

group 1 - pakcik. adik a.skr. main mmg silang2 kaki punyela. tp silang jela.. ahahahaha.. (gelak).

kyg. ni silang kaki mmg xleh. mutu persembahan? hmm... xyah komenla. tgk dr gamba pon blh tau. ahahaahha! gelak lagi! ahahahahahah!

upps. lupe pulak nk ckp, biasela, pemilik blog mustila akan biased pada groupnya kan. so mintak maaf ek pada group sebelah. ahahahaahahah!

haa, ni pemain plg veteran. jgn memain ni. lagi power dr pemain kedua td. kalu digilap mesti blh pegi jauh lagi ni. eheh! jgn mara na... (p/s: ayahku ttp hebat).

ha, yg ni kira ketua pasukan la kot... balingan tu perlu byk latihan lagi. terlalu byk kesalahan dlm permainan. ihihihih!

ok, skrg kt pergi group 2. JUARA ye! ahahaahahahah! walaupun kami kalah di set pertama (tu bg can je tu), kami (kami ke??) bangkit dlm set kedua, meninggalkan group 1 jauh di belakang. siap ada jampi2 semela! eheh.

(kita sedang memasuki zon memuji diri. harap anda dapat bersabar...)

ye ini dia, pemain dgn kutipan mata yg hebat malam td. balingan yg cukup mantap, hebat, bergaya, dan sebagainyala. wah, cayalah!

yeah, ini juga ya, pemain dgn kutipan mata hangat.. bola tajam, siap senget2 semela. fuh, mmg blh menggentarkan pihak lawan.

anda rasa tensen??? ahahaha, komen dan sesi puji diri blum abis lagi..

hm,, pemain cilik hampir2 nk disuruh balik naik bas je malam td nasib baik bangkit di beberapa balingan terakhir. hmm, kene kursus intensif ni. tp apepun, gud job! (wah puji lebey nampak).

yg girl belah kiri tu tiada kaitan ye. ha budak tu, org dok gelak2 sama ahli keluarga, dia mau buat muka ejek2 pulak. kalu ko nk kontrol2, gelak2 sopan dan manis (kononnya) n act like ur playing karom ke (sopan sket la), lantak ko la. ape hal pulak ko nk pandang dok jeling2 dok buat2 muka kat org pulak. nasib x kene je girl ni.

last but not least, yeah, inila dia gambar yg ditunggu2 (saya la tu. eheh). despite bentuk badan yg kurang meyakinkan, balingan yg sentiasa kompiden abisla, memberikan sumbangan markah pada group 2.

kesimpulannya, ulasan ini dibuat dgn over skali. eheh. padahal x de papepon sebenanye. anyway, fun sungguhla!. kamu-kamu semua, pi la main bowling sama2 ahli keluarga. it's more fun than wif frens! hm, dgn frens pon fun gak. tp aku ni, mmg typical malay woman yg family oriented punyela. tu yg aku rasa gitu . huhu.

apepun, just nk ckp, it was so damn fun! lps ni kami mau pi karaoke pulak la. melalak beramai2. ahaks!

..bliss-ailye shared her feelings at 1538..

Hari ni pagi2 sudah menangis dlm kereta.

Kenapa?

Kerana satu caller di radio kegemaranku. Dia menceritakan tentang pengalaman hari ibu. Dia menceritakan kekesalan yang dialaminya. Apa kekesalan itu?

Ibunya sakit, dan dijaga oleh adik caller itu. Satu hari, semasa ibunya menonton tv, ibunya bertanya pada anaknya,

“hari ini hari ibu ke?”
“mana mak tau?”
"Dalam tv cakap. Kalau hari ni hari ibu, kenapa anak2 mak x balik?"

Tlg la, amat touching ek. Soalan yang sgt simple, yet sgt sgt berkesan. bayangkan, caller tu cerita pon dalam keadaan sebak, n berkata yg kesemua lapan adik beradiknya tidak balik lgsg utk bersama dgn ibunya. betapa die berada kesal kerana tidak menyambut hari ibu, n now ibu dia dh tiada lagi di dunia ni.

Alhamdulillah, kami sudah biasa menyambut hari ibu. Dan insyaAllah kami akan teruskan. Utk aku, aku x rasa seorang ibu perlukan hadiah mahal, makan mahal. Seorang ibu cuma perlukan ingatan dan kasih sayang.

Aku pernah denga beberapa alasan dari beberapa kenalan, contohnya:
~ Kitorg mmg x sambut hari ibu. Mmg xbiasa pon. Tp ok jek.
~ Hari2 pon hari ibu. Hari2 pon sayang ibu. xyah ada hari ibu pon xpe.

Ye, btol la tu. Yes btul, aku mmg akui la kenyataan itu. Tp utk aku juga, aku rasa xde orang dalam dunia ni yg x sukakan surprise, hadiah, ucapan, dan sebagainya. Mmg setiap hari pon hari ibu, tp x salah kalu kt bg satu hari yg istimewa skit utk ibu kt. Istimewa dr segi ucapan ke… tu pun dh cukup. N x salah juga kt bg ibu kt experience sambutan hari ibu. Atleast ibu kt pon akan ada pengalaman diraikan dengan hari ibu, sama macam ibu2 yg lain. Pastinya ibu kt akan gembira kan? So salah ke kalu kt pilih hari ibu ni as hari yg istimewa, walaupun mmg tiap2 hari pon ibu kt is ibu kt and tiap2 hari pon kt sayang ibu kt??


Utk mak (xtaula mak akan bace ke tak ni, rasanya x kot, melainkan ada org tunjuk kat mak), mak, hepi mother’s day, I love u so much. Terima kasih utk semua pengorbanan yg mak buat sejak bliss-ailye lahir sampai sekarang. Bliss-ailye xkan boleh dan xkan mampu membalasnya. But, I wish I could do my very best to u (ha, kan dh start sebak dh). Ye, aku mmg ratu air mata kat umah aku. Uh.


N utk MIL (ni pon macam MIL ku xkan baca, melainkan ada org tunjukkan), mak, hepi mother’s day jugak. Terima kasih utk semua yg mak buat sepanjang setahun 2 bln saya jadi menantu mak, dan utk selamanya (gambar ini diambil secara candid, masa ni kami menonton games masa family day FIL).

utk my sis, xpela, mewakili anak2nya yg bertiga itu (kerana of coursela mereka masih blum paham hari ibu tu apa), hepi mother's day. how i wish i had the same feeling as u, being a mother.

utk kawan2 yg lain, hepi mother's day juga, jadila ibu yg terbaik utk anak2 anda, dan doakan aku menjadi ibu juga, yang terbaik utk anak2 ku. amin.

wah sungguh sebak pula rasanya.


..bliss-ailye shared her feelings at 0950..






orait. inilah ahli keluarga kami yang terbaru. Ar. Y - initial utk baby baru. siapa mahu tahu nama penuhnya, tanya direct padaku.

Ar. Y lahir pada 16 april 2010. lihat, dia menyerupai siapa? kakaknya atau abangnya atau mummynya atau mamanya? gambar yg lain tidak dpt diupload di sini, as posing semua org tidak begitu molek utk dikongsi bersama khalayak. ahaks. anyway, welcome baby Ar.

pstt.. harini Ar. Y sudah berusia 2 minggu. cumelll!!



..bliss-ailye shared her feelings at 1457..

kakakku sudah bersalin.
alhamdulillah. hepii!!! amat hepi sampai rasa cam x sempat la nk mengarang ayat. xpe, nanti aku update ya. anak2 buahku sudah ada 3! sukaaa!

..bliss-ailye shared her feelings at 2130..

cuti-cuti malaysia kali kedua ini tidak dirancang pon. tiba2 dpt tau opis FIL ku ade family day. so abh mengajak kami semua, dengan segala penginapan dan makan disediakan. eheks. ia berlangsung selama 2 hari iaitu 19 dan 20 hb feb 2010.

family day ni melibatkan pelbagai aktiviti sukaneka. kami xdpt main pon, sbb:
~ ramai sgt, lebih 300 org rasenye.
~ kami sampai lambat, cukup2 utk dinner.


ok, dinner malam itu bertemakan "Retro 70-an". so inilah pilihan baju kami.

di meja makan. sebelum majlis bermula. tgk boo, muncung tu dah ada aura 70's tu.

abh di pentas.

samseng kampung dusun dan cik salmah. tetengah malam bute pakai spek. takpe, mau retro punye pasal. lagi satu, kalu pakai spek, xla malu sgt. org x perasan muke. eheh.

cik salmah1 dan cik salmah2. nampak beg lip lap memasing.


makanan dihidangkan secara buffet. lauk2 mostly ok, sedap gak. tp disebabkan ramaii sgt, so sorg bangun sekali je utk amik makanan. pastu malas dh nk bangun. huhu. abis majlis dgn mata yg ngantuk gaban, sbb abis agak lewat.

next, keesokkan harinya, kami duduk kat resort je. duduk sambil sarapan nasi lemak dan meehoon goreng yg dh siap ditapau oleh committee family day. pagi tu ada gak aktiviti, but again, since orgnye ramai sgt, kami jadi tukang tgk saje la.

inila resort bukit gambang tu. nice view gak. sunyikk jek.


then, menjelang tghari, kami check out, n terus pi water themepark.

kami dan pelampung.

suda letih, so isi perut lagi dgn makanan hasil tapauan committee family day.

coco beach - antara tarikan di sini.


kesimpulannye, gambang theme park ni blh tahan best gak. tp mgkn tempat ni lebih berbaloi utk those yg kat pantai timur, kirenye xyahla jauh2 pi smpi kl nk main kat water themepark. sbb lebey kurang je theme park2 ni seme.

ok, the end. saya mahu balit. arini hajat di hati mahu goreng ikan cenc, buat kicap, goreng sawi, tumbuk sambal tempoyak. makan sama nasi panas. fuh!

..bliss-ailye shared her feelings at 1536..

ahaks!
saya suda habis buat satu slaid. skrg masa utk berehat.

hmmm. kami sekeluarga sudah memulakan kalendar cuti2 malaysia kami utk siri 2010 pada 30 jan yg lalu. destinasi pertama pilihan kami adalah residence desa lagoon resort. anyway, perancangan utk bercuti2 di sini dah dibuat sejak aku kawen lagi. tp baru skrg dpt tempah rumah yg kami nk tu.

desa lagoon ni stail nya adalah rumah2 yg mengelilingi swimming pool. kirenya, kuar umah nampak swimming pool terus.. walaupun kolamnya x sebesar mane, tp since unitnye pon xla byk sgt, so dh cukupla utk kami semua yg sgt pandai berendam ni.. berendam je pon. eheh. lupa la pulak nk amik gamba view resort itu.

smpi2 saje, terus check in ke rumah 2 tingkat dan mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. walaupun x besar mane, tp cukup utk memuatkan kami seramai 15 org. next, aktiviti terjun dan rendam!

pelampung si abang sudah terlepas dari badannya. fuh, bahaya btol.

aten + uda + mama + mummy + ayah + abang + ibu.


next, selesai berendam, kami ber BBQ. aku + boo + wnt + nsyt pergi dulu mencari tempat BBQ di tepi pantai sementara yg lain menyiapkan brg2 di umah. sypk n uncle dil pulak bertugas mencari arang. well, quite nice. tempatnya luas. so walaupun ramai org berBBQ, still xde masalah utk kami mendapatkan tempat yg besh.

byk gak kumpulan lain yg buat bbq juga.


ok kawan2 sekalian, ini adalah pengalaman pertama ye. x penah lagi hidup api sendiri. selama ni dok makan yg dh siap je. eheh. tu yg rasa cam teruja je tu.

inilah unggun pertama yg aku berjaya buat. eheh. kacang jek.

jemput makan. sila2. menu malam itu adalah ayam, kambing, lembu, sotong, n kerang. hmm. ups, tertinggal, n nasi goreng version a.skr.

inila chef terutama untuk malam itu. waa mak, ur BBQ is the best la! tatau la mak campur ape. mcm2 jenis sos, lada ape seme. fuh. hebak! kalu suruh buat sendiri kompem x dpt jadi cam mak buat. huhu.

tukang pegang kipas. bukan tukang kipas yek. tukang pegang saje. eheh.

yeah, inila tukang kipas sejati! kakak version comot makan BBQ.

maddam version kenyang.

ajk kipas. kami sudah selesai makan.

hmm. jadilah warganegara yg bertanggungjawab. bila kita sudah makan kita kemas bersih2.

aa.. kemas. kemas.. pas ni blh balik.


ok, balik, ngantuk, tido...

esoknya..

mandi kolam lagik. kali ni lebih ramai, termasuk ayh, busu, pak busu, n uncle dil. termasuk bibik. hmm, mak jela yg x berendam.

tghari, pi makan kat pekan, makan di gerai yg punyela panas berdesing sbb:
1) lauk2 nye amatla podeh.
2) atap zink.


yg ptg, perut kenyang, hati senang. balik resort lagik.

that's it. happy?? of course. first time kami buat BBQ sendiri. masing2 amat berkobar2 sekali. pasni kompem ade siri BBQ berikutnye.

hmm. jam sudah pukui 4.30. cerita pon suda abis. hati rasa mau balit la. chiow!


..bliss-ailye shared her feelings at 1534..

ye kawan-kawan, ini adalah resepi untuk air asam air tangan makku.

Belacan sebesar 2 ibu jari aku. so ikutla memasing punye ibu jari cemane. belacan tu dibakar dulu utk lebih menghangatkan rasanya.

Bawang besar 3 biji – dipotong panjang ke, dadu ke, atau racik2 jadi halus.

Tomato 1 biji – dipotong dadu.

Cili api – mengikut tahap kepedasan sendiri. Lagi hot lagi best.
Cili merah – sekadar memeriahkan majlis. Nk bg cantik, tp hotnya datang dr cili api.

Asam jawa sebesar sepenumbuk –tgk penumbuk memasing besa mane, bajet2la masamnya.
Gula 2 senduk – tgk gak umah memasing senduk besa mane. Kesimpulannye, bajet2 la bagi secukup rasa.
Garam secukup rasa juga.

Campur kesemuanye.

dah jadik dah. Siap untuk dicicah bersama ikan bakar. cukup masamnye, cukup pedasnye, cukup manisnya, cukup masinnye. Wah enak!.

ikan bakar atas flat. ingat org dok umah flat xleh bakar ikan dgn cara tradisional dan thrill ke? ahahaha.

kakak n abang. tiada kaitan dengan resepi diatas.


..bliss-ailye shared her feelings at 1110..

assalamualaikum semua.

2 minggu yg lps, kami bercuti-cuti malaysia lagi. aku dan boo blk paka, sementara yg lain menginap di awana kijal. anyway, tema percutian kami mmg byk pada swimming pool. atau pun tu kira syarat besa kalu nk pi bercuti. kena gak ada swimming pool tu. swimming pool awana blh thn besh gak. busaa! tp.. cuaca ketika kami disana agak tidak mengizinkan. hari depa sampai n check in, hujannn je. xberenti. si kakak n adik pulak mmg dh siap sedia sgt nk pi mandi ni.

adik makan tepung pisang goreng sambil tonton tv, sementara tunggu ujan reda.

kakak pulak minum air teh panas sambil tunggu ujan reda.

n finally, alhamdulillah,ujan berenti gak. dpt la bwk bebudak n ayah budak, ibu budak, pakcik makcik budak n atuk budak pi swim (ramainya budak. eheh!)

kakak n ayahnya. kakak sudah pandai swim sikit.

adik jugak sungguh seronok swim n main tali2 tu.

malam tu depa singgah ke paka. borak2 sesama 2 family. hmm, syok gak ni. 2 dlm 1. balik kmpg n pi bercuti.

satu tips mahu kongsi sama korang semua: slalu2la bwk budak2 pi mandi laut ke sungai ke kolam ke pool ke utk bg depa blaja berenang.. xkisahla kat mane pon. bwk dari kecik. sbb budak kecik ni senang nk blaja. badan depa kan ringan lagi, kan?

penah tgk satu video omputih yg nk aja anak die berenang. sgtla baby2 lagi die dh campak dlm pool. alamak kalu gitu x sanggup la pulak. agak2 setahun lebey 2 thn tu ok dah kot... ok! abis cite. bln jan ni ada satu lagi cuti2 malaysia. cuti2 swimming pool. dgn tambahan aktiviti that is BBQ! y
eah!


..bliss-ailye shared her feelings at 1645..

blog 57 - Melaka.

assalamualaikum.

Sabtu ahad yg baru berlalu kami gunakan utk bertemu busu di kampung. lama sgt dh rasanya x blk kmpg. last skali kami balik adalah pada hari raya puasa yg lalu. (bayangkan, ni dh abis bln raya haji pon. xke dh lama sgt tu. huhu!).

sebaik sahaja mak paka n abah bergerak blk (mereka singgah di kl, dlm perjalanan dari kmpg ke paka), kami pon mulakan perjalanan. hajat di hati nk berenti makan kat luar, so x masak pon utk tgh ari. tp perut amat memulas skali. so, berenti makan di rumah kakak ku.

bila perut kenyang, hati pon senang la kan?? (tu lagu ke?). then kami mulakan perjalanan ke selatan..

sampai area bangi, 2 2 pasang mata pon suda jadi kecik. perut kenyang hati senang punya pasal la ni. so boo proposed utk carik kopi..layan kopi dulu.

alhamdulillah, jalan sedikit jem, tp x seteruk mana. kami smpi di melaka dgn selamat.

malam: duduk2 saje, masak lauk sardin goreng asam + sayur sawi jepun goreng + makan sama nasi panas. fuh. sila bayangkan perasaan yg sungguh enak itu ye tuan-tuan dan puan-puan.

the next day, kami sudah bajet mahu ke satu kedai makan di kuala sungai baru. kalu dari arah masjid tanah, masuk ke simpang kiri sebelum fly over ke pekan. jalan tersebut menghala ke arah medan ikan bakar kuala sg baru. kedai makan tersebut terletak kira2 2-3 km selepas simpang td (i think i should fine more information from my sis, macam mengarut je tanda arah aku ni) dan ade sebatang pokok besa di sebelahnya.

so inilah kedainya.

ini pula tempat makanannya.

busu (2x) ku.

boo n my cousin.

ini lontongnya.

ini pula nasi lemaknya.

next, singgah di tepi jalan berdepan dengan kedai makan. ada pangkin penjual ikan segar.

pilih2, ikan segar2.

org lain pilih ikan, aku pose. eheh.

selesai beli ikan, kami pulang ke rumah. lepak2 lagi, sambil menggait buah rambutan yang tinggal 5 6 biji tu. dh la tinggal sikit, tinggi2 pulak tu. huhu. tp atas dasar kesabaran busuku, dpt gak makan buah tu. then, tgh ari, aku dan n boo bergerak ke bandaraya melaka.

to be continued...


..bliss-ailye shared her feelings at 1220..

~bliss-ailye~

latarnya banyak: seorang isteri ~ seorang anak perempuan ~ seorang adik ~ seorang kakak ~ menantu pertama ~ seorang sahabat.

sifatnya juga banyak: cerewet ~ banyak cakap (tapi bukan pada semua orang) ~ garang (boo, 2009) ~ bercita-cita sederhana (kerana tidak pernah mengimpikan untuk menjadi perdana menteri, mahupun timbalan naib canselor) ~ penakut ~ bersemangat tinggi juga ~ cembeng ~ keras hati (mengapa lebih banyak yang mazmumah dari yang mahmudah??)

kegemarannya ada tiga: makan ~ tido ~ shopping! aktiviti yang tidak berapa sihat memang menarik bukan??

misinya ada tiga: dia mahu menjadi seorang mama ~ dia mahu ke mekah pada usia 40 tahun ~ dia mahu memanjat piramid giza.

visinya ada dua: dia mahu menambah dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu didada, untuk bekalan nanti ~ yang plg penting, dia mahu masuk syurga, so dgn itu, dia perlu jadi isteri & anak & menantu & sibling & sahabat yang baik (semoga Allah memakbulkannya).

itulah dia..

~The counting~

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

~Important dates~

0301 - Zmr
0416 - Ay. Y
0430 - Zkr
0526 - Ayh
0613 - Wnt
0619 - Abh
0729 - Mak Paka
0819 - Mak Kl
0905 - A.Skr
0910 - Kyg
0920 - Af.Y
1101 - Nsyt
1106 - Akml
1108 - Sypk
1120 - Adm.Y
1211 - me
1224 - Boo

~Tick tock~

Shouts!


ShoutMix chat widget

~Stories~

~surveys~