Showing posts with label santapan rohani. Show all posts
Showing posts with label santapan rohani. Show all posts

“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

..bliss-ailye shared her feelings at 1827..

blog 86 - R I B A

aku memulakan harini dgn perasaan malas dan sedikit menyesal sbb mendaftar sebagai peserta untuk satu seminar yg diadakan harini. siap tulih status dlm fesbuk.

selepas 4 jam mendengar ceramah, aku bersyukur sgt sgt sgt sgt, kerana aku berada di dalam ceramah itu. ceramah harini adalah tentang RIBA. kat mane2 pon riba kan? bak kate rumetku, "susah kak.. zaman skrg.. camane nk kuar dr riba..." btul, aku x nafikan seme tu. tp yaAllah tlgla byk gile bende aku nk tulih kat sini, tp disebabkan perasaan yg berkecamuk dok mendengar ceramah td, aku akan tulih ikut point saje ye kawan2. yg ptg, aku mahu kongsi sgt perkara ini.

ceramah disampaikan oleh kakitangan bank muamalat. jgn terkeliru ye, staf ini dtg bukan utk mempromosi produknya, tp sbg memenuhi kewajipannya utk menerangkan ttg riba ini. org zaman skrg suka rasa simple2 kan. btul x? ala rilek.. same je konvensional ke islamic banking. then kalu islamic siap kene baya lagi byk lagi kan .. gitula ayat yg biase kedengaran.

ok, mari kt lihat fakta ttg riba. rujukan dari buku "RIBA dan pengharamannya" yg dikeluarkan oleh bank muamalat. (www.muamalat.com.my).

1) dalil-dalil pengharaman RIBA:
rujuk pengertian surah al-Baqarah ayat 275-281.

2) akibat dan kesan riba:
- pengamal riba sebenarnya diperangi Allah dan rasulnya.
astaghfirullah, camane kt sebagai hamba nk memerangi Allah?? Allah dah BERJANJI tau! dlm Quran, Allah akan memerangi mereka yg mengamalkan riba (surah al-Baqarah ayat 279).

- kehilangan berkat harta dan kehidupan.
mereka yg mengamalkan riba, harta dan kehidupannya x berkat. sebanyak mane pon hartanya, pasti tidak cukup. dia akan sentiasa rasa wangnya habis tanpa dirasai.

- seperti berzina dengan ibu bapa sendiri.
astaghfirullah!! seperti sabda Nabi s.a.w. "riba mempunyai 73 pintu. riba yg paling ringan dosanya ialah seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya". bayangkan, tu dosa riba yg paling ringan tau! kalu lagi berat?? uuuuu, takutnya!

- riba adalah lebih berat dari 36 kali berzina.
nabi juga bersabda tentang perkara ini, "satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali".

- salah satu dari 7 dosa besar.

kesimpulannya kawan2, demi Allah, keluarkanlah diri dari riba. imbas balik pada diri sendiri...

a) kad kredit islamic @ konvensional?
b) loan rumah islamic @ konvensional?
c) loan kereta?
d) pinjaman peribadi??


dan benda2 lain lagi. if ada, kewajipannya adalah utk menukarkan kepada islamic. kenapa??? kerana ini adalah perintah Allah. siapalah kita untuk mempertikaikan kelogikkan perkara ini. kita perlu berusaha untuk menjadi orang mukmin dan bukan sekadar muslim. seorang mukmin @ beriman pasti seorang islam, tetapi seorang islam belum tentu orang yg beriman. orang yg beriman akan berkata, "sami'na wa ato'na" bermaksud, "aku dengar dan aku taat" pada semua perintah Allah.

kesimpulan: aku xpernah guna font besa dlm blog ni utk menstresskan ttg sstu perkara. tp kali ni aku rasa perlu sgt sgt. aku pasti aku masih banyak dosa utk perkara lain. tapi aku berusaha untuk memperbaiki keadaan. aku perlu perbetulkan keadaan yang salah, yg telah jelas di depan mata. so utk kawan2 sekalian juga, please please please please, do something for ur life. tolong sgt2 jauhi riba. sape2 yg ade loan kete ke umah ke personal ke kad kredit ke, yg konvensional, pleaseeee, jauhi riba. jauhi!

wallahualam.

..bliss-ailye shared her feelings at 1306..

blog 56 - Hari Asyura.

Assalamualaikum.

sedikit bahan bacaan berkenaan dengan hari asyura:

Pensyarah Syariah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor, Mohammad Nidzam Abd. Kadir menjelaskan, ada sedikit kealpaan apabila kita melupakan suatu sunah yang baik untuk diamalkan iaitu berpuasa pada hari Asyura.

Dalam satu hadis Nabi s.a.w. disebut maksudnya:
Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) menghapuskan dosa dua tahun iaitu setahun sebelumnya dan setahun selepasnya, dan puasa hari Asyura (10 Muharam) menghapuskan dosa setahun sebelumnya. (Riwayat Abu Daud).

Kenapa hari Asyura kurang kelebihannya berbanding hari Arafah? Jelas Mohammad Nidzam, hikmahnya mungkin berbalik kepada asal ibadat. Ini kerana hari Arafah berkait langsung dengan ibadat haji di mana wukuf di Arafah adalah rukun haji yang paling utama. Oleh itu puasa pada hari Arafah khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w..

Puasa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s. “Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).

“Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Mungkin ada sumbernya mungkin juga tidak ada. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh,” katanya menerangkan tentang peristiwa di sebalik hari Asyura.

Tambah beliau, puasa hari Asyura adalah sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).

Selain itu, ujar Mohammad Nidzam, elok juga jika dapat berpuasa pada hari sembilan Muharam atau disebut hari Tasua'. Sabda Nabi s.a.w., Jika aku hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari sembilan dan 10 Muharam. (Riwayat Ibnu Majah).

“Hikmahnya mungkin bagi menyalahi perjalanan orang Yahudi yang memuliakan hari 10 Muharam sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Maka umat Islam digalakkan juga berpuasa pada 9 Muharam di samping 10 Muharam.

Dipetik dari: Bicara Agama, Utusan Malaysia: arkib 16 Januari 2007.

Hari Asyura pada tahun ini jatuh pada Ahad, 27 Disember 2009. Tanam azam, semoga kita sama-sama dapat melakukan ibadat sunat ini, insyaAllah.


..bliss-ailye shared her feelings at 1115..

blog 52 - Makanan jiwa.

Assalamualaikum.
Harini ada ceramah disini. Ceramah dimulakan dgn nyanyian merdu oleh kumpulan nasyid agensi aku bekerja. Hm, mmg merdu la depa nyanyi, pttla jadi juara utk pertandingan antara agensi dlm kementerian yang menaungi kami. ok, mari kt view sedikit gambar.

cenderahati dari penganjur program.

sibuk menyelak2 buku cenderahati. nk tau kenapa mereka seronok mentelaah?

buku ni ada panduan lengkap utk membaca. siap tulis yg mana 2 rakaat 3 rakaat semua. that's why seme org pon suka dpt buku yasin ni.

kumpulan nasyid yg sedang membuat persembahan.

Ceramah disampaikan oleh seorg ustaz yang merupakan guru agama dan juga ahli masjid di tempat beliau tinggal. Antara isi ceramah yang smpt aku catat (dek kerana syok sgt mendengar ceramahnya smpi tangan x smpt menulis):

1) Percaya dan yakin adalah 2 perasaan yang berlainan. Contohnya, ramai manusia percaya tentang hari kiamat, tapi hanya segelintir yang benar2 yakin dgn kejadian itu. Oleh sebab itu, ramai yang masih melakukan maksiat kerana mereka hanya percaya tetapi tidak atau kurang yakin.

2) Kita harus memupuk semangat untuk melibatkan diri dalam masyarakat. Kita perlu ambil berat tentang masyarakat kita. Analogi cerita – ada sebuah kapal yang dinaiki oleh 2 golongan manusia, sedang belayar. Golongan rendah duduk di bahagian bawah, dan merekalah yang menggerakkan kapal. Mereka terdiri dari golongan yang gemar bersuka-ria, mabuk dan sebagainya. Manakala satu golongan lagi, adalah golongan yang kuat beribadat dan duduk di bahagian atas kapal. Satu hari, kapal tersebut mengalami masalah kebocoran, tapi tidak diendahkan oleh golongan pekerja since mereka sendiri sedang asyik dan mabuk dengan kehidupan mereka sendiri. Golongan yang kuat beribadat pula mengambil pendekatan untuk tidak menegur golongan pekerja yang dianggap sibuk mengganggu ibadat mereka. Akhirnya kapal tersebut tenggelam, mulanya di bahagian bawah, sehinggalah habis keseluruhan bahagian kapal. Tapi kesannya adalah lebih mendalam pada golongan yang kuat ibadat tadi, kerana mereka mengalami 2 kali seksaan. Seksaan pertama adalah seksaan jiwa, iaitu bila melihat golongan pekerja yang mati lebih awal, dan mereka tidak dapat membantu. Dan seksaan kedua adalah bila mereka sendiri turut terkena musibah, hanya kerana mereka sibuk dengan ibadat masing-masing sahaja. Kesimpulannya, adalah menjadi tugas kita semua untuk memastikan dan membantu agar masyarakat kita semakin mengikuti cara islam yang sebenar, mengurangkan maksiat, menyeimbangkan antara dunia dan akhirat. kita harus bergerak seiring.

3) Ajarlah anak untuk bersolat sejak dari umur 7 tahun, dan sebatlah mereka jika mereka enggan bersolat selepas berumur 10 tahun. Tempoh 4 tahun itu adalah tempoh yang terbaik untuk menyemai kesedaran tentang kepentingan solat itu dalam diri mereka. Dan bukan sahaja bersolat, malah dalam pekerjaan juga boleh dipraktikkan. Untuk semua kerja yang kita lakukan, ambillah masa untuk kita betul2 faham dan yakin tentang pekerjaan kita.

4) Surah aldzariat (ayat 23) membawa maksud “maka demi tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kami ucapkan". So watch your mouth when you say something. Kerana kata2 kita adalah doa. sentiasalah berdoa perkara yang baik-baik, serta doakan orang lain, kerana Allah itu Maha Mendengar.

5) Percaya pada kebesaran Al-Quran.

6) Tolong Allah, dan Allah akan menolong kita. Jadi, mulai harini, tanamkan azam untuk menjadi lebih baik, libatkan diri dalam komuniti dan sentiasa sebarkan syiar Islam, walau dimana pun anda berada.

p/s: sesekali, kita perlu mendengar “makanan jiwa” kerana sesungguhnya ia mampu mendamaikan hati.

YaAllah, peliharalah diriku, suamiku, ahli keluargaku dan sahabat handaiku dari melakukan dosa secara terang-terangan atau tersembunyi serta azab api neraka.


..bliss-ailye shared her feelings at 1420..

~bliss-ailye~

latarnya banyak: seorang isteri ~ seorang anak perempuan ~ seorang adik ~ seorang kakak ~ menantu pertama ~ seorang sahabat.

sifatnya juga banyak: cerewet ~ banyak cakap (tapi bukan pada semua orang) ~ garang (boo, 2009) ~ bercita-cita sederhana (kerana tidak pernah mengimpikan untuk menjadi perdana menteri, mahupun timbalan naib canselor) ~ penakut ~ bersemangat tinggi juga ~ cembeng ~ keras hati (mengapa lebih banyak yang mazmumah dari yang mahmudah??)

kegemarannya ada tiga: makan ~ tido ~ shopping! aktiviti yang tidak berapa sihat memang menarik bukan??

misinya ada tiga: dia mahu menjadi seorang mama ~ dia mahu ke mekah pada usia 40 tahun ~ dia mahu memanjat piramid giza.

visinya ada dua: dia mahu menambah dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu didada, untuk bekalan nanti ~ yang plg penting, dia mahu masuk syurga, so dgn itu, dia perlu jadi isteri & anak & menantu & sibling & sahabat yang baik (semoga Allah memakbulkannya).

itulah dia..

~The counting~

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

~Important dates~

0301 - Zmr
0416 - Ay. Y
0430 - Zkr
0526 - Ayh
0613 - Wnt
0619 - Abh
0729 - Mak Paka
0819 - Mak Kl
0905 - A.Skr
0910 - Kyg
0920 - Af.Y
1101 - Nsyt
1106 - Akml
1108 - Sypk
1120 - Adm.Y
1211 - me
1224 - Boo

~Tick tock~

Shouts!


ShoutMix chat widget

~Stories~

~surveys~