Showing posts with label me-work. Show all posts
Showing posts with label me-work. Show all posts

ofisku seperti dilanggat garuda hari ini.
nama pon sudah akhir tahun, minggu terakhir sebelum kelas bermula.
semuanya kosong, tempat punch card (hari ni dtg awal okeh), tempat parking, toilet, bilik juga...

xpela, kuatkan semangat, mari bekerja!

p/s: anak rumetku di hosp. skrg. semoga dia cepat sembuh. amin.

..bliss-ailye shared her feelings at 0926..

salam semua..
arini dah bermula semester baru. eceli semalam. tp semalam diriku ting tong. aku amat2 tidak larat mahu memandu sejauh 50 km utk ke ofis, kerana, low BP. takut anything happened di tgh jalan. jika muntah2 saje, akan ku drive juga, sambil memegang plastik di sebelah tangan. tapi ini adalah tekanan darah, yg secara saintifiknya akan menyebabkan kita pitam secara tiba2. wahh, nauzubillah..

pengalaman arini.. masuk ke kelas tepat kol 8... pertama kalinya mengajar dengan tiada komputer dan LCD. wah aku sgt kagum pada pendidik yg lain yg mampu melakukannya... mgkn aku masih baru, tiada byk pengalaman... im not really prepare for the worst. tp alhamdulillah, berjaya juga meneruskan kelas seperti sepatutnya..

total kelas utk harini adalah 4 jam. hingga 5 minit terakhir, aku asyik2 ingatkan diri supaya melakukan yg terbaik, force diri sebaik mgkn. alhamdulillah, berjaya juga melakukannya...

kawan2 semua, doakan aku ye...

..bliss-ailye shared her feelings at 1651..

mari kita ke ladang.. hoi!!!
mari kita ke ladang.. hoi!!!

hari ini engkau ke ladang aku tak ikut.. aduh aduh aku diserang hai sakit perut.. ore ore!!


lagu ini, boo amat tidak suka. tapi kan lagu ini amat ceria! kamu kamu tahu x lagu ini? lagu cerita P Ramlee. x ingat pulak tajuknya ape..

mari membuat selaiddd.. hoi!!!
mari membuat selaiddd.. hoi!!!

hari ini aku pemalas nak buat selaidd.. aduh aduh aku diserang ai rasa malasss.. ore ore!!

..bliss-ailye shared her feelings at 1317..

pejam celik pejam celik pejam celik (banyak2 kali pejam dan celik), kini tinggal 2 minggu saja lagi sebelum sem baru bermula. hmmm.. kali ni, aku diberikan 3 kelas, kesemuanya fresh2 lagi..

mesti lagi byk perangai dan karenah yg bakal aku temui dalam diri setiap student nanti. xpela, yg ptg, semoga aku dpt menjalankan tugas dgn sebaik mgkn.

laparla... xde idea la pulak nk tulih. nantila smbg.


..bliss-ailye shared her feelings at 1410..

hmm...

salam semua..
byknya perasaan yang ada dlm hati skrg. xpela, mari becerita ye.

hidup ni kan, slalunya mesti complicated. complicated dgn rules, dgn prosedur, dgn karenah birokrasi, dgn semuala.. hm, tp siapa je pun yg buat semua tu? manusia jugak.

anyway, masa mula2 aku tuka keja, aku dh berazam, aku x nk jadi rebellious. aku x nk mengcomplicatedkan kehidupan aku... so, aku berazam, if there's anything yg aku kena buat, n ada impaknya jika aku x melakukannya, so aku akan buat perkara tu.

dgn jawatan baru ni, aku ada macam2 rules yg perlu dipatuhi, macam2 prosedur yg perlu diikuti. ok, its fine, since aku xnk berada dlm kelompok yg ketinggalan. aku xnk berada dlm kelompok org yg menentang sesuatu yg dipersetujui oleh majoriti. again, aku x nk jadi rebellious.

baru2 ni, kami diarahkan utk melakukan suatu kerja oleh org atasan. ianya diwajibkan. ok, since ada impaknya jika kami x follow rules ini, so aku buat. its not an easy things to do anyway. agak suffer jugak utk menyudahkannya, smpi terbyg2 sepanjang masa, siap masuk mimpi kot..

then, after all, i manage to do that. alhamdulillah. gembira jugak rasa sbb dpt melepasi fasa brainstorming la ape seme tu. n berjaya melepasi fasa terpaksa bergelut dgn pelbagai prosedur yg mengetatkan kehidupan org. n gembira jugak dgn pengalaman ini.

aku siapkan kerja itu, dan aku submit. lega, pheww!

then, suddenly, aku terima suatu berita. just a few hours after anta. arahan yg mewajibkan kerja ini dibatalkan. WHAT!!!! after i done it all! OMG!!! faham x perasaan aku skrg?? yes, mmg benda ni menguntungkan aku pon, sebab aku dh siap pon, dh anta pon, x effect ape pon, since aku dh siap ape seme kan.. yes, tapi...

OMG, mmg sstu peraturan tu dlm sekelip mata je blh ubah ek?? why cant they consider everything before they made it compulsary??

i am stress. that't it.



..bliss-ailye shared her feelings at 1321..

Salam semua!

Arini amat tiada mood utk membuat slaid. Wah, amat pening. Aku perlu rehat. Hmm.. aku mahu cerita pengalaman mengajar. Seronok juga utk rekodkan pengalaman ini, supaya aku akan sentiasa ingat.. B4 this aku cuma cerita kisah yg amat surface. Skrg mari kt flashback semula…

kelas pertama..

Aku mengambil inisiatif utk menghafal nama bakal2 pelajarku. Kenapa?
1) Sbb aku rasa lebih mudah utk aku berinteraksi dgn org jika aku kenal seseorg itu lebih dalam. Teringat masa di pejabat lama, bosku berkata, “bliss-ailye ni kalu jumpa org mesti nak tanye, umur bape? Umur bape?”. Eheh, anyway, tu seme salah satu cara utk kumpul maklumat terperinci.
2) Aku xsuka pada guru yg ingat pd pelajar yg glamer saje @ yg byk ckp saje @ yg duduk dpn saje. Aku rasa guru sebegitu adalah tidak adil. Dah kalu semua org nk duduk depan, camane pulak.. kalu guru x ingat ni, rasa mcm x dihargai tau…. Hmm…
3) Aku mahu tetapkan satu borderline utk pelajar. Aku mahu mereka tau aku serius mahu mengajar mereka. Apa kaitannya? Aku kurang pasti. But anyway, langkah itu agak berkesan, sbb depa pon rasa cam threaten sikit, sbb mereka kurang pasti sejauh mana aku mengenali mereka.

Kelas kedua..

Aku menetapkan rules and regulation di dalam kelasku. Erm, ini semua terpulang pada kehendak dan cara masing2 kan.. n ini adalah caraku.
1) Punctual – hal ini tiada kompromi, walaupun 2 minit. Melainkan seluruh kelas dtg lmbt, then mgkn ada sebab. Tp kalau seorang 2 saja lambat, driver bas kah yg salah?
2) Respect – hmm… basic yet uneasy. Tidak semua org ada sifat ini. Tp mereka perlu dan wajib ada sifat ini dalam kelas aku. Respek diri mereka sendiri, respek guru, dan respek kawan2 mereka.
3) Speaker n listener – dlm satu masa, Cuma seorang sahaja boleh bercakap. Yg lain mendengar, jika ada lebih dari seorang yg bercakap, ini komunikasi yg tidak berkesan.

Aku masih dlm usaha utk menerapkan nilai2 ini pada pelajarku. Mengapa aku mahu terapkan semua ini.. bukan utk aku. Tp utk mereka. Mereka adalah bakal pemimpin, bakal penggerak ekonomi. Mereka harus ada sifat2 ini. Aku Cuma mahu satu perkara, aku mahu mengajar dan berkongsi. Itu saja.

Semuanya kedengaran dan kelihatan bagus2 saja. Cukup baguskah aku? Semestinya tidak. Sekarang sudah masuk minggu ke-3, aku Nampak masih banyak perkara yg perlu di perbetulkan. Masih byk lagi kelemahan diri.

1) English conversation. I can’t converse well in English. Not very fluent. Hmm.. selalu amat terlupa perkataan yg simple. Pernah skali, aku tertinggal pemadam papan putih di kelas. aku amat terlupa perkataannya adalah DUSTER. Simple kan? Then…. Pembebasan karbon dioksida, aku amat lupa perkataannya adalah RELEASE. Hmmm.. bila gabra, semua perkara pon turn upside-down.
2) Emosi. Aku belum pandai mengawal emosi. Bila aku marah, aku akan marah. Aku sukar utk switch off marah n switch on lecture.
3) Time management. Baru satu kelas, sudah serabut. Setiap hari isnin, aku pasti tidak sempat masak. yaAllah mmg x smpt la… kerana isnin kelas pada waktu petang dan selasa kelas btul2 di pagi hari. Aku perlu ubah itu… erkhhh!!!

Hmm.. Itu saje buat setakat ini..

Haaa.. terlupa pula mahu cerita..

Kami perlu belajar tentang ekologi dan ekosistem. Kamu semua masih ingatkah? Apa itu tundra, taiga, temperate forest, savanna dan sebagainya?? Aku sudah ingat2 lupa. Wah, kali terakhir belajar benda itu sewaktu di tingkatan 3..

"Teacher, where is savanna…?"
"Savanna.. (gambaran dlm kepala suda ada, ada pokok, ada zirafah, ada kuda belang semua tu… tp macam mana nk kuarkan gambaran tu pada mereka).. do u watch the lion king movie? That one la…"
"Hmm… which movie teacher?"
"Erk.. alaa.. the first one la.."
"Oooo.. ok… aaa teacher, before the father die or after the father die?? (lps bapak si simba tu mati kan die lari dalam utan seme tu.. startla kompius tu.)"
"Before the father die.. ehh, after also laa.. at the end of the story."


Kelakar pulak rasanya. Wah, bukan semua benda kita blh ingat, btol x? so kdg2, menda2 kecik2 pon kt blh lupa..



..bliss-ailye shared her feelings at 1429..

salam semua!

lamanya x menulis. hmmm, byk sgt benda nk cite, tp xde masa sgt nk buat (konon busy sgtla kirenya).

mari imbau kenangan pertemuan pertamaku dgn boo. kami adalah kenalan masa matrikulasi. bukan kenalan pon. aku cuma sedar kewujudannya disitu, begitu juga dgn boo. kami tidak berkawan pada masa itu.

5 tahun berikutnya...

aku ini, org yg tidak pandai berkawan ramai2 org. aku juga tidak pandai bercakap dgn org yg baru aku kenal. tp dgn org yg aku kenal ,hamik korang, tadahla telinga mendengar aku bercakap.

aku dan boo berjumpa semula dalam ym. terima kasih kepada pencipta ym kerana membantu menemukan aku dan boo. ahah, so sweet...

mulanya, kami hanya berkawan di alam maya. cerite2, borak2.. smpila kami membuat keputusan utk berjumpa pada kali pertama. WAHH! disinila bermulanya butterfly in stomach dlm perutku. wah, nk jumpe kol 6.30pm di kl sentral, kol 12.30pm dh bedebar dh. kalu la kawan2 semakmal dgnku semasa master masih ingat. huhu. amat berdebar skali yek. mengapa? kerana, pada waktu ini, bila aku bersetuju utk berkawan dgn boo, aku sudah menyatakan dr awl, aku tidak mahu main2 lagi. so kiranye cam 1st time nk jumpa bakal suami la ni.

aku sampai agak lewat, tapi disambut dengan senyuman dari boo. eceh! boo xmarah (xtaula kot dia marah tp die tahan ke..). mane blh marah, 1st time dating. eheh. kami memilih utk makan di secret recipe. aku memesan chocolate indulgence dan green apple kasturi, kedua2 nya kegemaranku. dalam keadaan lain, i can finish both in 1 shot. kirenya mmg suka sgtla!! tp... nebes punya psl, aku xleh habiskan langsung. not even half i think. wah berdebar lagi! kami teruskan borak2 + sipu2 + malu2 + gelak kecil. tp alhamdulillah, pertemuan pertama, walaupun penuh debaran, berjaya jugak dilalui.

pertemuan seterusnya tidak memberi sebarang masalah langsung. alhamdulillah, sehingga diizinkan Allah kami menjadi suami isteri, sampaila sekarang, dan semoga sampai ke akhir hayat. semoga kami tidak akan mengalami sebarang masalah yg tidak boleh diselesaikan.

ok, mengapa aku bercerita tentang kisah ini???

ini kerana, kawan2.. aku mahu bercerita. aku sudah mendapat kelas, dan sudah mula mengajar. setakat ini, aku sudah mengajar 3 kali. kelas isnin yg lalu, kelas utk praktikal. so tidak menakutkan sgt. aku cuma ajar mereka melakukan praktikal, then that's it.

kelas kedua - wah disini butterfly in stomach. wah amat bedebar ye kawan2. kelas ini adalah kelas biasa, yg mana aku perlu memberi lecture. aku mengambil masa 2 minggu utk menyiapkan nota kuliah mereka. dgn penuh debaran, aku mengaja macam kayu. uh, muka xde ekspresi. nada xde ekspresi. semua pon xde ekspresi. aku balik ke bilik dgn hati yg luka. kenapa? sebab aku rasa aku gagal. aku x dpt jawab pertanyaan mereka. walaupun aku sudah study sebanyak yg mungkin yg mampu aku lakukan.

tp alhamdulillah, kelas ke3, sudah tiada butterfly lagi. alhamdulillah. aku amat happy hari ini. aku rasa puas. aku rasa yakin. aku rasa connection dgn mereka. semoga ini akan jadi satu permulaan yg baik. aku tidak mahu byk benda. aku cuma mahu bantu adik2 ini agar mereka dpt paham, mereka dpt jawab dgn baik, dan mereka dpt gunakan ilmu ini nanti. itu saja.

alhamdulillah...


..bliss-ailye shared her feelings at 1122..

assalamualaikum kawan2 sekalian.

arini aku akan pi team building. anyway, gembira sbb dh lama sgt xpi beraktiviti sebegitu walaupun team building ni ceramahnya lebih byk dr aktivitinya .

seminggu ini aku mengalami kecelaruan minda. oh, sebelum itu, blog ini ditulis bkn utk complaint org ke ape ke.. ia cuma sekadar catitan peristiwa supaya aku akan sentiasa ingat setiap perjalanan hidup aku, kerjaya ke, personal ke.. semuala..

orait.. masa aku mula2 masuk ke sini, aku mmg tiada pengalaman mengaja langsung. adela sikit, mengaja anak2 tikus cemana nk menyayangi kengkawannya. atau mengaja cell lines aku, utk grow dgn baik. hmmm.. so ini adalah pengalaman pertama aku.

mula2 masuk, aku tidak diberi teaching load. aku diberi tugas utk menyediakan slaid utk mengaja 2 program yg akan bermula pada waktu yg berlainan, tp akan overlap antara satu sama lain selama 3 bulan. so maknanya, waktu tu akan jadi agak padat. jadi that's why depa bg masa utk prepare la kot....

then... tetibe, aku diminta utk mengaja juga utk sem ni. utk keperluan SKT. nanti nk tulih ape kalu x ngaja langsung. at the same time, atleast utk aku gain experience. ok.. so, masa ni mind set dh kene ubah. korang pernah x alami keadaan, kalu kt x tertekan, so kt buat keje xla cepat sgt, xde benda nk trigger utk kt rasa semangat. so dari 2 keje kat atas td (yg aku buat dgn kadar yg amat perlahan), dh jadi 3 bende. tp xpela... aku kene prepare lecture utk 2 minggu je. nama pon utk pengalaman. okla.. masa nk prepare pon x byk, around 3 minggu je.. (ye aku tau, org lain pon gitu gak. orang lain pon byk keje gak. org lain pon byk menda nk buat gak. aku tau.. tu sbb aku kata awal2 td, ni cuma catitan peristiwa utk aku, personal, utk aku ingat. ok??)

okla.. so carikla bahan utk mengaja yg 2 minggu ni. keje yg prepare utk 2 program tu, stopkan dulu..

alih2, dpt tau lagi satu menda pulak.. xjadi pulak nk ngaja 2 minggu. kene amik terus pulak kelas tu. so kene prepare utk the whole sem la.. yg td yg 2 program tu mende berlainan. erghhh.. mengeluh skit.

sebenanye bkn ape.. perasaan tak best ni timbul, sbb dr awl masuk keje, kejap gini, kejap gitu, kejap gini, kejap gitu. ye aku tau.. normalla tu kan. nature keje mmg gitu. ye ye ye.. aku tau. tp x salah gak kan kalu otak aku set seme ni sebagai kecelaruan, dan menjurus ke arah satu keadaan lain yg dikenalpasti sebagai stress. mengapa? kerana byk sgt ubah2. kejap gitu kejap gini.

ye ye.. aku tau.. biasela.. mmg la realiti hidup mmg gini. ini pon bukan pertama kali aku experience mende ni. cuma tu jela.. nk keluarkan perasaan ni, sbb otak aku dh trapped kecelaruan ni, dan mentransferkan nya sebagai stress.

so team building ni datang tepat pada masanya.




..bliss-ailye shared her feelings at 1155..

semoga aku akan sentiasa ingat matlamat aku menjadi seorang pengajar.

As a lecturer, what I wanted to do is to teach and share new knowledge with the students. At the same time, I am learning new things from them too. It is a two way communications of giving and receiving information.

On the whole, my teaching will be based on 3 significant ends:
1) The students will get the utmost understanding on what they have learned.
2) The students will enjoyed the entire learning processes and love what they have learned.
3) The students will have the ability to apply what they have learned in the actual life.


To gain all the objectives:
1) I will apply the most relevant methods in lecture hours, depending on type and tendency of student’s behavior and interest. The methods will include:

a- Informative and interactive slides.
The slides will include clear definition, facts and examples of the topic. Yet, it is simple and beneficial for the students to understand and remembers the important points. The slides will also include pictures, figures and videos for clear and better understanding. Besides, I will include additional knowledge, which may not be crucial for their exams, but it may help them to relate what they have learned with current situation.

b- Q & A session.
I will give the students time for Q & A session. During this time, they can discuss among themselves, as well as they can ask and interact with me for further clarification on the topics learned.

c- Quizzes and tests.
Quizzes and tests will be done to test their understanding of the topics. It includes past years questions, books as well as from my own initiatives. It will also help them to get the clear picture on type of question in the real examination.

d- Presentations.
Presentations will be done to enhance and to help them to develop their soft skills such as, the ability to give public speaking, to discuss among colleagues, to do brainstorming, to induce their critical and analytical thinking, as well as to work under pressures. Besides these, there are a lot more things that they could learn from doing the presentation.

2) Besides focusing on the lecture methods, the students can also meet me personally to discuss about their subject, if they are not comfortable to ask and to discuss in crowds.


As a conclusion, in my point of view, being a lecturer is not only about delivering knowledge and ensures that the students will pass their exams with flying colors. A lecturer is also accountable to teach and to ensure that the student will develop good behavior and good relationship with the God, their parents and family, their lecturers, their friends as well as their whole environments. A lecturer must also show good attitude because they are actually a role model to the students.

..bliss-ailye shared her feelings at 1222..

blog 84 - Fasilitator.

assalamualaikum, selamat bercuti pada semua!

pasti ramai yg ambil kesempatan utk bercuti sempena perayaan tahun baru cina ini.

utk aku, mcm biase, sebulan sekali, balik kmpg PIL. since ade cuti ni, so gunakan utk balik kesana. kami memilih utk memulakan perjalanan sebelum subuh hari sabtu, untuk mengelakkan kesesakan. imagine, gerak kol 5.45 am pon, suasana kat karak tu mcm kol 8.30 mlm punye stail. depa ni x tido ke aa? hmm, alhamdulillah, perjalanan kami lancar sehingga ke rumah PIL.

dpt gak la tgk matahari terbit. subhanAllah. biase gak tgk matahari terbit kalu pi keje, tp perasaan tu x sama. sbb otak sedang bekerja dgn gigih pada waktu itu, memikirkan nk ikut jalan mane, jalan plg tak jem, nk potong kete depan ke x, semela.. so kengkadang bila tiba time dpt tgk matahari terbit dgn perasaan yg kosong dan tenang dan damai, rasa seronok pulak...

then, balik ke sini semula on monday, since MIL ada hal untuk diuruskan.

ni nk cite ape ni ek sebenanye? oo. ok, sebenanye nk kongsi pengalaman pertama menjadi pelatih. pelatih?? ye kawan2, pelatih, ataupun fasilitator dlm bahasa yg lebih mesra.

awl bulan feb yg lalu, aku mendaftarkan diri utk menjadi fasilitator sebuah program untuk mahasiswa uni tempat aku bekerja. anyway, aku accidentally terjoin program ni masa aku teman rumetku.

dipendekkan cerita, aku seorang dipertanggungjawabkan utk menjadi fasilitator utk 30 org pelajar. aku perlu membimbing mereka melalui pelbagai aktiviti selama satu hari memang muakla depa , tp yg ptg, mampu mencapai matlamat kursus itu diadakan. yaAllah punyela gentar masa mula2 tau yg aku akan berseorangan, bercakap dan merapu2 , conduct aktiviti untuk 30 org pelajar ini, pastikan depa x boring, pastikan depa x tido, dan pastikan depa mendapat manfaat dan x sekadar buang masa ikut aktiviti tu sehari. amat gentar ye kawan2. aku yg selama ni bercakap dgn tikus, bercakap dengan sel, perlu bercakap dan menarik perhatian pelajar yg dah letih sehari sebelum tu mendenga ceramah, untuk mendenga leteranku keesokkan harinya.

so sebagai persediaan, pada hari jumaat tu, aku dah start carik2 handout yg sesuai dari intenet.. sabtu tu pulak, aku pi join ceramah yg depa si pelajar2 itu perlu denga, n adakan sikit perbincangan dgn fasi yg pernah mempunyai pengalaman handle kursus ni last year. then ptg tu smbg pulak buat keje kat umah. survey aktiviti2 yg best utk dibuat utk ice breaking sesama pelajar n utk aku gak kenal diorg, utk gain depa punye confidence, utk buat depa x malu. tambah2 jugak dgn aktiviti program motivasi yg aku dan boo pernah join. malam pulak pi print kat umah ayah, pi fotostat, n study lagi. yaAllah punyela berdebar..

malam tu mmg la xleh tido. asyik terjaga jek sbb takut terlambat bgn.

n on that day, inila audiens yg perlu aku entertain...









merekalah client pertamaku utk kerja2 jadi fasilitator ni. alhamdulillah, depa bg kerjasama dgn agak baik. i dont expect that they would cooperated that much. pengalaman pertama yg dijangka mengerikan, berakhir dgn kenangan yg sgt bererti. kesimpulannya, sekiranya kt bersedia, dan kt mempunyai niat yg baik, yg seiring dgn keperluan sstu perkara itu, insyaAllah, kita akan mampu lakukannya. doa bebanyak, Allah pasti akan bantu kita. memang akan ada sedikit perkara yg menggentarkan kita juga, walaupun kita telah bersedia, tp it is ok. kalu semua terlalu ok pon, x best gak. biar ade challenge sedikit. contohnya macam kes aku, selepas 2 jam melakukan satu aktiviti ni, at the end of it, aku tanya pada mereka, apa yg mereka belajar dr aktivitu tersebut. masing2 dok angkat tangan bg jawapan. last skali, bila dh xde org jawab, ada seorang pelajar angkat tangan n tanya, " sis, kenapa kita kene buat aktiviti ni sebenanye?" erk, yg berbelas jawapan yg kawan2 die bg tu, bkn ke matlamat aktiviti tu. tp aku realize, mgkn dia nk denga dr mulut aku sendiri selaku org yg conduct aktiviti itu. dia nk tau relevannya. so kita perlu sentiasa bersedia dan tau kenapa kita lakukan sesuatu. pasti semua orang mampu menjadi fasilitator jika ada semangat itu.

n big hug to boo, sbb setia menemani isterinya utk kedua2 hari itu. luv u damn much boo!:)


..bliss-ailye shared her feelings at 0938..

blog 75 - keluhan


x suke la mengeluh. sbb kedengaran mcm x bersyukur. tp kadang2 keluhan tu dibuat utk melepaskan perasaan, n we might feel better selepas tu. so nk mengeluh la..

as i said b4, i was not given even a single class for this sem. yet, i need to teach 2 programmes in the next sem. kirenye berlawan dengan pepatah bersusah2 dulu, bersenang2 kemudian. mine is berlepak2 dulu, berpenin2 pale kemudian.

both programmes, syllabus nya berlainan. lebih kurang cam aja memasak ngan pendidikan jasmani. as i said b4 as well, kalu ade pon overlap, ala2 tempias je. kalu dlm kes contoh td, persamaannya, kedua2 memasak n pendidikan jasmani blh bg kuar peluh.

n about subjek utk mende2 ni, jenis yg aku dh tinggalkan for almost 7 to 8 years. dah karat amat la dlm kepala nih. so i have about 4 months utk settlekan seme ni. utk study balik. utk prepare seme. and i dont have any experience. n this will be d 1st.

blh x, rasa cam takut gelabah gementar. semela! uuuu.. i know i can do this. i believe in my self. tp aku kene buang rasa2 x best ni dgn mengeluh dulu.

hmm.. anyway, dh bajet pon akan gini. macam yg slalu aku pegang, rezeki yg kt dpt, perlu berkadar terus dgn apa tugas kt. barula seimbang, barula berkat, insyaAllah. so dh tau pon, dgn pertambahan gaji berbanding dulu, means tanggungjawab dan beban kerja akan bertambah. tp syukur alhamdulillah, Allah memberi rezeki ini.

ok.. hmm, jgn silap paham yek. keluhan ni sebenanye perlu dikeluarkan supaya ia tidak berlawan dengan aura positif aku. so yg negatif kt kena keluarkan dulu. yaAllah, permudahkan kerjaku. amin.

p/s: besh gile kalu dpt pi spa... pi mandi wap, pi sauna seme tu. maybe i should find a time la... :(

..bliss-ailye shared her feelings at 1109..



pejam celik pejam celik pejam celik banyak banyak banyak banyak kali, dah masuk bulan februari rupanye.

perasaan pada pukul 0915 ini:
1) gembira kerana memakai baju baru. baju yg sudah lama siap, diambil dr auntie anna tukang jahit ku yg setia, tp sokmo la naik harganya.
2) teruja kerana mendapat kertas slip gaji. pastu bila buka, takda pape pon. uh, salah. lain kali bace tajuk nye ye. kertas itu adalah laporan perubahan gaji. so gembira la jugak, tp xla gembira sgt, slagi x dpt gaji lagi. uh uh.
3) berkobar-kobar utk buat slaid. smlm sudah dpt syllabus utk satu lagi program. since diriku mengaja 2 program, so kena buat 2 set slaid. yg mana tajuk2nya amatlah tidak overlap skali. kalu ada pon tempias2 saje. adus penin! tape tape. so chaiyok bliss!!
4) sedikit lapar, kerana sempat makan 2 keping roti gardenia yg diletakkan jem strawberri oleh boo. alalalalala comey. eheh. tq boo! lep yu!
5) tertanya-tanya, dgn email yg baru dibaca sebentar td. segala mala jadual mesyuarat tu, berkaitankah dgn aku? rasenye x kot. macam mesyuarat utk org bosa bosa yo. xyah tertanya2 dah la.

cukup2 lah kot perasaan tu utk pagi ni. dh kalu pikir perasaan je, bile yg nk mula kerja nih?


..bliss-ailye shared her feelings at 0915..

blog 73 - nota kuliah.

assalamualaikum.

minggu ke empat:

aku sudah mula membuat nota kuliah. sebelum itu ye kawan-kawan, ini adalah cerita tentang seseorang yang tidak pernah ada pengalaman mengajar. so mgkn akan kedengaran/kelihatan amat blur skali.

aku mulakan dgn membelek2 buku teks depa. err, mcm okla kalu nk buat nota. tp cam sikit sgt.. tp cam ok jugak. tapi, cemane ek... nota nya 2 mukasurat aje, tp harus dibebelkan disampaikan selama 2 jam. x cukup ni.. tape tape, bace jek dulu...

dah abis belek buku teks, belek pulak contoh kertas soklan exam. erk! uh!! erkk!! amatla susah skali! so kirenye kalu aku bg lecture note pakai buku satu tadi tu, mmg kompem la bebudak xleh jawab exam. xleh jadik ni. ape guna menjadi pengajar kalu at the end of the day, ilmu itu tidak kesampaian atau mencukupi, atleast utk mereka paham sedikit dan carik sendiri yg lain.

tgk pulak buku lain. alamak, manyak la pulak. manyak btol. siap ade campur2 subjek.. errr, camane ni??

hari ke tiga, dah siap a few slides, tp mmg berterabur la segala point2 nya. amik dr 2,3 buku, tenet lagi. yg nyata, speedku utk membuat nota kuliah ni adalah amat slow. semoga bila nota kuliah pertama ni siap, akan membuatkan aku bersemangat utk membuat nota yang berikutnya. insyaAllah!

kesimpulan:
serius, buat lecture notes bukan sstu yg mudah, kerana:
1) bukan mudah utk sampaikan sstu ilmu
2) bukan mudah utk pastikan mereka faham dgn ilmu yg kt cuba kongsi
3)bukan mudah utk pastikan yg mereka mampu aplikasikan ilmu itu dlm kehidupan seharian.

tapi...

itulah cabarannya. jika semua kesukaran di atas dapat dicapai, ilmu itu akan berkembang dan sentiasa digunakan. dan kalau kita ikhlas dalam menyampaikan ilmu, pasti akan ada keberkatannya. wah, mulia sungguh pekerjaan ini.

alhamdulillah, syukur ya Allah.


..bliss-ailye shared her feelings at 1231..

blog 72 - Uniknya nama

kawanku diminta utk mengajar seorang pelajar berasal dari timur tengah.

sebaik sahaja kami mengetahui hal itu, antara perkara yang kami fikirkan:
1) fluentkah dia berbahasa inggeris? bygkan kalau dia x fluent or x bape nk paham, then camane? kawanku tidak boleh berbahasa arab. so kami membayangkan keadaan yang sgt sukar. maunya jadi "seperti itik berbual dengan siput" mgkn.
-alhamdulillah, pertemuan pertama kawanku dengan anak muridnya mendapati dia boleh berbahasa inggeris dengan agak baik. ok, settle satu hal komunikasi.

2) comelkah dia? eceh, ini faktor yang tidak penting. to be exact, tak penting lgsg. tapi saje saje nk menambah teka-teki tentang pelajar itu.
-hasil pertemuan pertama, hmm, okla... bak kata kawanku, "oklaaaa...".

seterusnya, cerita tentang pertemuan pertama:

kawanku: what is your name?
pelajarnya: ibrahim ali mohamed yusuf (nama diubah utk menjaga hati semua pihak. tp yg ptg, point nye adalah nama pelajar itu mempunyai 4 patah perkataan).
kawanku: ok. so which one is your name? ibrahim ali?
pelajarnya: no no. my name is ibrahim.
kawanku: ok! so.. is your father's name ali mohamed yusuf? quite long...
pelajarnya: no no. his name is ali.
kawanku: erk! so who is mohamed yusuf?
pelajarnya: mohamed is my grandfather and yusuf is my great great grandfather.

erk, mmg kene sebut seme ke?? ok...

next...

kawanku: you got such a long name. so what should i call you?
pelajarnya: you can call me ibrahim ali mohamed yusuf.

wah! die nk gak panjang panjang tu.. hehe.

kawanku: err.. well.. can you make it shorter?
pekajarnya: hmm.. ok, you can call me ibrahim.

last2 die blh gakla berkompromi. tp bila dengar cite kawanku ini, terpikir gakla. kirenye dlm perbualan biase depa kan, let say pelajar ni ngan kawan2 nya, mmg depa sebut ke seme nama ni? wah, kalu sebut seme, maunya tergeliat lidah. nasib baik nama seme sorg satu jek.

bygkan situasi sama berlaku di Malaysia. sekadar contoh:

nama pelajar: mohd zariff helmy.
nama bapa: mohd hafiz syukri.
nama datuk: abdul latiff.
nama moyang: abdul rahman.

so, kalu budak ni nak sebut nama die. kenala sebut gini, " my name is mohd zariff helmy mohd hafiz syukri abdul latiff abdul rahman."

ha amik! hehe. let say, kalu dtg hari yg cikgu2 nak bagi kertas periksa, maunya sejam abis utk panggil nama je. eheh!

kesimpulan:
1) fenomena nama pelajar itu agak unik. mgkn sudah jadi kebiasaan mereka utk beritahu siapakah keturunan mereka. so bagusla sebenanye kan. means depa bangga dengan keturunan depa, asal usul depa.
2) anak2 zaman skrg ni, macam dh jadik trend, plg sikit mesti 2 patah, standard mesti 3 patah, lebih sikit mesti 4 patah. xpela, yg penting gabungan setiap patah tu membawa ayat dengan terjemahan yg baik dalam bahasa arabnya. sbb byk situasi berlaku, letak nama anak panjang berjela, end up dgn nama tu dipendekkan apabila dipanggil, atau nama tu xde makne pon sebenanya. xsyok la gitu kan. hmm...

peringatan untuk diri sendiri, agar menghargai nama diri sendiri, dan nama setiap orang lain.


..bliss-ailye shared her feelings at 2321..

assalamualaikum.

hari ini sudah masuk hari ke 13 aku berada di tmpt baru. so far, so good. yg plg syok, waktu bekerja yg fleksibel. xkisah masuk kol bape balik kol bape. yg ptg, cukup hours bekerja nye. wahah! sgt bermakne utk aku yg drive jauh utk ke opis.

minggu pertama: uruskan hal2 pentadbiran, bilik, meeting2 semela. then ada amanat pengarah. kali ni pengarahku seorg wanita. b4 this lelaki. then ade perjumpaan dgn semua student. hmm, tp mostly dok kemas2 bilik, shopping brg utk bilik.

minggu kedua: still pasal hal2 pentadbiran; uruskan kad matriks, uruskan sticker kenderaan, uruskan email, dpt desktop, sit in kelas org.

minggu ketiga: sit in kelas, sit in lab.. then, ape lagik ek. hmm, tu je kot, since minggu ni blum berakhir lagik.

itu saje. kat opis x penat, sbb uruskan hal simple2 saje. waktu pegi balik yg penat. penat drive. pagi drive sejam setengah, petang pon same. so sehari drive smpi 3 jam. uuuu. letih!

hmm, psl kelas pon, blum dpt kelas lagi. akan mula mengaja in May kot. most probably. so buat masa skrg, sit in kelas org n learn, the best way to teach. as well as, prepare notes utk student.

so far, so good je..

so u guys, pls pray for my excel in my career. thanks!


..bliss-ailye shared her feelings at 1622..

blog 66 - Desktop

assalamualaikum.

uhuhu, akhirnya, semua menda yg diperlukan utk aku menulis blog berfungsi pada hari ini. desktop (smlm monitor rosak, arini keyboard pulak x function, AVR pon same) dah ok, gamba pon dh blh masuk, sbb nya dh install perisiannya dlm desktop ni. ui rindu gile nk tulih blog. nk tulih skrg, x smpt pulak. dh kol 4 lebey dh ni. there's many things to share. muntah2 la kamu semua membaca pasni. huhu!

p/s: doa aritu mmg x termakbul. mmg dpt desktop. tp xpe, xkisahla pape, yg ptg dpt, dan memudahkan kerja ku lps ni.

..bliss-ailye shared her feelings at 1602..

blog ini ditujukan khas utk mereka yg sedang menanti cerita ini.

ok korang, harini bangun awal sikitt jek. eheh. awal 15 minit dari asal. then siap2, then gerak tepat kol 7. smpi ke tmpt yg dituju tepat kol 7.55 pagi.

perkara pertama, pergi ke tmpt urusan hantar2 borang segala mala tu. org yg mendaftar hari pertama sebagai warga jabatan aku ni amatlah ramai ok.

waktu mendaftar ni jugak menyaksikan pertemuan jejak kasih dgn kawan2 lama. wah, pusing2 kat situ gak perginya. pertemuan dgn en. H, pn. H, cik I, Pn. I, Pn. F dan Pn. S. En. H dan Pn. I adalah kawan aku masa degree. En. H seopis dgn Pn. H. aku dan Pn. H satu tmpt belajar semasa master. Pn. F pula adalah kenalan semasa interview dan alhamdulillah, dia jugak mendapat jawatan itu. cik I pula adalah rakan sekerjaku di dalam hutan dan kami sama2 dapat jawatan ini. pn. S pula adalah rakan kepada kawanku semasa master, juga rakan kepada pn I.S. yakni kembar pn. I. wah! berpusing2. korang pening? xyah bacela pasal tu. tu utk ingatan aku jek.

next, pegi punch in di opis sebenar. punch pada pukul 9.00 pagi. ada taklimat dgn ketua program, then terus masuk meeting program tepat kol 10. meeting abis around 11.30, then aku ulang alik lagi sekitar bgnn admin dan bgnn berkaitan utk pelbagai urusan. urusan email la, sticker kenderaan la, akujanji la, macam2 la.

ini jugak menunjukkan yg aku tidak smpt srpn. huhuk. nasib baik perut x masuk angin. eceli, masuk skit. huhuk.

kol 1 barula dpt makan. aku dan cik I pi makan kat luar, then balik smula ke opis. kol 2.30 pon ada meeting. kali ni meeting bidang pulak. until 4.30. yg syok sikit, abis je meeting, terus punch out. haa, part tu besh. eheh. tp nanti ari lain kena ganti blk supaya cukup jamnya.

wah! 1st day yg amat penuh, dan amat exhausted skali. padahal xde pape sgt pon. tp mgkn sbb pening menguruskan byk gile mende2.

x abis lagi utk hari ini. esok kena smbg, uruskan hal bilik, komputer. doa x termakbul sbb mmg depa akan bg desktop saje, tp mane tau tetibe murah rezeki. huhu! hmm, pasal bilik, aku akan berkongsi bilik sama cik I dan pn. F. mmg seme org pon duduk 3 org dlm satu bilik. abisla sakit telinga depa denga aku nyanyi pasni.

p/s: utk akak2 n kawan2 kat opis lama, kite amatlah tidak smpt mengambil gambo arini. n kalu smpt pon mengambiknya, xde tmpt nk cucuk memory card itu. huhuk! but dont worry, kt pakai beg rambuba rambu ramba itu. ahaks!

..bliss-ailye shared her feelings at 2048..




Pertemuan Kita Di Suatu Hari ~ Menitiskan Ukhwah Yang Sejati ~ Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi ~ Dugaan Yang Menimpa Diri ~ Bersabarlah Di Atas Suratan ~ Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku ~ Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu ~ Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu ~ Dalam Mendidikkan Kesabaranku ~ Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu ~ Di Atas Perpisahan Ini

Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini ~ Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama ~ Semoga Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini ~ Teruskan
Perjuangan

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu ~ Menjadi Ingatan Setiap Waktu ~ Tanda Kemesraan Bersimpul Padu ~ Kenangku Di Dalam Doamu ~ Semoga Tuhan Berkatimu


-semoga ikatan yang terjalin selama 1 tahun 8 bulan ini tidak akan terhenti disini. doakan kt kat tempat baru yek! (amat takut la sebenanye. huhu).

..bliss-ailye shared her feelings at 1137..

blog 49 - Kuli.



Assalamualaikum.

Just now aku chat dgn 1 of my best buddy gak masa zaman blaja dulu. Seronok sungguh borak dgn kawan lama ni, membuatkan kt rasa muda kembali, weehee! Sambil2 borak, keluar cerita ttg holiday (antara anti-stress yg amat baik).

kawan: eh awk x g memaner ker hujung tahun nih?
bliss-ailye: dh, aritu pi cherating.
kawan: wau....syok ar kan bercuti nih....terasa cam cinderella.... tiba masanya kena balik jadi yg asalnyer
bliss-ailye: eh eh.. hmmm.. blh la kot. Hihik!
kawan: yela jd pelancong kan ker cam org kaya x kesah duit byk maner yg kluar. biler nk balik br sedar kene jd kuli balik
bliss-ailye: awk, kalu awk pikir awk keje ngan org, mmgla akan rasa cam kuli. cuba awk pikir awk keje utk diri sendiri, so awk pasti akan rasa cam awk bos. hihik.


sebelum tu, tq to kawanku, for bring up this issue. Anyway, I do respect ur opinion, (kt memaksudkannya tau, kot la awk rasa pelik kt publish mende ni kat sini. Kt bkn nk publish awk ckp ape, kt nk publish permulaan pada isu ni je sebenanya tau. Jgn rase pelik tau!). Since seme org pon ada pengalaman yg berbeza. So definitely awk ada sbb yg kukuh utk merasa begitu.

Ok, ramai sgt org yg menganggap dirinya kuli (kerana selalu berasa terpaksa memenuhi selera bos, mgkn??). Ramai juga yang menganggap pekerja yg lebih rendah darinya adalah kuli. Tp utk aku, tu semua bergantung pada mind setting kita. sebagai contoh, di sektor kerajaan, siapa yang membentuk dan menggerakkan kerajaan? Semestinya kt semua, gabungan pemimpin dan pekerja. So setiap satu pekerja ni sumbangan dia amat penting dlm menggerakkan kerajaan. Bygkan kerajaan yg dihuni oleh pemimpin sahaja. Sejauh mana tenaga mereka blh menggerakkan kerajaan dan menghasilkan kemajuan? Jadi, pupuklah rasa pentingnya sumbangan kita negara. Dgn cara itu mgkn blh buatkan kita bekerja dgn lebih seronok. Kt bukan bekerja utk org lain, kt bekerja utk kerajaan, serve utk kerajaan. N siapa pulak kerajaan? Kt semua! So bkn ke sebenarnya kt ni bekerja utk diri sendiri.

Okla, mgkn ada jugak org ckp, saya bekerja di atas arahan bos, memenuhi kehendak bos, memenuhi benchmark bos, utk memenuhi kpi bos. Tp bile pikir balik, kenapa kehendak, benchmark, kpi tu perlu dipenuhi? Bkn ke utk menggerakkan seluruh struktur kerajaan tu sendiri? So, wpun kt menganggap kerja kt dilakukan utk bos, dia bkn mendapat untungnya. Bkn nya kita tlg basuhkan baju die, tlg gosokkan baju kurung dia. Kerja kita, walaupun atas arahan dan kehendak dia, tapi adalah untuk kepentingan keseluruhan organisasi. Untungya adalah secara keseluruhan. At last, kt ttp dpt gaji yg sama setiap bulan, begitu juga dia. Gaji itu adalah bayaran utk segala usaha yang telah kt lakukan pada bulan itu. Jgn difikir pula samada gaji org lain itu worth atau tidak dgn apa yg dia lakukan, kerana itu adalah tugas dan hak dia. Xyah pening-pening nk pikirkan gaji org. apa yg berubah sebenarnya adalah apa yg dpt dihasilkan secara keseluruhannya oleh sstu organisasi itu utk kemajuan dan kepentingan semua.

Tiada siapa pon yg ptt merasakan dirinya atau org lain adalah kuli. Org suka rasa tukang buat air tu kuli, tukang sapu tu kuli. Tp cuba bayangkan, tanpa tenaga mereka, semestinya proses pekerjaan yang telah sedia ada ni x menjadi lengkap. So definitely tenaga mereka pon memainkan peranan dlm menyeimbangkan keadaan ini. So siapakah kita untuk menggelar golongan pekerja tersebut adalah kuli??

Kesimpulan:
yang diatas-jgn pupuk perasaan bahawa org bawahan anda adalah kuli
Yang dibawah-jgn pupuk perasaan bahawa anda adalah kuli yang bekerja utk org diatas.


setiap orang adalah sama rata dijadikan Allah. yang membezakan kita semua adalah iman kt.

My 2 cents of view.

..bliss-ailye shared her feelings at 1308..

Assalamualaikum.

Aku baru saja balik dari mahkamah, utk melengkapkan borang akuan sumpah. byk btol borang nk kene isi nih. Pegi je sana, org kat kaunter tu terus kata,

“bagi ic”.

Then, dh baca2 borang tu, dia tanya pulak,

“ surat tawaran bawak?”

alaaaaaaaa!!!!!! (dh la susah carik tmpt tu, bkn sbb susah, tp sbb aku x tau tmpt tu kat situ. Uh!) aku x bawak surat tawaran. Then, aku pulak tanya,

“kena ada surat tawaran ke?”

die kata,

“mestila kena ada, kita kena check. hmmm.. Datang esok, bawak surat tawaran.”

Ieee menyampahnyeee!!! Menyampah sbb:

1)Napelaaa aku x bawak surat tu?? Kalu bwk, dh xyah pi 2, 3 kali.
2)Aku tepikir, ape kaitannya nk check2. buat kat tmpt lain ok jek. lagipon cam xde kaitan jek. Contohla ek, skrg aku dpt tawaran, pastu tetiba kawan aku amik surat akuan sumpah tu, die fotostat. Then die pi sumpah. So apa yg akan berlaku?? (mgkn para lawyer yg baca post ni akan kata aku ni xberilmu ke ape ke. Tp serius aku x phm.) die nk bwk ke mana pon surat sumpah tu.. bkn nya die blh masuk keja pon dgn sumpah tu, sbb die bknnya ditawarkan keja pon. Kan??? so x effect je pon kan? then surat sumpah tu kan, utk sumpah yg kt x hisap dadah seme tu. so ape kemasalahnya? yg plg ptg, apesal tmpt lain x kisah pon! Tu setakat yg aku blh pikir je. Mgkn la ada sbb lain ke.. tp ape??
3)Org yg jaga kaunter tu, ecehhh, konon kira hebat sgtla tu duduk dlm kaunter. Belagak btol. Menyampah!


Astaghfirullah..

Cita psl menda lain la pulak. Hp yg boo hadiahkan 2 minggu lps tidak disertakan dgn memory card. Boo kata memory card x masuk dlm pakej. Huhu. Xpela, ok la tu boo. So aku pon pi la carik memory card yg plg berpatutan utk dibeli.

Kedai 1- booth selayang mall.

“miss, memory card sd ade x? berapa?"
“berapa GB u mau?”
“4 GB.”
Sambil tekan2 kalkulator (kira untung dia la tu), “I blh bagi u RM60.”
“xpela, I survey dulu”.


Kedai 2- kedai di jusco wmaju.

Soklan yg sama, “miss, memory card sd ade x? berapa?”
“berapa besa punye?”
“4GB.”
“utk pakai hp mana punye?”
"Ini hp”, sambil tunjuk hp ku.
“aiya miss, ini u blh pakai smpi 8GB tau. Lugi la…”
“hm, harga berapa?”
“4GB, I blh kasi u RM89, kalu 8GB, 100 lebey saje maa..”
Dlm hati, pergh, jauh gile beza, RM60 ngan RM29… “xpela, I survey dulu.”


Kedai 3- bkn booth, tp Carrefour wmaju.

“dik, memory card sd ade x? berapa ek?”
“akak nk jenis ape kak? Ada Kingston n scandisk."
"Tgk 2-2 la."
"Kingston (memory card nye, sama 2 adapter) harganya RM45. Scandisk (memory card saje) harganya RM40."


Fuiyo! Jauh gile beza! Nasib baik aku x beli kat jusco tu. 2 kali ganda tu. Samala macam kat selayang mall tu. Eceh, siap tekan2 kalkulator tu, gamaknya cam aku nk beli brg harga ratus2 xpon ribu2. Kalu beli hp ke, comel la gak kalu buat gitu. Ni memory card jek. Okla, mgkn la ade kelebihan die ke ape ke kan. Tp yg kat Carrefour ni amat menepati la. Sbbnya aku xnk ade menda pelik2. Aku nk memory card tu je.

"Kingston la dik."

So skrg blh senyum. Sbb blh amik banyak gamba. Eheh!

tp still sakit ati sama org kat mahkamah td. kekwat!



..bliss-ailye shared her feelings at 1829..

~bliss-ailye~

latarnya banyak: seorang isteri ~ seorang anak perempuan ~ seorang adik ~ seorang kakak ~ menantu pertama ~ seorang sahabat.

sifatnya juga banyak: cerewet ~ banyak cakap (tapi bukan pada semua orang) ~ garang (boo, 2009) ~ bercita-cita sederhana (kerana tidak pernah mengimpikan untuk menjadi perdana menteri, mahupun timbalan naib canselor) ~ penakut ~ bersemangat tinggi juga ~ cembeng ~ keras hati (mengapa lebih banyak yang mazmumah dari yang mahmudah??)

kegemarannya ada tiga: makan ~ tido ~ shopping! aktiviti yang tidak berapa sihat memang menarik bukan??

misinya ada tiga: dia mahu menjadi seorang mama ~ dia mahu ke mekah pada usia 40 tahun ~ dia mahu memanjat piramid giza.

visinya ada dua: dia mahu menambah dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu didada, untuk bekalan nanti ~ yang plg penting, dia mahu masuk syurga, so dgn itu, dia perlu jadi isteri & anak & menantu & sibling & sahabat yang baik (semoga Allah memakbulkannya).

itulah dia..

~The counting~

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

~Important dates~

0301 - Zmr
0416 - Ay. Y
0430 - Zkr
0526 - Ayh
0613 - Wnt
0619 - Abh
0729 - Mak Paka
0819 - Mak Kl
0905 - A.Skr
0910 - Kyg
0920 - Af.Y
1101 - Nsyt
1106 - Akml
1108 - Sypk
1120 - Adm.Y
1211 - me
1224 - Boo

~Tick tock~

Shouts!


ShoutMix chat widget

~surveys~