Showing posts with label cuti2 malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti2 malaysia. Show all posts

cuti-cuti malaysia kali kedua ini tidak dirancang pon. tiba2 dpt tau opis FIL ku ade family day. so abh mengajak kami semua, dengan segala penginapan dan makan disediakan. eheks. ia berlangsung selama 2 hari iaitu 19 dan 20 hb feb 2010.

family day ni melibatkan pelbagai aktiviti sukaneka. kami xdpt main pon, sbb:
~ ramai sgt, lebih 300 org rasenye.
~ kami sampai lambat, cukup2 utk dinner.


ok, dinner malam itu bertemakan "Retro 70-an". so inilah pilihan baju kami.

di meja makan. sebelum majlis bermula. tgk boo, muncung tu dah ada aura 70's tu.

abh di pentas.

samseng kampung dusun dan cik salmah. tetengah malam bute pakai spek. takpe, mau retro punye pasal. lagi satu, kalu pakai spek, xla malu sgt. org x perasan muke. eheh.

cik salmah1 dan cik salmah2. nampak beg lip lap memasing.


makanan dihidangkan secara buffet. lauk2 mostly ok, sedap gak. tp disebabkan ramaii sgt, so sorg bangun sekali je utk amik makanan. pastu malas dh nk bangun. huhu. abis majlis dgn mata yg ngantuk gaban, sbb abis agak lewat.

next, keesokkan harinya, kami duduk kat resort je. duduk sambil sarapan nasi lemak dan meehoon goreng yg dh siap ditapau oleh committee family day. pagi tu ada gak aktiviti, but again, since orgnye ramai sgt, kami jadi tukang tgk saje la.

inila resort bukit gambang tu. nice view gak. sunyikk jek.


then, menjelang tghari, kami check out, n terus pi water themepark.

kami dan pelampung.

suda letih, so isi perut lagi dgn makanan hasil tapauan committee family day.

coco beach - antara tarikan di sini.


kesimpulannye, gambang theme park ni blh tahan best gak. tp mgkn tempat ni lebih berbaloi utk those yg kat pantai timur, kirenye xyahla jauh2 pi smpi kl nk main kat water themepark. sbb lebey kurang je theme park2 ni seme.

ok, the end. saya mahu balit. arini hajat di hati mahu goreng ikan cenc, buat kicap, goreng sawi, tumbuk sambal tempoyak. makan sama nasi panas. fuh!

..bliss-ailye shared her feelings at 1536..

ahaks!
saya suda habis buat satu slaid. skrg masa utk berehat.

hmmm. kami sekeluarga sudah memulakan kalendar cuti2 malaysia kami utk siri 2010 pada 30 jan yg lalu. destinasi pertama pilihan kami adalah residence desa lagoon resort. anyway, perancangan utk bercuti2 di sini dah dibuat sejak aku kawen lagi. tp baru skrg dpt tempah rumah yg kami nk tu.

desa lagoon ni stail nya adalah rumah2 yg mengelilingi swimming pool. kirenya, kuar umah nampak swimming pool terus.. walaupun kolamnya x sebesar mane, tp since unitnye pon xla byk sgt, so dh cukupla utk kami semua yg sgt pandai berendam ni.. berendam je pon. eheh. lupa la pulak nk amik gamba view resort itu.

smpi2 saje, terus check in ke rumah 2 tingkat dan mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. walaupun x besar mane, tp cukup utk memuatkan kami seramai 15 org. next, aktiviti terjun dan rendam!

pelampung si abang sudah terlepas dari badannya. fuh, bahaya btol.

aten + uda + mama + mummy + ayah + abang + ibu.


next, selesai berendam, kami ber BBQ. aku + boo + wnt + nsyt pergi dulu mencari tempat BBQ di tepi pantai sementara yg lain menyiapkan brg2 di umah. sypk n uncle dil pulak bertugas mencari arang. well, quite nice. tempatnya luas. so walaupun ramai org berBBQ, still xde masalah utk kami mendapatkan tempat yg besh.

byk gak kumpulan lain yg buat bbq juga.


ok kawan2 sekalian, ini adalah pengalaman pertama ye. x penah lagi hidup api sendiri. selama ni dok makan yg dh siap je. eheh. tu yg rasa cam teruja je tu.

inilah unggun pertama yg aku berjaya buat. eheh. kacang jek.

jemput makan. sila2. menu malam itu adalah ayam, kambing, lembu, sotong, n kerang. hmm. ups, tertinggal, n nasi goreng version a.skr.

inila chef terutama untuk malam itu. waa mak, ur BBQ is the best la! tatau la mak campur ape. mcm2 jenis sos, lada ape seme. fuh. hebak! kalu suruh buat sendiri kompem x dpt jadi cam mak buat. huhu.

tukang pegang kipas. bukan tukang kipas yek. tukang pegang saje. eheh.

yeah, inila tukang kipas sejati! kakak version comot makan BBQ.

maddam version kenyang.

ajk kipas. kami sudah selesai makan.

hmm. jadilah warganegara yg bertanggungjawab. bila kita sudah makan kita kemas bersih2.

aa.. kemas. kemas.. pas ni blh balik.


ok, balik, ngantuk, tido...

esoknya..

mandi kolam lagik. kali ni lebih ramai, termasuk ayh, busu, pak busu, n uncle dil. termasuk bibik. hmm, mak jela yg x berendam.

tghari, pi makan kat pekan, makan di gerai yg punyela panas berdesing sbb:
1) lauk2 nye amatla podeh.
2) atap zink.


yg ptg, perut kenyang, hati senang. balik resort lagik.

that's it. happy?? of course. first time kami buat BBQ sendiri. masing2 amat berkobar2 sekali. pasni kompem ade siri BBQ berikutnye.

hmm. jam sudah pukui 4.30. cerita pon suda abis. hati rasa mau balit la. chiow!


..bliss-ailye shared her feelings at 1534..

assalamualaikum semua.

2 minggu yg lps, kami bercuti-cuti malaysia lagi. aku dan boo blk paka, sementara yg lain menginap di awana kijal. anyway, tema percutian kami mmg byk pada swimming pool. atau pun tu kira syarat besa kalu nk pi bercuti. kena gak ada swimming pool tu. swimming pool awana blh thn besh gak. busaa! tp.. cuaca ketika kami disana agak tidak mengizinkan. hari depa sampai n check in, hujannn je. xberenti. si kakak n adik pulak mmg dh siap sedia sgt nk pi mandi ni.

adik makan tepung pisang goreng sambil tonton tv, sementara tunggu ujan reda.

kakak pulak minum air teh panas sambil tunggu ujan reda.

n finally, alhamdulillah,ujan berenti gak. dpt la bwk bebudak n ayah budak, ibu budak, pakcik makcik budak n atuk budak pi swim (ramainya budak. eheh!)

kakak n ayahnya. kakak sudah pandai swim sikit.

adik jugak sungguh seronok swim n main tali2 tu.

malam tu depa singgah ke paka. borak2 sesama 2 family. hmm, syok gak ni. 2 dlm 1. balik kmpg n pi bercuti.

satu tips mahu kongsi sama korang semua: slalu2la bwk budak2 pi mandi laut ke sungai ke kolam ke pool ke utk bg depa blaja berenang.. xkisahla kat mane pon. bwk dari kecik. sbb budak kecik ni senang nk blaja. badan depa kan ringan lagi, kan?

penah tgk satu video omputih yg nk aja anak die berenang. sgtla baby2 lagi die dh campak dlm pool. alamak kalu gitu x sanggup la pulak. agak2 setahun lebey 2 thn tu ok dah kot... ok! abis cite. bln jan ni ada satu lagi cuti2 malaysia. cuti2 swimming pool. dgn tambahan aktiviti that is BBQ! y
eah!


..bliss-ailye shared her feelings at 1645..

sambungan...

tujuan kami adalah utk ke banda hilir. dok carik tanda, x jumpa2. by the way, eye on malaysia nampak menarik jugak, di bumi melaka ini.



pusing punya pusing punya pusing, barula jumpa tanda arah ke sana. jalan amat jem sekali. uih! rasenya sbb minggu tu adalah penutup cuti la kot. minggu akan dtg ni, mesti semua org dh nk get ready masuk sekolah, masuk uni, masuk keja, dan sebagainya. kami tepaksa park keta agak jauh dr bangunan merah ini.

bangunan merah, dgn beca2 yg dihias indah.

ku, versi pintu.

boo, dlm versi yg sama. gambar ini adalah idea boo. katanya, nampak mcm klasik gitu.

kami. gambar ini diambil oleh 3 gadis sekawan yg telah berjaya menipu kami utk membeli tiket melaka cruise yg depa jual. they were actually in a race. ala2 mcm amazing race tu. so salah satu task nya adalah menjual tiket itu. so depa ni katela, slalunya tiket harga RM15, utk haritu, utk race, spesel dpt RM10. kitorg yg kesian kat bebudak ni (n dh tersekat sebenanye, sbb suruh depa amikkan gamba) pon belilah tiket tu. uh, rupenye mmg RM10 ek! kurang asam btol.

iklan payung.

rumah tradional melaka di kampung Morten, which kt blh nampak semasa menyusuri sungai melaka dgn melaka cruise tu. istimewanya kampung ini, ia didiami oleh penduduk asal kampung tu, dan proses pemuliharaan serta pemeliharaan version asal rumah ditampung sepenuhnya oleh kerajaan negeri. so mmg nice la.. yg plg best, ade rumah yg kt mmg blh masuk n tgk macammmane kehidupan sebenar mereka. ni adalah antara rumah tercantik kat situ.

ni salah satu lagi rumah tercantik selain rumah yg kat atas td. as kamera kami xla secanggih mane (tp best gak), so xla dpt memfokus dgn baik.

iklan pemegang payung.

kesimpulan: percutian 2jam ni agak best kerana:
1) blh di plan dlm jangka masa pendek @ tetiba.
2) blh senaman dan berpeluh2 bila memanjat bukit2 seme tu.
3) blh tgk warisan kesenian melayu (ni la point utamanya).

so tuan-tuan dan puan-puan, Malaysia ini byk keistimewaanya. pergilah melancong!

..bliss-ailye shared her feelings at 2314..

setiap kali cuti sekolah ujung tahun tiba, kami sekeluarga pasti akan pergi bercuti. cuti2 malaysia. n this year, destinasinya adalah cherating! anyway, sejak aku matriks di pantai timur, kami slalu pergi ke pantai timur utk cuti hujung thn. cam syok gitu. cam feelll jek.

SATURDAY.

lokasinya adalah Legend resort yg syiok abis tu la! bercerita smbil tgk gambar la yek! me n boo pi lmbt skit, ari sabtu. while the others pi ari jumaat. gerak dari rumah around 7.15 kot, then berenti sarapan sat kat... erm.. kat mane ek.. hmm, haa, temerloh. makan nasi goreng n kuew tiow goreng yg sgt horror rasanya. serius. anyway, kalu rasanya x teruk sgt, bolehla makan. nama pon rezeki kan. x baik buang2. tp ours were truly unacceptable. nasi goreng aku, nasinya pon dh melekit2, sejuknya macam baru kuar dr peti ais, n bau hangitnya, smpi aku x leh nk rasa pon ape yg aku makan. hmm.. wahai peniaga, x rasa bersalah ke, menjual barang sebegitu rupa?? pentingkan duit je ke?
kesimpulan: mmg pangkah la gerai tu.
kami smpi je, around 11 sumthing, terus terjun kolam. ahaks! syioks!

sypk yg berenang... tp... di atas kolam??

wnt ber'peace'an di dlm air.

boo.. sdg cuba utk membuat teknik renangan terbaru. eceh!

adm dan atuknye, x kisah hal lain dh tu si adm tu. yg penting, mau berenang!

me, my niece n my sis.


kesimpulan: kebanyakan kami tidak pandai berenang. eheh!

next, dh berenang, laparla pulak. n dh masuk waktu lunch pon. from cherating, we went to kuantan. to be exact, gerai di tepi sg kuantan.

ini gerainya.

dan ini pilihan lauknya.


so bak kate mak, kt semua mematin hari ini. pilihan kami, ikan patin masak tempoyak. wowwy! the real taste! thumbs up! even makan kat tmpt lain, xsama cam kat gerai tepi sungai ni. mmg lain la rasanya. ikan patin masak tempoyak, sambal tempoyak, sayur kubis goreng, ikan keli (rasenya...) masak sambal, petai (utk boo, ayh, n kyg). ui, amat sedap sekali. serius!

us, selepas selesai mematin.

2 org ultraman, dan bibik a.k.a. penjaga ultraman, berlatar belakangkan sungai kuantan. nice view!

us, dan beg tanganku. cuba carik dimana kepala saya?? ya btol! di belakang kepala wnt. uh, ini semua adalah gara2 ayhku yg fokus utk amik gamba cucunya saje. huhu!


next, pi jalan2 di mall kat sane. nothing much, just jalan2, wnt beli beg skolah baru, kakak n adik beli topi. kami semua beli eskrim mcD.





amacam, nmpk cool x adik tu?


then, dh penat bejalan, balik ke resort, terjun dlm kolam smula. hihik.

malam tu, kami pi makan di restoran WTW, makanan ala phuket. lokasinya, kalu dari arah kl, sebaik sahaja keluar dr tol jabor, restoran kedua di sebelah kiri anda. restoran itu berwarna kekuningan. di sebelahnya juga ada restoran. erk, kat sini x byk gambar rupenye. so xpela, letak sikit2 saje.





SUNDAY.

me n boo blk paka jap, since jaraknya pon lebih kurang 40-50 minit perjalanan. yg lain pulak, pi sarapan kat kemaman.

then, masing2 sampai ke resort, check out, n kami begerak pulang ke kl.

kesimpulannya, walaupun cuti ni agak pendek, tp fun! walaupun sedikit sedih, sbb a.skr xleh nk join, sbb kapalnya belayar.

next cuti2 malaysia = P.D!!

..bliss-ailye shared her feelings at 1621..

blog 28 - Awana.

assalamualaikum..

wah! sgt lama tidak berblog. hampir 2 minggu rasenya. hmmm.. ok.. mari bercerita..

aku baru balik dari genting highlands. menginap selama 1 malam di Awana. me n boo mulakan perjalanan dlm pukul 10.30, dgn myvi putih kesayangan kami yg dah bertukar kaler coklat akibat tidak dibasuh selama lebih 3 minggu. erkk! bkn xmau basuh ok!! listen listen! skrg kan tetiap hari hujan. asal balik keje je mesti hujan. ari minggu pon hujan. dh tu bilenye yg dpt cuci kete.

pejalanan w.maju ke awana amik masa x smpi sejam pon. (rasenye la). since kami hanya boleh check in pada pukul 3, kami teruskan pejalanan ke genting dulu.. laaaaasssttt skali aku pi genting, masa bile ek.. lupe dh. tp rasenye masa zaman blaja kat ukm dulu (02-05). last permainan yg aku main masa kat genting is solero shot. skang ni dh tukar nama ke space shot ke ape ntah. last aku pi genting dulu, genting sejuk lagi la.. ok la.. dgn windynye, so agak wajar dan relevan kalu pakai baju sejuk. tp sekarang?? uh! tidak lagi. anak gadis ca ya nun alif pon pakai suar pendet smpi peha aje. aku pon pakai blouse biase aje. memula kami sampai, masa tu dh almost 12pm. keadaan agak windy, tp mmg x sejuk lgsg. org pon agak ramai. plat S pon byk. kami tak kemana2 pon. cuma berjalan2 di indoor themepark. xde permainan yg syiok langsung, since the one n only permainan yg mencabar yakni roller coaster indoor ditutup, sehingga diberitahu. end up, kami naik permainan yg amat sangap ini, which cost RM8/pax.



then, xtau nk buat apa, kami makan, dan turun ke awana. sampai around 2.30pm. aku daftar kat meja urusetia majlis, dan beratur utk dapatkan kunci. kami dpt bilik di aras 3. lobby di aras 8. so maknenye bilik tu agak ke bawah tanah. petang, aku ada rehersal utk persembahan. boo pulak ke gym. alamak, ngantuk la pulak, baru lps makan ubat selesema. sambung satgi la...


..bliss-ailye shared her feelings at 1110..

~bliss-ailye~

latarnya banyak: seorang isteri ~ seorang anak perempuan ~ seorang adik ~ seorang kakak ~ menantu pertama ~ seorang sahabat.

sifatnya juga banyak: cerewet ~ banyak cakap (tapi bukan pada semua orang) ~ garang (boo, 2009) ~ bercita-cita sederhana (kerana tidak pernah mengimpikan untuk menjadi perdana menteri, mahupun timbalan naib canselor) ~ penakut ~ bersemangat tinggi juga ~ cembeng ~ keras hati (mengapa lebih banyak yang mazmumah dari yang mahmudah??)

kegemarannya ada tiga: makan ~ tido ~ shopping! aktiviti yang tidak berapa sihat memang menarik bukan??

misinya ada tiga: dia mahu menjadi seorang mama ~ dia mahu ke mekah pada usia 40 tahun ~ dia mahu memanjat piramid giza.

visinya ada dua: dia mahu menambah dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu didada, untuk bekalan nanti ~ yang plg penting, dia mahu masuk syurga, so dgn itu, dia perlu jadi isteri & anak & menantu & sibling & sahabat yang baik (semoga Allah memakbulkannya).

itulah dia..

~The counting~

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

~Important dates~

0301 - Zmr
0416 - Ay. Y
0430 - Zkr
0526 - Ayh
0613 - Wnt
0619 - Abh
0729 - Mak Paka
0819 - Mak Kl
0905 - A.Skr
0910 - Kyg
0920 - Af.Y
1101 - Nsyt
1106 - Akml
1108 - Sypk
1120 - Adm.Y
1211 - me
1224 - Boo

~Tick tock~

Shouts!


ShoutMix chat widget

~Stories~

~surveys~