blog 54 - Hubby's bday.

Hari ni besday boo… hmmm, boo dah besha nak jadi ape??? Wink!

Ya Allah, Kau berikanlah suamiku kesihatan yang baik, umur yang panjang, ketajaman akal, kesabaran, keimanan, rezeki yang murah dan peluang perniagaan yang cerah. Kau kekalkanlah kebahagiaan kami ini sehingga ke akhir hayat kami berdua. Amin.

Sempena besday boo, kami sambut sekeluarga, di rumah mak.

ni kek dari boo utkku. xpernah ku dpt kek yg tertulis ucapan gini. hihik, cumel!

ni kek dari ku utk boo. ada nama seme org. ditempah khas dari rumet opisku. amat sedap ye kengkawan. amat murah berbanding org lain. n amat worth menempahnya. so kalu korg nk, sila btau. akanku paskan contact no.nya.

potong kek. lagi 2 org ni mmg akan potong seme kek. memanjang besday depa ni.

menu dinner sambut besdaynya.

puding dari kakakku.

familiaku.

familiaku versi wanita

mak tiada dalam gamba tapi ade kat belakang tu je. A. Skr. juga tiada dlm gambar tp sbb mmg xde. x dpt blk. huhuk.

..bliss-ailye shared her feelings at 2349..

Hari ini kami berempat (aku, kak A, kak M dan J) pergi makan di The Store Sg. Buloh. Uiiiiii, jauhnyaaa!!! Hmm, tula perasaan aku masa depa ajak pi sana. Tp bila dh sampai, rupanya rumah aku lagik jauh dr tmpt keje. Uhuk.

Eceli, akak2 ni mahu mencarik kasut. Aku? Sudah pasti tidak blh membeli kasut, kerana baru sahaja membelinya. Mahu kena pelangkung sama semua org??! huhuk.

So, b4 si akak2 ni mencari kasut, kami makan dulu. Menurut suggestion rumet opisku, makanan terhebat (eceh) yg ada di situ adalah yong tow foo. Hm, so aku pon mencubenya.


Mmg sedap yek.aku, kak A n J, semenya membeli makanan ini. Blh ajak depa semua kat rumah dtg sini utk makan yong tow foo. Rasenye mengalahkan yong tow foo pasar malam yg slalu kami kat rumah beli tu. Dah la murah. Slalu kalu beli kat jusco, maunya 5 6 hinggit. Ni sepinggan ni RM3.90 jek harganye. Kalian semua juga blh mencuba.


N ade satu lagi menda sedap. Nasi ayamnya, yg dibeli kak M. Wah, sambal nya just nice, sup nya panass berasap2 (sgt penting ye sup nasi ayam dihidangkan panas –bliss ailye’s requirement). Kalu dikutkan nafsu durjana yg selama ni aku ikut smpi bdn naik n seme org tego, sbb pe naik, sbb pe nampak tembam, wah nmpk berisi skrg, wah, dh ade isi ke?? Smpi aku jadik sakit atii uwaaaa tolong!! maunya aku beli nasi ayam tu jugak. Tp nasib baik ada satu bisikan halus yang kedengaran sungguh jujur dan ikhlas smpi kat telinga aku, "weh ko ni, xcukup lagi ke dagu ko macam nk berlipat dh tu???" Fuh, nasib baik aku berjaya utk tidak membeli nasi ayam tu.

Kesimpulan: mmg sedap ye kawan2. Kalu pegi ke The Store Sg Buloh, sila la ke food courtnya, kat situ ade gerai bertulis zarra yong tow foo, zarra nasi ayam, zarra char kuew tiow seme. Sila cuba yek!


..bliss-ailye shared her feelings at 1558..

blog 52 - Makanan jiwa.

Assalamualaikum.
Harini ada ceramah disini. Ceramah dimulakan dgn nyanyian merdu oleh kumpulan nasyid agensi aku bekerja. Hm, mmg merdu la depa nyanyi, pttla jadi juara utk pertandingan antara agensi dlm kementerian yang menaungi kami. ok, mari kt view sedikit gambar.

cenderahati dari penganjur program.

sibuk menyelak2 buku cenderahati. nk tau kenapa mereka seronok mentelaah?

buku ni ada panduan lengkap utk membaca. siap tulis yg mana 2 rakaat 3 rakaat semua. that's why seme org pon suka dpt buku yasin ni.

kumpulan nasyid yg sedang membuat persembahan.

Ceramah disampaikan oleh seorg ustaz yang merupakan guru agama dan juga ahli masjid di tempat beliau tinggal. Antara isi ceramah yang smpt aku catat (dek kerana syok sgt mendengar ceramahnya smpi tangan x smpt menulis):

1) Percaya dan yakin adalah 2 perasaan yang berlainan. Contohnya, ramai manusia percaya tentang hari kiamat, tapi hanya segelintir yang benar2 yakin dgn kejadian itu. Oleh sebab itu, ramai yang masih melakukan maksiat kerana mereka hanya percaya tetapi tidak atau kurang yakin.

2) Kita harus memupuk semangat untuk melibatkan diri dalam masyarakat. Kita perlu ambil berat tentang masyarakat kita. Analogi cerita – ada sebuah kapal yang dinaiki oleh 2 golongan manusia, sedang belayar. Golongan rendah duduk di bahagian bawah, dan merekalah yang menggerakkan kapal. Mereka terdiri dari golongan yang gemar bersuka-ria, mabuk dan sebagainya. Manakala satu golongan lagi, adalah golongan yang kuat beribadat dan duduk di bahagian atas kapal. Satu hari, kapal tersebut mengalami masalah kebocoran, tapi tidak diendahkan oleh golongan pekerja since mereka sendiri sedang asyik dan mabuk dengan kehidupan mereka sendiri. Golongan yang kuat beribadat pula mengambil pendekatan untuk tidak menegur golongan pekerja yang dianggap sibuk mengganggu ibadat mereka. Akhirnya kapal tersebut tenggelam, mulanya di bahagian bawah, sehinggalah habis keseluruhan bahagian kapal. Tapi kesannya adalah lebih mendalam pada golongan yang kuat ibadat tadi, kerana mereka mengalami 2 kali seksaan. Seksaan pertama adalah seksaan jiwa, iaitu bila melihat golongan pekerja yang mati lebih awal, dan mereka tidak dapat membantu. Dan seksaan kedua adalah bila mereka sendiri turut terkena musibah, hanya kerana mereka sibuk dengan ibadat masing-masing sahaja. Kesimpulannya, adalah menjadi tugas kita semua untuk memastikan dan membantu agar masyarakat kita semakin mengikuti cara islam yang sebenar, mengurangkan maksiat, menyeimbangkan antara dunia dan akhirat. kita harus bergerak seiring.

3) Ajarlah anak untuk bersolat sejak dari umur 7 tahun, dan sebatlah mereka jika mereka enggan bersolat selepas berumur 10 tahun. Tempoh 4 tahun itu adalah tempoh yang terbaik untuk menyemai kesedaran tentang kepentingan solat itu dalam diri mereka. Dan bukan sahaja bersolat, malah dalam pekerjaan juga boleh dipraktikkan. Untuk semua kerja yang kita lakukan, ambillah masa untuk kita betul2 faham dan yakin tentang pekerjaan kita.

4) Surah aldzariat (ayat 23) membawa maksud “maka demi tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kami ucapkan". So watch your mouth when you say something. Kerana kata2 kita adalah doa. sentiasalah berdoa perkara yang baik-baik, serta doakan orang lain, kerana Allah itu Maha Mendengar.

5) Percaya pada kebesaran Al-Quran.

6) Tolong Allah, dan Allah akan menolong kita. Jadi, mulai harini, tanamkan azam untuk menjadi lebih baik, libatkan diri dalam komuniti dan sentiasa sebarkan syiar Islam, walau dimana pun anda berada.

p/s: sesekali, kita perlu mendengar “makanan jiwa” kerana sesungguhnya ia mampu mendamaikan hati.

YaAllah, peliharalah diriku, suamiku, ahli keluargaku dan sahabat handaiku dari melakukan dosa secara terang-terangan atau tersembunyi serta azab api neraka.


..bliss-ailye shared her feelings at 1420..

blog 51 - Kasut.

Ahaks, lanjutan dari hadiah yg direquest dr abg n kakak ku (tengkiuk!), inila rupa paras hadiah itu!


Ok tuan tuan dan puan puan, ini namanya wedges yek (utk yg xtau lagi, sbb aku pon baru tau, huhu). First time denga dari rumet opisku, aku ingatkan dia ckp pasal cheesy wedges kfc tu. Ntah kenapa mende ni namanye wedges. Ciri2 nya, harus flat.Dah lama sgt x pakai kasut yg tinggi2 ni, ha amik, bila pakai kasut tu, terpelecok sane, terpelecok sini. Huhu, xpe xpe, dh lama2 pakai, musti rasa ok punya.

Ish Jap, nak carik ertinya.. Ha, sudah jumpa.

On most shoes, the "heel" sits under only the heel of the foot, but a wedge heel runs under the foot, from the back of the shoe to the middle or front. As you've probably guessed, it has a somewhat triangular, wedge shape, but not all wedges are high heels. In fact, wedge heels range from low to high, it's the shape and the length of the heel that classify it as a wedge. Many people confuse platforms and wedges. While shoes with wedge heels may have platform soles, the two features do not always appear together. When they do, they're considered "platform wedges."
Sumber -http://shoes.about.com/od/glossaryofshoestyles/g/wedges.htm

Ape apepon, nak ckp ek, kasut ini amat selesa sekali yek.

Ahaks, skrg sudah ada 4 kasut mahu ke tmpt kerja. Yg hadiah itu, beserta 3 lagi kasut lain:

Ini kasut konvo aritu. Sakittttt memakainya, buat kaki melecet. Mgkn kena pakai stoking tebal skit kot. Syg la kalu xnk pakai lagi, kerana baru pakai sekali saje.

Ini kasut hantaran, tidak pernah memakainya, kerana, masa mencubanya sebelum kawen dulu, muat2 saje. Tp lepas je kawen, mgkn kaki pon malu, so kaki mengecil. (xtaula sejauhmana kebenarannya). So ini sudah diperbaiki. Letak padding dibelakang kasut tu 2 lapis. So blh jadi kasut kerja juga.

Ini kasut yang baru saje dibeli jumaat awl muharram aritu. Kasut ini mmg dibeli khas utk tujuan bekerja. Asalnya mahu membeli yg berwarna putih. Tapi tiada pulak yg menawan hati. Bila bwk blk rumah, rupenye teraccident dgn kaler kasut hantaran. Huhuk. Nasib baik design lain.

Hmm.. tapi, sandal putihku sudah lusuh. Harus diganti. Boo, blh beli lagi satu sandal x?? (pasti bulat mata boo membaca post ini). eheh..erm..

tinggal berapa ari je lagi, sblm masuk thn baru.. sblm masuk kerja baru.. tetibe berdebar la pulak.

..bliss-ailye shared her feelings at 2244..



Masa master dulu dan masa aku kurus dulu, uh!, aku rapat berempat. Aku, cik S, pn M (kami sebilik) dan cik H. kami dibawah satu supervisor/co-supervisor yg sama.

Kami mendaftar pada sem yang sama. Pada sem kedua, kami perlu melepasi research progress/progress report (aku kurang pasti namanya yg sebenar. Somebody help me!). kami sama2 membantu buat checking antara satu sama lain. Tidur di lab, semata2 utk study sesame, n pastikan yg kami sama2 dapat lepasi tahap itu.

Seterusnya, kami berjaya menghabiskan sem 3 dan 4 dgn excellent. Smpi di penghujung sem 4, sama2 mengingatkan antara satu sama lain supaya kami dpt menghantar tesis pada waktu yang sama. Sem 4 berakhir, with none of us berjaya abiskan master within 4 sem.

Alhamdulillah, selepas 4 sem dan tambahan 3 bln menulis dan merapu ntah ape ape ntah dlm tesis tu,-ini aku saje, hajat kami utk sama2 hantar tesis dimakbulkan Allah. Aku kurang ingat susunannya, tp ke4-4 kami dpt menghantar pada bulan yang sama.

Beberapa bulan selepas itu, Cik H terlebih dahulu manghadiri sesi viva, diikuti pn M, aku dan cik S. seterusnya, cik H menghadiri sesi konvo seorg diri ahah, hehehe, tula, sape suruh buat pembetulan cepat2. Kan boring kene duduk sorg2! Hihik! diikuti dgn kami bertiga.

Terbaru: cik H seperti biase, terlebih dahulu dimurahkan rezeki menjadi penjawat awam berstatus tetap. Diikuti dgn aku menjelang tahun dpn. Cik S menjadi staf kontrak di utara Malaysia, manakala pn M pula di tgh semenanjung Malaysia.

Walaupun mereka belum dimurahkan rezeki utk dpt status tetap, aku yakin Allah pasti sedang memberi rezeki yang lain pada mereka. Pn M contohnya, sedang mengandung anak pertama. Anak yang lahir itu pasti akan membawa rezeki yg melimpah ruah pada pn M. Cik S pula, pasti sedang dan akan dilimpahi rezeki yg berlainan. Rezeki perkahwinan mgkn? (tangan letak atas dagu, sambil mata kelip2). *Wink*

Apepun, semoga Allah murahkan rezeki mereka dialam pekerjaan. Semoga mereka dimurahkan rezeki utk jawatan tetap satu hari nanti. Semoga aku dan boo dimurahkan rezeki zuriat. Semoga cik H bertemu jodoh yang terbaik utknya, insyaAllah. Amin..



..bliss-ailye shared her feelings at 1640..



Assalamualaikum.

Just now aku chat dgn 1 of my best buddy gak masa zaman blaja dulu. Seronok sungguh borak dgn kawan lama ni, membuatkan kt rasa muda kembali, weehee! Sambil2 borak, keluar cerita ttg holiday (antara anti-stress yg amat baik).

kawan: eh awk x g memaner ker hujung tahun nih?
bliss-ailye: dh, aritu pi cherating.
kawan: wau....syok ar kan bercuti nih....terasa cam cinderella.... tiba masanya kena balik jadi yg asalnyer
bliss-ailye: eh eh.. hmmm.. blh la kot. Hihik!
kawan: yela jd pelancong kan ker cam org kaya x kesah duit byk maner yg kluar. biler nk balik br sedar kene jd kuli balik
bliss-ailye: awk, kalu awk pikir awk keje ngan org, mmgla akan rasa cam kuli. cuba awk pikir awk keje utk diri sendiri, so awk pasti akan rasa cam awk bos. hihik.


sebelum tu, tq to kawanku, for bring up this issue. Anyway, I do respect ur opinion, (kt memaksudkannya tau, kot la awk rasa pelik kt publish mende ni kat sini. Kt bkn nk publish awk ckp ape, kt nk publish permulaan pada isu ni je sebenanya tau. Jgn rase pelik tau!). Since seme org pon ada pengalaman yg berbeza. So definitely awk ada sbb yg kukuh utk merasa begitu.

Ok, ramai sgt org yg menganggap dirinya kuli (kerana selalu berasa terpaksa memenuhi selera bos, mgkn??). Ramai juga yang menganggap pekerja yg lebih rendah darinya adalah kuli. Tp utk aku, tu semua bergantung pada mind setting kita. sebagai contoh, di sektor kerajaan, siapa yang membentuk dan menggerakkan kerajaan? Semestinya kt semua, gabungan pemimpin dan pekerja. So setiap satu pekerja ni sumbangan dia amat penting dlm menggerakkan kerajaan. Bygkan kerajaan yg dihuni oleh pemimpin sahaja. Sejauh mana tenaga mereka blh menggerakkan kerajaan dan menghasilkan kemajuan? Jadi, pupuklah rasa pentingnya sumbangan kita negara. Dgn cara itu mgkn blh buatkan kita bekerja dgn lebih seronok. Kt bukan bekerja utk org lain, kt bekerja utk kerajaan, serve utk kerajaan. N siapa pulak kerajaan? Kt semua! So bkn ke sebenarnya kt ni bekerja utk diri sendiri.

Okla, mgkn ada jugak org ckp, saya bekerja di atas arahan bos, memenuhi kehendak bos, memenuhi benchmark bos, utk memenuhi kpi bos. Tp bile pikir balik, kenapa kehendak, benchmark, kpi tu perlu dipenuhi? Bkn ke utk menggerakkan seluruh struktur kerajaan tu sendiri? So, wpun kt menganggap kerja kt dilakukan utk bos, dia bkn mendapat untungnya. Bkn nya kita tlg basuhkan baju die, tlg gosokkan baju kurung dia. Kerja kita, walaupun atas arahan dan kehendak dia, tapi adalah untuk kepentingan keseluruhan organisasi. Untungya adalah secara keseluruhan. At last, kt ttp dpt gaji yg sama setiap bulan, begitu juga dia. Gaji itu adalah bayaran utk segala usaha yang telah kt lakukan pada bulan itu. Jgn difikir pula samada gaji org lain itu worth atau tidak dgn apa yg dia lakukan, kerana itu adalah tugas dan hak dia. Xyah pening-pening nk pikirkan gaji org. apa yg berubah sebenarnya adalah apa yg dpt dihasilkan secara keseluruhannya oleh sstu organisasi itu utk kemajuan dan kepentingan semua.

Tiada siapa pon yg ptt merasakan dirinya atau org lain adalah kuli. Org suka rasa tukang buat air tu kuli, tukang sapu tu kuli. Tp cuba bayangkan, tanpa tenaga mereka, semestinya proses pekerjaan yang telah sedia ada ni x menjadi lengkap. So definitely tenaga mereka pon memainkan peranan dlm menyeimbangkan keadaan ini. So siapakah kita untuk menggelar golongan pekerja tersebut adalah kuli??

Kesimpulan:
yang diatas-jgn pupuk perasaan bahawa org bawahan anda adalah kuli
Yang dibawah-jgn pupuk perasaan bahawa anda adalah kuli yang bekerja utk org diatas.


setiap orang adalah sama rata dijadikan Allah. yang membezakan kita semua adalah iman kt.

My 2 cents of view.

..bliss-ailye shared her feelings at 1308..

Assalamualaikum.

Aku baru saja balik dari mahkamah, utk melengkapkan borang akuan sumpah. byk btol borang nk kene isi nih. Pegi je sana, org kat kaunter tu terus kata,

“bagi ic”.

Then, dh baca2 borang tu, dia tanya pulak,

“ surat tawaran bawak?”

alaaaaaaaa!!!!!! (dh la susah carik tmpt tu, bkn sbb susah, tp sbb aku x tau tmpt tu kat situ. Uh!) aku x bawak surat tawaran. Then, aku pulak tanya,

“kena ada surat tawaran ke?”

die kata,

“mestila kena ada, kita kena check. hmmm.. Datang esok, bawak surat tawaran.”

Ieee menyampahnyeee!!! Menyampah sbb:

1)Napelaaa aku x bawak surat tu?? Kalu bwk, dh xyah pi 2, 3 kali.
2)Aku tepikir, ape kaitannya nk check2. buat kat tmpt lain ok jek. lagipon cam xde kaitan jek. Contohla ek, skrg aku dpt tawaran, pastu tetiba kawan aku amik surat akuan sumpah tu, die fotostat. Then die pi sumpah. So apa yg akan berlaku?? (mgkn para lawyer yg baca post ni akan kata aku ni xberilmu ke ape ke. Tp serius aku x phm.) die nk bwk ke mana pon surat sumpah tu.. bkn nya die blh masuk keja pon dgn sumpah tu, sbb die bknnya ditawarkan keja pon. Kan??? so x effect je pon kan? then surat sumpah tu kan, utk sumpah yg kt x hisap dadah seme tu. so ape kemasalahnya? yg plg ptg, apesal tmpt lain x kisah pon! Tu setakat yg aku blh pikir je. Mgkn la ada sbb lain ke.. tp ape??
3)Org yg jaga kaunter tu, ecehhh, konon kira hebat sgtla tu duduk dlm kaunter. Belagak btol. Menyampah!


Astaghfirullah..

Cita psl menda lain la pulak. Hp yg boo hadiahkan 2 minggu lps tidak disertakan dgn memory card. Boo kata memory card x masuk dlm pakej. Huhu. Xpela, ok la tu boo. So aku pon pi la carik memory card yg plg berpatutan utk dibeli.

Kedai 1- booth selayang mall.

“miss, memory card sd ade x? berapa?"
“berapa GB u mau?”
“4 GB.”
Sambil tekan2 kalkulator (kira untung dia la tu), “I blh bagi u RM60.”
“xpela, I survey dulu”.


Kedai 2- kedai di jusco wmaju.

Soklan yg sama, “miss, memory card sd ade x? berapa?”
“berapa besa punye?”
“4GB.”
“utk pakai hp mana punye?”
"Ini hp”, sambil tunjuk hp ku.
“aiya miss, ini u blh pakai smpi 8GB tau. Lugi la…”
“hm, harga berapa?”
“4GB, I blh kasi u RM89, kalu 8GB, 100 lebey saje maa..”
Dlm hati, pergh, jauh gile beza, RM60 ngan RM29… “xpela, I survey dulu.”


Kedai 3- bkn booth, tp Carrefour wmaju.

“dik, memory card sd ade x? berapa ek?”
“akak nk jenis ape kak? Ada Kingston n scandisk."
"Tgk 2-2 la."
"Kingston (memory card nye, sama 2 adapter) harganya RM45. Scandisk (memory card saje) harganya RM40."


Fuiyo! Jauh gile beza! Nasib baik aku x beli kat jusco tu. 2 kali ganda tu. Samala macam kat selayang mall tu. Eceh, siap tekan2 kalkulator tu, gamaknya cam aku nk beli brg harga ratus2 xpon ribu2. Kalu beli hp ke, comel la gak kalu buat gitu. Ni memory card jek. Okla, mgkn la ade kelebihan die ke ape ke kan. Tp yg kat Carrefour ni amat menepati la. Sbbnya aku xnk ade menda pelik2. Aku nk memory card tu je.

"Kingston la dik."

So skrg blh senyum. Sbb blh amik banyak gamba. Eheh!

tp still sakit ati sama org kat mahkamah td. kekwat!



..bliss-ailye shared her feelings at 1829..

blog 47 - Hijrah.

"Hijrah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud meninggalkan satu tempat untuk menuju ke tempat lain. Ada di kalangan ahli bahasa yang memberi erti hijrah adalah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah rohani. Maksud hijrah jasmani ialah meninggalkan satu-satu tempat. Manakala hijrah rohani pula ialah meninggalkan satu-satu sikap, kepercayaan, akidah, emosi dan tasawur serta menggantikannya dengan yang lain." - bacaan lanjut, klik disini.

salam maal hijrah pada kalian semua. :)


..bliss-ailye shared her feelings at 1542..

skrg aku mahu berkongsi resepi. resepi dari mak, dan resepi dari pn amizuno.

resepi dari mak - sambal kering utk tahan lama punye! (tajuk yg pelik).

resepi ini direquest dari pn mai utk bekalan suaminya mgkn. die merequest resepi sambal kering yg blh tahan dlm flight, dan tahan 2 hari.

gini yek.

1) goreng ikan bilis, sehingga garing. angkat.
2) goreng bwg merah n putih yg dihiris, sehinggar garing. angkat.
3) goreng cili untuk sambal, sehingga garing. then masukkan garam, gula, dan asam keping yang dibasuh sahaja. no water at all pls.
then, bile semenye dah garing gaban tu ( ala2 dh bau cam nk hangus tu, hehe!), masukkan balik ikan bilis dan bwg td. no bwg besa potong juga.
4) toskan sambal tu, bagi keluar minyaknya.
5) dah sejuk btol, barula di packkan.

sedap gak ni. tp baru malam td masak sambal tumis bilis. takpe lain kali pulak buat.


resepi dari pn amizuno - makaroni goreng.

next, malam td boo request makaroni goreng. honestly, aku x penah buat. yg penah buat pon, kalu makanan org putih ini, spagetti, tu pon by my sis. tu pon dh dimelayukan kasi pedas seme. since aritu pi umah pn amizuno, die masak makaroni yg sedap, aku pon mintakla resepi darinya. tp ttp x masak mlm td, kerana:
A) brg seme xbeli lagi.
B) then masak ari keje ni terkocoh2, walaupun mgkn simple, tp nk try mende x penah masak, mesti cam kalut2 skit (ye, aku x pandai masak sgt. amatur je aku ni. huhu.)
C) then nk bwk bekal esok susah. xkan nk angkut makaroni goreng tu smpi lunch esok tu. (ye, kami bawak bekal ke tmpt keje - me, boo n nsyt yg sdg praktikal for 6 month. bakkata opismate ku, cpt naik haji ni. amin!! semoga makbul ape depa kate!)

so resepinya adalah....

1) bawang besar di cincang dan digoreng, then masuk cili mesin.
2) masukkan tomato puree, daging cincang, cendawan butang cincang.
3) bubuh gula, garam.
4) bubuh makaroni.

laa, simple rupenye. dah tu napela x penah buat dari dulu. erm, aku tau jawapannya. ianya kerana aku x suke makanan org putih! aku ni mmg perut melayu sgt2 la. kenyang cemane pon, nk gak nasi.

okla, nanti blh try. bile ntah yg nanti tu. dh seme benda pon x beli lagik.

..bliss-ailye shared her feelings at 1215..

assalamualaikum. harini diriku banyak kerja. masuk harini, cuma tinggal 9 hari saja lagi aku akan berada di tmpt kerja lama ku ini. bermula 28 nanti, akan ada training utk staf baru yang akan ganti tmptku.

ok, mari kt lihat apekah list kerja utk hari ini:

1) siapkan KPI lab.
2) siapkan compilation keperluan latihan 2010 utk 1 lab.
3) siapkan nota perbincangan meeting task force aritu.
4) siap isi seme2 borang tmpt keja baru ni. ieee! xsuke isi borang!!
5) kemas fail (ni buat besok la!)
6) potong suar boo.

ape2 hal pon, ptg ni kene balik di kala jam pacak kol 5. harus smpi kat tmpt nsyt kol 5.30, harus smpi ke rumah kol 5.45. wah, semangat Malaysia! semoga kt menang emas utk bola sepak ptg ni! amin!!


..bliss-ailye shared her feelings at 0941..

~bliss-ailye~

latarnya banyak: seorang isteri ~ seorang anak perempuan ~ seorang adik ~ seorang kakak ~ menantu pertama ~ seorang sahabat.

sifatnya juga banyak: cerewet ~ banyak cakap (tapi bukan pada semua orang) ~ garang (boo, 2009) ~ bercita-cita sederhana (kerana tidak pernah mengimpikan untuk menjadi perdana menteri, mahupun timbalan naib canselor) ~ penakut ~ bersemangat tinggi juga ~ cembeng ~ keras hati (mengapa lebih banyak yang mazmumah dari yang mahmudah??)

kegemarannya ada tiga: makan ~ tido ~ shopping! aktiviti yang tidak berapa sihat memang menarik bukan??

misinya ada tiga: dia mahu menjadi seorang mama ~ dia mahu ke mekah pada usia 40 tahun ~ dia mahu memanjat piramid giza.

visinya ada dua: dia mahu menambah dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu didada, untuk bekalan nanti ~ yang plg penting, dia mahu masuk syurga, so dgn itu, dia perlu jadi isteri & anak & menantu & sibling & sahabat yang baik (semoga Allah memakbulkannya).

itulah dia..

~The counting~

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

~Important dates~

0301 - Zmr
0416 - Ay. Y
0430 - Zkr
0526 - Ayh
0613 - Wnt
0619 - Abh
0729 - Mak Paka
0819 - Mak Kl
0905 - A.Skr
0910 - Kyg
0920 - Af.Y
1101 - Nsyt
1106 - Akml
1108 - Sypk
1120 - Adm.Y
1211 - me
1224 - Boo

~Tick tock~

Shouts!


ShoutMix chat widget

~surveys~