setiap kali cuti sekolah ujung tahun tiba, kami sekeluarga pasti akan pergi bercuti. cuti2 malaysia. n this year, destinasinya adalah cherating! anyway, sejak aku matriks di pantai timur, kami slalu pergi ke pantai timur utk cuti hujung thn. cam syok gitu. cam feelll jek.

SATURDAY.

lokasinya adalah Legend resort yg syiok abis tu la! bercerita smbil tgk gambar la yek! me n boo pi lmbt skit, ari sabtu. while the others pi ari jumaat. gerak dari rumah around 7.15 kot, then berenti sarapan sat kat... erm.. kat mane ek.. hmm, haa, temerloh. makan nasi goreng n kuew tiow goreng yg sgt horror rasanya. serius. anyway, kalu rasanya x teruk sgt, bolehla makan. nama pon rezeki kan. x baik buang2. tp ours were truly unacceptable. nasi goreng aku, nasinya pon dh melekit2, sejuknya macam baru kuar dr peti ais, n bau hangitnya, smpi aku x leh nk rasa pon ape yg aku makan. hmm.. wahai peniaga, x rasa bersalah ke, menjual barang sebegitu rupa?? pentingkan duit je ke?
kesimpulan: mmg pangkah la gerai tu.
kami smpi je, around 11 sumthing, terus terjun kolam. ahaks! syioks!

sypk yg berenang... tp... di atas kolam??

wnt ber'peace'an di dlm air.

boo.. sdg cuba utk membuat teknik renangan terbaru. eceh!

adm dan atuknye, x kisah hal lain dh tu si adm tu. yg penting, mau berenang!

me, my niece n my sis.


kesimpulan: kebanyakan kami tidak pandai berenang. eheh!

next, dh berenang, laparla pulak. n dh masuk waktu lunch pon. from cherating, we went to kuantan. to be exact, gerai di tepi sg kuantan.

ini gerainya.

dan ini pilihan lauknya.


so bak kate mak, kt semua mematin hari ini. pilihan kami, ikan patin masak tempoyak. wowwy! the real taste! thumbs up! even makan kat tmpt lain, xsama cam kat gerai tepi sungai ni. mmg lain la rasanya. ikan patin masak tempoyak, sambal tempoyak, sayur kubis goreng, ikan keli (rasenya...) masak sambal, petai (utk boo, ayh, n kyg). ui, amat sedap sekali. serius!

us, selepas selesai mematin.

2 org ultraman, dan bibik a.k.a. penjaga ultraman, berlatar belakangkan sungai kuantan. nice view!

us, dan beg tanganku. cuba carik dimana kepala saya?? ya btol! di belakang kepala wnt. uh, ini semua adalah gara2 ayhku yg fokus utk amik gamba cucunya saje. huhu!


next, pi jalan2 di mall kat sane. nothing much, just jalan2, wnt beli beg skolah baru, kakak n adik beli topi. kami semua beli eskrim mcD.





amacam, nmpk cool x adik tu?


then, dh penat bejalan, balik ke resort, terjun dlm kolam smula. hihik.

malam tu, kami pi makan di restoran WTW, makanan ala phuket. lokasinya, kalu dari arah kl, sebaik sahaja keluar dr tol jabor, restoran kedua di sebelah kiri anda. restoran itu berwarna kekuningan. di sebelahnya juga ada restoran. erk, kat sini x byk gambar rupenye. so xpela, letak sikit2 saje.





SUNDAY.

me n boo blk paka jap, since jaraknya pon lebih kurang 40-50 minit perjalanan. yg lain pulak, pi sarapan kat kemaman.

then, masing2 sampai ke resort, check out, n kami begerak pulang ke kl.

kesimpulannya, walaupun cuti ni agak pendek, tp fun! walaupun sedikit sedih, sbb a.skr xleh nk join, sbb kapalnya belayar.

next cuti2 malaysia = P.D!!

..bliss-ailye shared her feelings at 1621..

assalamualaikum.

beberapa hari ini cuaca agak panas bukan? skrg, dikala aku menaip catatan ini, hujan sedang turun dgn lebat. dalam hati, aku berharap agar hujan turun di rumahku ptg nanti (blh pulak main harap2). sempat aku angkat baju di ampaian. hmm, x smpt nak berharap lebih tinggi, rumet opisku yg baru pulak dari area rumahku berkata:

"kat sini baru nk turun hujan, kat wm td, hujan lebat gileeee!!! sepanjang2 jalan!!"

erk, musnah harapan aku. xpela... end up dgn aku akan memesinnya semula. YA!! memesinnya semula.

anyway, aku ada satu sifat pelik @ ntah pape @ mengarut @ unik, bergantung pada tanggapan masing2. aku amat particular ttg susunan @ kemasan baju. antara sifatku (sapa pernah duduk sebilik @ berdekatan dgn ku pasti tahu hal ini):

1) aku xsuka baju yang xde bau softlan. mak juga begitu, tp requirement bau softlan mak lagi tinggi. aku kurang skit.
2) aku x sukeeeeeee sgt baju yg dh kene air hujan. berbau kan?? aku pasti akan mesin smula baju2 itu. baju yang sudah terkena air hujan pasti berbau kurang enak. macam kepam2 skit gitu.
3) aku sukaaaaa sgt susun smula baju2 dalam almari (tp skrg dh xsmpt buat gitu, uh!). susun, ubah, susun, ubah, susun, ubah.
4) aku sukaaaaa sgt susun baju ikut kaler. tudung ikut kaler, baju kurung ikut kaler, t-shirt ikut kaler, blouse ikut kaler. hihik! sgt menarik. hmm.. smpi skrg ia masih berterusan. susun ikut kaler mcm dlm kaler pensel luna tuh.
5) aku amattt particular ttg hanger. mak n ayh sukaaa marah. hihik! hmmm, xblh la.. xleh nk kikis sifat tu. hanger mesti sama kaler, atau byk2 kaler, tapi setiap kaler tu kena ada bilangan yang sama. contoh= kalu hanger biru ada 5, hanger kuning kena ada 5, hanger merah kena ada 5. kalu x cukup, aku xmo pakai. aku akan beli koleksi hanger lain yg ade 5 gak. so skrg since aku ada byk baju yg perlu dihanger, baju boo lagi, so aku beli hanger yg sama kaler. kaler merah. itu saje yg blh masuk almari. yg lain TAK BOLEH!!! boo mula pening. jgn pening boo.. ikut je.. mak ayh pon bertahun dh pening. hihik! haa, kalu pakai hanger lain2 kaler tu, bilangannya kena sama kan?? then, susunan baju tu sendiri kene ikut kaler gak. so bygkan, kalu beli baju baru, kaler kuning. kenala lajakkan hanger tu ke depan, sbb nk pastikan, baju kuning tu dpt koleksi hanger yg sama cam kawan sebelah nya.

eheh!

..bliss-ailye shared her feelings at 1601..

assalamualaikum.

pernah x berlaku, korg asyik berhadapan dgn ketidaktentuan perangai manusia diatas jalan raya?

hmm... kedengaran tidak begitu jelas?? xpe, aku perjelaskan...

kejadian 1.
lokasi: simpang keluar rumah.
Mod kejadian: aku terlibat.
sejak aku terlibat dlm
accident di lokasi ini, aku menjadi extra cautious. aku sesungguhnya akan memastikan jalan clear sebelum aku keluar dari simpang itu. dalam kejadian pagi ini, sebuah motor bergerak dgn agak laju dari arah kanan jalan. since aku agak yg aku xleh melepasi moto tu, aku menunggunya dgn sabar utk dia melepasi aku. alih2, bila smpi btol2 dpn aku, die membelok masuk ke simpang. &%&^%^$*&)(())(&^$#$^&!!! aku tunggu beria, nk bg jalan kat die, dia blh sedap2 masuk simpang x bg signal. ape ke masalahnya nk bagi signal tu???? bkn kena bayar pon kan??? kalu xnk pakai signal, lain kali, beli moto, ckp siap2, "saya xnk signal ye. signal xyah pasang kat moto saye!" pembonceng itu blh terfikir utk tidak memberi signal, dan tidak memikirkan org lain yg memberi peluang utk dia melalui jalan itu dgn selamat.

kejadian 2.
lokasi: simpang 3 berlampu isyarat, sebaik sahaja keluar dari lebuh raya.
Mod kejadian: aku menyaksikan.
di simpang ini, selalunya terdapat polis trafik yang bertugas utk mengawal lalu lintas. normally, slps everything goes fine, polis trafik tersebut cuma akan memantau keadaan. ok, aku paham. sbb jalan dh ok, flow dh smooth. tp kejadian pagi tadi, buat aku btol2 x paham. so kepada mana2 polis trafik yang terpanggil utk menjawab isu ini, saya mohon kerjasama anda utk menerangkan kepada saya.
aku berada btul2 di hadapan lampu isyarat merah. masa tu, kenderaan dari arah bertentangan aku sedang bergerak. tiba2, terdengar bunyi siren ambulans, dari arah jalan yg satu lagi. (nota: aku sgt2 particular ttg ini. dalam ambulans itu ada org yg mgkn sedang bertarung utk hidup, ok!) ambulans itu tersekat dgn lebih kurang 4 atau 5 kenderaan dihadapannya. kenderaan yg ada kat depan ambulans tu berusaha utk kedepan atau ketepi utk memberi laluan, tp not much thing yg mereka blh buat, since kereta dr arah bertentangan aku, sedang bergerak laju. yg aku hairankan disini, ada seorg polis trafik, yg mgkn sudah habis bertugas, yg berada di simpang itu. he did nothing, melainkan menekan2 punat telefonnya, sdg bersms mgkn. atau mgkn sedang mendengar lagu. atau utk berprasangka baik, mgkn sdg melaporkan kepada bosnya yg dia sudah selesai menjalankan tugas. pd pandangan mata aku, kenderaan2 di hadapan ambulans itu amat memerlukan bantuan polis trafik berkenaan. ape ke salahnya, die pegi ke jalan tu, die stopkan kereta dr arah bertentangan, dan dia bg laluan pada kenderaan yg menghalang ambulans tu??? kalu ikut law polis trafik, xleh ke buat gitu. kalu nk kate xdengar siren tu, siren tu berbunyi dgn amat kuat ok!! aku x phm kenapa polis itu tidak memikirkan utk melakukan ape yg aku terfikir utk lakukan, jika dan hanya jika aku adalah polis trafik tersebut. die x begerak langsung utk membantu ok!! melainkan cuma melihat keadaan itu, dan meneruskan apa yg sdg die lakukan, yakni menekan2 punat handphonenya!

kejadian 3.
lokasi: simpang masuk ofis aku, simpang 3.
Mod kejadian: aku menyaksikan.
simpang masuk ofis aku juga simpang 3. pagi tadi aku agak lambat, dan aku pasti aku akan smpi lewat. aku pasti akan sampai pada pukul 08:00:30. walaupun masih pukul 8, ia tetap direkod merah jika ia mula tertulis sebagai 08:00:01. kembali pada cerita asal. didepan aku terdapat 3 buah kereta yang sedang menunggu jalan bertentangan clear, sblm masuk ke simpang ofis. jalan agak clear, then 2 kereta bergerak. pada agakkan aku, kereta di depan aku pasti x smpt masuk ke simpang, since lori yg besar gaban sedang bergerak laju dari arah bertentangan. tp, xsmpt aku memikirkan keadaan itu, tetiba kereta satria di depan aku membelok dgn lajunya utk masuk ke simpang, dgn jarak less than 1 depa dari lori yg besa gaban tu. lori tu pon terpaksa brek utk mengelak langgar kereta satria tu. rekasi spontan aku, "gileeee ke apeeee!!!!!!! astaghfirullah! yaAllah bahaye nyeee!!!!!!!!!!!!!! semata2 utk pastikan punch in time tidak merah, wanita itu mengambil risiko utk hampir dilanggar lori ok!!! u guys, please dont do this!!! wanita itu amat tidak memikirkan keselamatan dirinya dan org disekitar kawasan itu, melainkan hanya terfikir utk tidak punch in kaler merah. worth atau tidak, hanya dia ada jawapannya!

kejadian 4
Lokasi: lane kanan, lebuhraya.
Mod kejadian: aku terlibat.

Kejadian ini berlaku lebih kurang jam 5.25 petang. Aku berada di lane kanan MRR2. Kalu kalian dpt bayangkan, MRR2 adalah jalan yg amat lurus, dgn selekoh2 kanan dan kiri. Sampai di satu kawasan, yang mana tidak terdapat sebarang exit utk keluar dr MRR2 (even kalu ada pon, spttnya aku x terlibat, sbb aku kan kat lane kanan), tiba2 sebuah kereta di hadapan brek dgn mengejut. Keretaku adalah kereta ke3 di belakang kereta tersebut. Disebabkan hal itu, 7 kereta dibelakang kereta itu terpaksa brek mengejut, sampai berbunyi brek setiap kereta. Kami 7 kereta ni hampir jadi burger antara satu sama lain. Bila tgk balik, rupanya kereta td cuma nk tukar laluan jer. Tukar laluan utk masuk ke lane tengah. Sedangkan lane tgh tu amatlah clear!! So dia x perlu pon brek mengejut macam tu. Brek mengejut melampau tau. Kalian imagine la, kelajuan di MRR2 adalah around 90km/j. so itu kelajuan yg biasa digunakan di lane kanan. Tp wanita ni brek mengejut, sampai semua kereta hampir berhenti. N Smpi buat kereta lain nk accident sesame sendiri. End up, ke 7 7 kereta yg hampir berlanggar sesame sendiri ni hon marah pada wanita tu, termasukla aku. Blh die terfikir nk brek mengejut utk tuka lane jeeee, sdgkan die tidak memikirkan kebarangkalian accident yg mgkn berlaku disebabkan perbuatan dia tu. U guys, n aku sendiri juga, perlu amik pengajaran utk semua ni. Jgn pentingkan diri sendiri di jalan raya! N kalu rasa xleh or tak yakin nk bawak kereta, jgn bawak!

Kejadian 5
Lokasi: simpang 4, berlampu trafik.
Mod kejadian: aku terlibat.

Keluar dari MRR2, aku perlu melalui satu simpang 4 yg berlampu isyarat. Selepas melepasi lampu isyarat tersebut, ada satu kereta yg dipandu oleh seorg perempuan anggun bergerak di lane kiri, n aku di lane kanan. Jalan tu, mmg ada 2 lane. N berterusan utk jarak yg agak jauh. Masalahnya, pemandu tu tetiba terfikir utk mengubah laluan dan masuk ke lane kanan. Ada masalah ke utk urusan tu? Xde kan? Ok je dia nk tuka lane ikut suka dia. Mslhnya, aku ada kat lane kanan tu. So kalu die nk tuka lane, die kene bergerak ke belakang aku, atau bergerakla laju sikit, ke depan aku kan?? Tp , apa yg die terfikir nak buat, adalah menghimpit aku. amat tidak wajar! tidak memikirkan ape yg akan berlaku pada kereta yg dihimpitnya pulak tu. x phm btol la org bwk kete gini...

Kesimpulan: jalan raya tu kan utk kegunaan bersama. Xleh ke kalu semua pengguna jalan raya sama2 berhemah kat bila memandu/menunggang. Kalu berlaku sstu kemalangan (nauzubillah), kalu kita terlibat sbb kita bersalah, kalu x effect org lain, fine! Tergolek la sorg2. Tp kalu kesilapan kita buat org lain terlibat, atau mgkn menyebabkan org lain cedera lebih teruk dari kita, selesakah kita untuk meneruskan hidup kita nanti??


..bliss-ailye shared her feelings at 2334..

blog 34 - Debaran

assalamualaikum..

selamat hari raya korban kepada semua! semoga hari tersebut membawa seribu satu keberkatan kepada kita semua.

aku sedang menunggu masa utk berjumpa dengan ketua bahagian. hari ini, aku akan menyerahkan surat perletakan jawatan dan pemendekkan notis. rasa agak berdebar, tp... sudah sampai masanya utk berdepan dengan bos ku itu. :)

21 hari lagi, kerjaya baru akan bermula. debaran sudah ada, tp belum cukup kuat utk buat seluruh badan menggeletar.

currently listening to cari jodoh by wali band.
1x dengar - "peliknya lagu ni...."
5x dengar - "kelakar gak lagu ni ek..."
10x dengar - "kesianla sebenanye orang dalam lagu ni... xde langsung ke org yg nk kat die?? siannye!!!"


Apa salahku apa salah ibuku ~ Hidupku dirundung pilu ~ Tak ada yang mau dan menginginkan aku ~ Tuk jadi pengubat pilu ~ Tuk jadi penawar rindu ~ Tuk jadi kekasih hatiku

Timur ke barat selatan ke utara ~ Tak juga aku berjumpa ~ Dari musim durian hingga musim rambutan ~ Tak kunjung aku dapatkan ~ Tak jua aku temukan ~ Oh tuhan inikah cobaan

Ibu-ibu bapak-bapak ~ Siapa yang punya anak ~ Bilang aku ~ Aku yang tengah malu ~ Sama teman-temanku ~ Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-pengumuman ~ Siapa yang mau bantu ~ Tolong aku kasihani aku ~ Tolong carikan diriku kekasih hatiku ~ Siapa yang mau


..bliss-ailye shared her feelings at 0858..

blog 33 - kereta rosak.


Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah line kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.

tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 8 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.
"a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....
"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol "mamat nie bagi idea.
"worrait gak tu... tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam".
"Ok pakcik".. mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.dia pun jalanla.. dengan slow dan berhati-hati.

Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apa lagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo 8.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.

Mamat evo 8 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm. Bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie.. Cecah 250km/j memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari,sebuah evo 8 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.. Sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo 8 tu.. kete kancil ngah bagi hon dan hi beam untuk nak potong kete evo tu!!!'


..bliss-ailye shared her feelings at 1656..

aku mengikuti kursus ini. ini adalah penyertaan kali kedua. kali pertama, semasa degree dulu.

antara yg ptg:
1)utamakan welfare animal itu... amat penting utk kt sedar yang animal juga adalah seperti manusia, punya rasa sakit, punye stress, dan sebagainya.

2)pastikan ada enrichment... letakkan mainan, letak bola ke, gegelung ke. atleast kehidupannya x bosan n less stress.

3) pernah x alert pada gangguan bunyi.. utk animal, ada range desibel yg blh diterimanya, should be less than 65 desibles. cahaya yg diterimanya juga..

kesimpulan: sesiapa yg mahu handle animal, agak wajar jika anda join kursus ini. honestly, aku sudah handle animal for about 5 years. tp, bila pergi kursus seperti ini, masih banyak lagi ilmu yg tidak aku ketahui yg perlu diambil berat.

skrg, mari kt belajar cara memegang arnab (aku cuma biasa memegang mice dan rat sahaja).

grab bahagian tengkuknya, jgn pegang telinga sahaja.

support bahagian punggungnya. arnab adalah haiwan yg amat fragile, menurut kata penceramah yg terlibat. tulang blkg arnab amat mudah retak jika tidak dikendalikan dengan btol.

rasa agak... hmm.. tgk dr reaksi muka aku pon tau dh kot, ape aku rasa masa tu.. huhu!

tips: arnab adalah haiwan yg amat suka bersosial. they need to see their friends. jadi, jika anda bekerja dengan arnab, pastikan mereka boleh melihat dan berborak dgn kwn2 mereka yg lain.

info penuh tentang kursus pengendalian haiwan makmal: lawati
laman web ini.

..bliss-ailye shared her feelings at 2102..

aku ingin berkongsi sesuatu. siapa ingat pada interviewku sebulan yang lalu? alhamdulillah, aku telah terima surat tawaran jawatan itu. syukur ya Allah! aku sgt gembira!

pada saat aku mendapat berita itu, aku menangis bersungguh2! aku gembira, tapi aku sedih jugak!
gembira - ini adalah apa yg sangat aku hajatkan. inilah doa yg sering aku minta dari Allah.
sedih - aku akan bertukar tmpt, aku syg utk tinggalkan apa yg aku ada skrg.

tp, manusia perlu bergerak ke hadapan. kan? apa pun, syukur ya Allah!

..bliss-ailye shared her feelings at 1600..

Asyik bercerita tentang diri sendiri, apa kata harini kita update pasal keluarga pulak. Kot kot ada yang berminat utk tahu.

Versi 1=Keluarga Kl.

Ayh.
Ayh sudah bersara. Agak lama juga. Almost a year kalau x silap. Ayah org yang sgt suka bekerja. Ayah amat mementingkan disiplin dalam bekerja; masa (aku ada masalah di point ini, huhu), hubungan dengan pelanggan, efficiency dlm melakukan sebarang pekerjaan, keberkatan gaji, dan sebagainya. Skrg sudah smpi masa utk ayah berhenti. Ayah sudah berumur 59 thn. Tp Alhamdulillah, skrg ayah melalui masa yg lebih relaks. Pergi jogging, pergi kelas mengaji, pergi melibatkan diri dlm aktiviti masjid, tgk tv, main game computer. He’s enjoying his own sweet time, i guessed. Aku x tau apa yg ada dalam hati ayah, selesa kah dia dgn keadaan ni, atau dia masih rindukan waktu kerja. Apa pon, aku harap ayah gembira dgn apa yang sedang dilakukannya.

Mak.
Mak masih bekerja, di umur 54 thn. She has about 1-2 years before she ends her career. Mak mahu berehat lebih awal. Aku amat menggalakkannya. Aku mahu mak mempunyai own sweet time seperti ayah. Tambahan pulak dgn masalah lutut mak yang makin menjadi2. Setiap kali mak ke hospital, ini sahaja jawapan dr doktor, “biasela…. Usia dh meningkatkan.. hmm.. jaga pemakanan.. sapu dan urut dgn minyak. Kurangkan berat badan.. ituje la..”. kedengaran sungguh tidak bersemangat sekali doktor itu. Uh, xdekah jawapan atau advice yg lebih bagus melainkan dgn berkata, "biaselaa…. Usia dah meningkat….” Cucu jiran sebelah rumah mak yang baru tingkatan 2 pon blh nyatakan pendapat yg sama. bila seseorg berjumpa doktor, aku rasa dia pasti mahukan advice yg atleast blh relieve skit ke... kan? Oleh sbb itu, aku amat (14x) menggalakkan mak utk pencen lebih awl. Biarlah mak duduk di rumah, berehat bersama ayah.

Kyg.
Kakakku seorg guru sekolah menengah. Mengajar matematik dan sains. Die blh jadi garang, blh jadi tegas, tp dia juga mempunyai masalah bila dia mula tergelak. Org mgkn akan keliru, “ gelak ke menangis ni?” die tidak blh berhenti gelak selagi dia tidak keluar air mata. Hmm… die menurun sifat ayah. Amattttt komited dengan kerja. Amattttt workaholic, which obviously im not into that category. Nasib baik sifat itu berkurang selepas dia berkahwin. Hmm.. skrg dia sdg mengandung anak yg ketiga.

A. Skr.
Di tengah laut ketika ini. Sedang bekerja dan mencari nafkah di laut. Ups, dia bukan seorg nelayan yg sedang mencari ikan (tiada salahnya pun pekerjaan sebagai seorg nelayan. Jgn salah faham pula pada ayat ini). Die mgkn sedang menggerakkan enjin2 kapal utk ke tengah laut. Sejak kawen, sudah semakin berisi. (seperti tidak pernah turun berat itu sejak dia berkahwin dulu). Bahagia nampaknya.. :)

Sypk.
Adik lelakiku yg seorg ini sudah bekerja sebaik sahaja tamat belajar dip eng. Beberapa hari lepas, sudah genap berusia 21 thn. Wah, sudah besar rupanya. Macam teringat lagi ketika die masih darjah 1, saat die melalak tak tentu pasal, hanya kerana dia x mampu menyiapkan kerja sekolahnya sebelum rehat. Cikgu pulak masa tu melarang murid2 keluar sekiranya kerja tidak sempurna (mewarna je pun). Akibatnya, x psl2 aku yg terpaksa menghabiskan kerja sekolah dia. Aku jugakla yg kena keluar kelas lebih awl, setiap kali budak darjah 1 keluar rehat (aku darjah 6 ketika itu), beratur utk belikan dia nasi lemak. Ini kerana, dia tidak suka bertolak2, die akan melalak lagi kerana die tidak pandai menolak org lain utk mendapatkan makanan (bygkan budak2 darjah 1 yg amat agresif ketika waktu rehat sekolah). Hmm.. nasib baik x gitu dh.

Wnt..
Ini juga. Aduhai, sudah besar adik2 ku ini. Sudah tktn 2. Penyanyi pujaan, si penyanyi rancangan realiti yg menjadi kegilaan gadis2 remaja skrg. Menari hanya dikaki. Berlakon, aduhai, amat keras sekali. Menyanyi juga, amat meleret2. Yg lebih padanya, comel kah? X jugak… ntah la. Pelik btol dgn taste budak2 zaman skrg. si wnt ini suka melalak juga semasa kecil dulu. Aku suka menipunya dgn berkata yg mulutnya akan terkoyak jiak dia menangis lebih kerap. Sudah namanya budak2 mmg akan percaya ckp org yg lebih tua.. semasa dia masih kecil, dia amat suka melompat2 jika org mendukungnya. Pernah, dia melompat sampai lebih kiraan 100. Agresif sungguh. Dh besar ni, aktif di bidang seni pulak nampaknye.

Hmm, tetiba terfikir, rupanya ada byk perkara yg ketiga2 adik beradikku sama, tp tidak pada aku.
1) Mereka ini amat sporting dlm aktiviti seni. Menyanyi, membuat persembahan., berkaraoke. Aku jugak suka. Tp dlm opis, dlm kete, dlm toilet. Itu saje.
2) Mereka ini masing2 ada brg yg disimpan dr kecik. yg mereka saje la blh membaunya. Aku pulak xde semua tu.
3) Cuba bygkan proses membuat kek butter. Kek biase2 tu. Yg brg nye butter telur tepung seme tu. Bygkan proses selepas acuan itu dh dimasukkan kedalam bekas dan dibakar. Bekas asal td ada lelehan acuan yg tertinggalkan? Itulah yg akan mereka rebutkan. Uh, sungguh pelik. Anyway, sudah sgt lama rasanya tidak membuat kek itu.

af. Y
dia sudah 3 thn. Sudah besarkan? Sudah ada macam2 vocab. "Stop everyone stop", "come on lets go", "Yummy", dan sebagainya. Hmm. Teringat masa kecik2 dolu, masa dia tido diatas bahu aku, sementara kami menunggu ibunya mendaftar dpli. Skrg, mulutnya seperti bertih jagung. Macam2 yg nk dicakapkannya… pernah satu hari, masa aku n boo bwk kakak n adiknya pusing2 kawasan rumah.
Boo bertanya, "ok bliss-ailye, kt nk pi mane lagi ni?"
"Hmm, xkisahla pi mane2 pon".
Boo kate lagi, "kt pusing2 jela.."
Tetiba af. Y berkata, “aten (panggilan utk boo), xnk la pushing-pushing. Nanti kakak peninlaa…"
Erk… aten cuba utk menerangkan lagi, "bukan pusingla kakak. Pusing2. Maksudnya jalan2."

pernah juga benda yg sama berlaku masa af. Y keluar dgn ayahnya. ayahnya berkata, "kakak jom jalan2". Kakak dgn masam muka (nmpk macam susah ati jek…) berkata, “xnk jalan ayah… nanti penat la.. kt naik kereta jela..”

Erk lagik… hmm, itula dia budak2..

Adm. Y.
Adik pulak, sgt suka meniru apa yg disebut kakaknya. Tp adik jugak bila bercakap akan berbunyik mcm bertih jagung. Cuma halangannya, xphm sgt adik ckp ape. Tp dia amat aktif skali.nama pon lelaki. Dan bukan saja kakaknya, adik jugak suka meniru segala aksi dan dialog ultraman, ben 10, dan segala jenis kartun yg ada ditv. Suka memfire, suka juga menendang. Ultraman la katekan. Tendang version ultraman. So ibunya terpaksa membuat rules, ultraman saje yg blh guna kaki. Erk, ok la tu kot.
Satu lagi fakta yg menarik ttg adik. Adik ini amat cute skali. Kakak juga cute. Adik jugak cute. Dan, adik itu byk ikut muka aku masa kecik. serius. Nanti aku scan gamba kami kalu ade masa. So, mgkn kt blh buat persamaan. Cuba tgk persamaan ni:
Adik=cute
Adik=aku
Aku=cute??
Ahah, persamaan sudah menjelaskan segalanya.

Ok, sudah abis cerita. Nanti masuk version kedua pulak. Keluarga in law ku.

..bliss-ailye shared her feelings at 1536..

sambung cite di bawah..

1)dinner.
malamnya, kami ada dinner utk seme peg. tmpt aku bekerja. ini adalah kali kedua aku join dinner ni, yg mana tahun lps venue nye adalah tropicana ape ntah. ada yg berkata, "uiyo... kayanye tmpt keje awk... blh bwk semua peg tu..." hmm, to be exact, biase je kot.. lagipun bukan setiap thn. dan kami mencarum utk tabung ini. so ok je kan, kalu jauh2 gitu. ok, temanya sebenanye adalah colurful. amat ramai skali yg pakai colourful, almost all kot. tp yg plg menyerlah utk jadi king n queen adalah mereka yg memakai warna pelangi. sbb walaupun campuran byk warna adalah colourful, tp campuran 7 warna pelangi itu lebih terserlah sebagai kaler yg colourful. uit, ckp ape ni aaa..

tips: utk dinner yg temanye colurful + anda MEMILIH untuk menyerlah (kerana sesetengah org suka menjadi low profile), pastikan anda memilih warna pelangi. serius! walaupun anda berada di tgh2 crowd yg colurful semuanya, pasti anda akan dilihat paling menyerlah.

dan utk aku sendiri, xsmpt + malas nk carik baju. amat malas skali. so end up dgn memakai baju kyg. tp aku ttp colourful, di brooch. eheh. ikut tema la tu kan?

ku dan akak2 seopis ku..

2)johan
tradisi di tempat aku bekerja, setiap peg yg baru dilantik, harus membuat persembahan pada malam dinner tersebut. thn lps terlepas, tapi tidak tahun ini. kami dibahagikan kepada 6 kumpulan (n=12). utk menyemarakkan lagi perasaan kami semua, kumpulan yg membuat persembahan terbaik akan diberi insentif. eceh. at first, kami denga rumours, hadiahnya bernilai RMxxxx.xx. wow!!! 4 angka tau! kalu bahagi 12 pon still blh cecah tiga angka utk seorg. okla tuuu!! buat persembahan 10 minit je.. ok ok, xde hal la.. semua org membara ni, dengan mata masing2 dah kuar tanda R dan M. hehe, anyway, itu perasaan yg ditokok tambah saje. we were really enjoyed doing the show. show kami adalah ttg cerita sbtg pokok. end up, kami berjaya menjadi juara, walaupun pada ptg rehearsel tu kami dpt tau yg rupenye insentif tersebut bernilai RMxxx.xx. kurang satu angka. tp kami x kisah, keana semua org sporting utk memberikan sesuatu yg terbaik. semua nampak amat komited!

nilai murni: bila kita bekerjasama dengan baik, kita buat dengan bersungguh2, pasti akan membuahkan hasil yg memberangsangkan. dan pasti kita akan terbayang2 kenangan tu smula. syiok tuu!!

well, inila group ku. amat sporting sekali! sporting gaban la!

kami selepas full rehearsel.

kami selepas persembahan. sungguh2 buat prop. kami plg byk prop rasenye. siap kumpul duit masing2 utk berikan persembahan terbaik. masing2 x berkira. cayalah!

kami yg kekeyangan, menghabiskan pizza hasil duit yg kami memang sebagai johan persembahan malam itu.

3)meeting.
esoknya kami meeting. meeting progress kerja peg yg terlibat. utk aku yg tidak perlu melaporkan progress, menjadi pendengar saje. awal pagi, pegi breakfast dulu...

kwn satu bhgn + bos + ku + boo.

ku dan kakak2 satu bhgn.

kesimpulan: bilik kat awana tu blh tahan best. besaaaa. tp, kalu dpt bilik bwh skit, lebih rendah dr lobbynya, akan rasa berkuap sedikit. dan end up dgn aku selesema dan batuk2. kong kong. sob sob.


..bliss-ailye shared her feelings at 1310..

assalamualaikum..

wah! sgt lama tidak berblog. hampir 2 minggu rasenya. hmmm.. ok.. mari bercerita..

aku baru balik dari genting highlands. menginap selama 1 malam di Awana. me n boo mulakan perjalanan dlm pukul 10.30, dgn myvi putih kesayangan kami yg dah bertukar kaler coklat akibat tidak dibasuh selama lebih 3 minggu. erkk! bkn xmau basuh ok!! listen listen! skrg kan tetiap hari hujan. asal balik keje je mesti hujan. ari minggu pon hujan. dh tu bilenye yg dpt cuci kete.

pejalanan w.maju ke awana amik masa x smpi sejam pon. (rasenye la). since kami hanya boleh check in pada pukul 3, kami teruskan pejalanan ke genting dulu.. laaaaasssttt skali aku pi genting, masa bile ek.. lupe dh. tp rasenye masa zaman blaja kat ukm dulu (02-05). last permainan yg aku main masa kat genting is solero shot. skang ni dh tukar nama ke space shot ke ape ntah. last aku pi genting dulu, genting sejuk lagi la.. ok la.. dgn windynye, so agak wajar dan relevan kalu pakai baju sejuk. tp sekarang?? uh! tidak lagi. anak gadis ca ya nun alif pon pakai suar pendet smpi peha aje. aku pon pakai blouse biase aje. memula kami sampai, masa tu dh almost 12pm. keadaan agak windy, tp mmg x sejuk lgsg. org pon agak ramai. plat S pon byk. kami tak kemana2 pon. cuma berjalan2 di indoor themepark. xde permainan yg syiok langsung, since the one n only permainan yg mencabar yakni roller coaster indoor ditutup, sehingga diberitahu. end up, kami naik permainan yg amat sangap ini, which cost RM8/pax.



then, xtau nk buat apa, kami makan, dan turun ke awana. sampai around 2.30pm. aku daftar kat meja urusetia majlis, dan beratur utk dapatkan kunci. kami dpt bilik di aras 3. lobby di aras 8. so maknenye bilik tu agak ke bawah tanah. petang, aku ada rehersal utk persembahan. boo pulak ke gym. alamak, ngantuk la pulak, baru lps makan ubat selesema. sambung satgi la...


..bliss-ailye shared her feelings at 1110..

~bliss-ailye~

latarnya banyak: seorang isteri ~ seorang anak perempuan ~ seorang adik ~ seorang kakak ~ menantu pertama ~ seorang sahabat.

sifatnya juga banyak: cerewet ~ banyak cakap (tapi bukan pada semua orang) ~ garang (boo, 2009) ~ bercita-cita sederhana (kerana tidak pernah mengimpikan untuk menjadi perdana menteri, mahupun timbalan naib canselor) ~ penakut ~ bersemangat tinggi juga ~ cembeng ~ keras hati (mengapa lebih banyak yang mazmumah dari yang mahmudah??)

kegemarannya ada tiga: makan ~ tido ~ shopping! aktiviti yang tidak berapa sihat memang menarik bukan??

misinya ada tiga: dia mahu menjadi seorang mama ~ dia mahu ke mekah pada usia 40 tahun ~ dia mahu memanjat piramid giza.

visinya ada dua: dia mahu menambah dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu didada, untuk bekalan nanti ~ yang plg penting, dia mahu masuk syurga, so dgn itu, dia perlu jadi isteri & anak & menantu & sibling & sahabat yang baik (semoga Allah memakbulkannya).

itulah dia..

~The counting~

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

~Important dates~

0301 - Zmr
0416 - Ay. Y
0430 - Zkr
0526 - Ayh
0613 - Wnt
0619 - Abh
0729 - Mak Paka
0819 - Mak Kl
0905 - A.Skr
0910 - Kyg
0920 - Af.Y
1101 - Nsyt
1106 - Akml
1108 - Sypk
1120 - Adm.Y
1211 - me
1224 - Boo

~Tick tock~

Shouts!


ShoutMix chat widget

~surveys~