ofisku seperti dilanggat garuda hari ini.
nama pon sudah akhir tahun, minggu terakhir sebelum kelas bermula.
semuanya kosong, tempat punch card (hari ni dtg awal okeh), tempat parking, toilet, bilik juga...

xpela, kuatkan semangat, mari bekerja!

p/s: anak rumetku di hosp. skrg. semoga dia cepat sembuh. amin.

..bliss-ailye shared her feelings at 0926..

blog 114 - 2010 vs 2011.

salam semua! wahhhh lama sungguh x menulis. sampai terlupa diri sendiri dah ada blog huhu.

hari ini sudah 25 hb disember 2010. beberapa hari saja lagi, 2011 bakal menjelang. satu perkara yg aku notis, bagi mereka yg lahir pada tahun 1983, kalendar tahun 2011 adalah bersamaan dengan kalendar tahun kt lahir dulu. hmm..

azam tahun depan (harap2 tercapai, nama pon azam kan):
1 - menghilangkan 12 kilo (sebulan sekilo) wah byk btol. itu adalah berat yg sgt sgt sgt terlebih. tu pon melampau sebulan sekilo jek. kat biggest loser tu, 12 kg tu seminggu 2 je. xmo la pulak aku gitu. huhu.
2 - daftar haji insyaAllah Ya Allah permudahkan lah ia.
3- misi menanam segala pokok2 sayur dan pokok2 bunga serta pokok2 buah di tempat yg bersesuaian kat umah tu.
4 - buat research utk confirm ui tolong lah buat sstu ailyeyanie oi. anda mahu kompem atau tidak hah?
5 - xde sapa 'anak2' ku akan dpt D kebawah utk apa2 final exam mereka.

ok ituh saje buat setakat ini.

..bliss-ailye shared her feelings at 0953..

salam, bersiaran dari pusrawi. buat checkup after a week dnc.

pagi tadi..

sukiyaka ...... (bunyik tipon, ringtones utk boo).

boo: napa x jawab phone tadi??? (nada cemas).
ku: haa, xde pon.. bliss-ailye mandi kot... sori..
boo: ieee, lain kali check la tipon. org dh nk kemas beg dh ni nk balik.
ku: (br pi keje dh nak balik pulak). sbb pe nk balik.
boo: yela org risau laa.. kot pape jadi..

huuu, gitula suamiku..

yaAllah aku bersyukur kerana dikurniakan lelaki ini sebagai suamiku. semoga dia sentiasa kekal sebegini. sentiasa ada rasa cinta antara kami. amin..

sekarang..

di pusrawi.. ramaiiiiiinya org. ramaiiiinya ibu mengandung. dalam hati.. bila la aku nk ada perut besar gini.. ade bb tendang2. huhu. xpe, Allah pasti ada perancangan yg terbaik utk kami.

yaAllah, Kau kurniakanlah kami zuriat sebagai tanda kasih sayang antara kami. Kau berikanlah aku dan suamiku peluang utk merasai perasaan bergelar ibu bapa. Kau berikanlah kami peluang utk menjadi ibu dan bapa yg terbaik utk anak2 kami. insyaAllah. Kau berikanlah kami rezeki zuriat yg kekal hingga ke akhirat. Kau kurniakanlah kami zuriat yg menyambung keturunan kami.
amiinnn..

yg buang2 anak tu, astaghfirullah, dimanakah perikemanusiaan mereka??

..bliss-ailye shared her feelings at 1144..

assalamualaikum...

hari ini agak penuh dengan aktiviti.

1) study utk lecture yg rasenya cam akan lupe balik menjelang hari lecture nanti .
2) plan jadual mengaja. ada sangat baaaaanyak benda yg perlu diajar dalam masa yang aaaaaaamat singkat. silibus utk 5 minggu perlu diajar dlm 2 minggu, ditolak pula 2 hari sbb cuti nuzul quran dan cuti hari kebangsaan.
3) dok check2 date, mahu berdating sama kawan2 wm, dan kawan uni.memilih2 tarikh yg sesuai, dan tempat yg menarik. yg ptg, seme blh dtg, atau seramai yg boleh dpt datang.
4) tonton biggest loser aussie. smlm dh tgk arini tgk lagi.
5) tonton cahaya, dgn xde subtitlenye. aduh sukarnya nk paham bahasa mereka kalu tanpa subtitle. pastu bile dh abis cite tu, blh pulak subtitle tu jalan sendiri, dicelah2 iklan ngan cite2 lain, lepas cite cahaya tu dh abis. kesilapan teknikal. takpela, dimaafkan.. letih puasa kot staf A**ro arini.
6) siap2kan brg utk boo masak. tgh siang2 ikan, blh pulak terpotong tangan. wah mmg suke aku ni, potong tangan sendiri. so, xleh nk tlg dh. bkn alasan. tp sebab luka kat ibu jari, jadi kene asid dari bawang, ya Allah pedih!. kene tunggu lama skit, atleast luka dh tertutup skit, ok la kot.
7) berfesbuk dgn akak2 opis lama. wah rindu la pulak. n gelak sakan, macam org gile pulak gelak sorg2 kat umah ni. huhu.

itu saje. tu kire penuh la tu, beraktiviti, walaupun sebenanye bile tgk balik, cam xde aktiviti sgt pon sebenanye. byk melagho jek...

sudahla.. mahu tlg boo masak pula. selamat berterawih ye kawan2 sekalian. haa, pesan2 la sesama kengkawan, sapa2 yg bwk moto, bile pi masjid tu, kuncila moto seadanya. baru malam tadi moto kawan si sypk dicuri, di dlm kawasan masjid. kesian budak tu. baru 3 minggu dpt moto. dibeli cash pulak tu. yg tukang curi tu, yaAllah... ni kan bln ramadhan... semoga Allah membuka hatinya. n by any chance, semoga Allah permudahkan urusan budak yg hilang moto tu, mana tau kalau Allah takdirkan dapat semula moto tu. semuanya di tangan Allah kan.. berdoalah...

..bliss-ailye shared her feelings at 1729..

assalamualaikum semua. salam ramadhan.

dipendekkan cerita sekali lagi, ini pulak menu berbuka puasa untuk hari kedua ramadhan. air tangan boo jugak. anyway, tujuan aku mengepost mende2 ni, bukan ape pon sebenanye...

1) kengkadang, kalu mcm makanan yg br try masak, so aku letak resipi skali. utk diri sendiri je pon, takut lupa. ahahah. biasela, manusia ni mudah lupa. nak nak kalu x praktis slalu.
2) macam lauk berpantang ni kan, terlupa gak kengkadang lauk camana yg blh blh dimakan time pantang. so blh la rujuk blk. kt pantang pon bkn slalu. ye x. so bila ada kat sini, blh la rujuk ape blh makan ape xleh makan. sbb byk sgt mende yg xleh makan dr yg blh makan.
3) mahu mengabdikan gak kenangan boo bersusah payah berketeeh menyiapkan hidangan. huhu. mane tau, nanti dh tua2, blh la bukak balik, mengimbau saat suweet seme ni.
4) sebab buhsan dok umah xtau nk buat ape, so kt penuhkanlah belog ni ha. nk cite mende lain, xde mende pulak, sbb mmg duduk umah saje kan.. so ni jela antara mende yg best nk cite skrg.

ok, so here's the menu for yesterday.

ayam goreng halia, n lada hitam. mmg penuh rasa halia n lada hitam saja. letak cili api sket, utk boo.. letak kacang panjang sikit, utk boo jugak.. aku xla amik kacang tu. org kata, tumbuhan kekacang ni berangin kan..

sup sayur. ada macam2 jenis sayur, sawi, carrot brokoli, kubis bunga (kubis bunga pon org kata berangin gak), baby corn, n fish ball.

telur dadar, xlotak mayo ngan serbuk k**** ape kebende tu, pon dh cukup sodap. telur dadar ni aku rasa, tradisional nye gak yg sodap. xyah tambah2 pape dh.

dadih, beli yg instant punye kat carrefour, tambah air, susu, gula. ahaahah..

dah tu je. skrg ni mahu bertungkus lumus study pulak. risau pulak tgk kalendar ni. ade 2minggu je sblm studentku cuti raya. dlm 2 minggu tu byk pulak cutinye. dgn cuti nuzul quran dgn hari kebangsaan nya. wah, berusaha!

..bliss-ailye shared her feelings at 0851..

Salam ramadhan. Semoga ramadhan kali ni memberikan seribu satu rahmat pada kalian semua.
Dipendekkan cerita, menu buka puasa satu ramadhan kali ini, disediakan oleh boo, hubbyku yg tercinta. Olololo.. so sweet…. Kerana ku tahu, boo ku bukanlah pakar dalam masakan (dia pakar dlm perkara lain la tapinye)…
Kesimpulannya, wah amat bersemangat sungguh suamiku ini untuk memasak. Kol 2 dh get ready dh. Wah awal amat la pulak. Then boo pon mula masak pada kol 4 ptg. Okla tu. Buat sikit2… n end up dgn, semua ini… kecuali yg masak lomak tu, kerana itu dr omakku, dan pudding yg berair itu, itu adalah aritu aritu punya tp di cairkan semula.

Kesimpulannya, boo ku hebat. Itu saje. Eheh.
I luv him. Btoiiii!!


kurma, pembuka hidangan setiap kali datangnya ramadhan.

puding jeli. dan cocktail. dah xde rupa dah menda ni.

sos cili life, ngeheh! ini utk dicicah dengan cekodok. boo mahu cicah sama sos saja. so layankan sajalah.

cekodok bilis dan bawang. wah saiznya, sukar utk dikatakan. bentuknye juga. leper2 gitu. tp ok. aku suke! bukan sbb nk puji boo, tp sbb mmg aku suka cekodok hok garing2 neh.

sambal belacan, juga hasil air tangan boo.

petai rebus, boo teringin mahu makan. bkn utk ku. tidak sesuai utk dimakan selepas sehari kuar spital.

sayur sawi goreng.

ikan masak kicap.

masak lomak ayam. ni boo akan blaja buat gak ni. satu hari nanti pasti boo akan blh buat.

..bliss-ailye shared her feelings at 1957..

ye, tepat gerak hati aku. mmg dugaan itu. sekali lagi. tepat setahun selepas kejadian tahun lps. pada waktu yg sama, disaat umat Islam bersedia utk menyambut puasa. pada usia kandungan yang sama.

sejak rabu lepas, mmg aku sudah bersedia utk menerima sebarang kemungkinan. dan alhamdulillah, aku dan boo dpt melalui saat ini dengan lebih tenang. cuma lepas ini, byk perkara yg perlu dibincangkan dengan mereka yg lebih pakar. mengapa pada waktu yg sama. mengapa jantungnya tidak mampu bertahan. jika tak berjaya mendapatkan jawapan, mgkn blh difikirkan kemungkinannya. agar kami lebih bersedia selepas ini. tapi mungkin nanti. mgkn bukan skrg. skrg aku mahu rehat dulu.

pada semua, terima kasih kerana sentiasa mendoakan kami.

semua ini dtg dr Allah, pastinya Allah ada sebab terbaik yg tak mampu kami fikirkan skrg, tp insyaAllah, kami pasti akan nampak hikmahnya nanti. jadi, siapakah kami untuk mempertikaikannya...


..bliss-ailye shared her feelings at 0935..

salam, semalam pi check kat doktor. minggu ke 9 + 4 hari.. saiznya, alhamdulillah ok.. tp jantung nya... hmmmm, doktor kerut2 muka... doktor buat muka risau, dan doktor kate, xpela, kt tgk lagi seminggu...


bismillahitawakkaltualallah...

apepon, aku kena redha. semoga Allah bg kekuatan kepada kami semua. aminn..


..bliss-ailye shared her feelings at 0941..

“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

..bliss-ailye shared her feelings at 1827..

salam semua..
arini dah bermula semester baru. eceli semalam. tp semalam diriku ting tong. aku amat2 tidak larat mahu memandu sejauh 50 km utk ke ofis, kerana, low BP. takut anything happened di tgh jalan. jika muntah2 saje, akan ku drive juga, sambil memegang plastik di sebelah tangan. tapi ini adalah tekanan darah, yg secara saintifiknya akan menyebabkan kita pitam secara tiba2. wahh, nauzubillah..

pengalaman arini.. masuk ke kelas tepat kol 8... pertama kalinya mengajar dengan tiada komputer dan LCD. wah aku sgt kagum pada pendidik yg lain yg mampu melakukannya... mgkn aku masih baru, tiada byk pengalaman... im not really prepare for the worst. tp alhamdulillah, berjaya juga meneruskan kelas seperti sepatutnya..

total kelas utk harini adalah 4 jam. hingga 5 minit terakhir, aku asyik2 ingatkan diri supaya melakukan yg terbaik, force diri sebaik mgkn. alhamdulillah, berjaya juga melakukannya...

kawan2 semua, doakan aku ye...

..bliss-ailye shared her feelings at 1651..

kisah seminggu yg lalu... zretttt rett tet tet tet tet (bunyik flash back).

dalam sebuah klinik, selepas membuat satu ujian kesihatan...

ok puan, kat sini, nmpk cam ada 2 line ye. tp mcm puan blh tgk, line yg test ni x clear sgt mcm line control.
oo. ye ke... (sambil mataku juling2 tgk tahap ketidak clearan itu). hmm, apesal aku nmpk cam sama je clearnya....
so dlm kes ni, insyaAllah mgkn resultnya positif, mgkn juga false positive. so utk memastikan, mgkn puan blh dtg lagi 2 minggu.
hmm. ok.. but anyway, dr, macam mana result tu blh jadi false positive yek?
hmmm, mcm2 keadaan. mgkn kalu puan byk minum air... mgkn juga kalu puan byk makan buah. so die blh effect result..
hmmm.. ok... aa yela, t.kasih ye dr.

kalu x silap, aku ni belaja gak mende2 hormon ni. tp aku x penah pulak denga kalu minum air byk or makan buah byk blh ade result Hcg positip. xpe... mgkn dr ini mahu play safe kot. xmo bg aku mengharap sgt, since aku penah keguguran, n aku lmbt period pon br beberapa ari.

on the way blk, cam x puas ati la pulak. so kyg pon memberi idea utk check sendiri. check pakai UPT yg elektronik punye. wah serius ni 1st time tgk ya. xpenah try pulak sebelum ni. selama ni dok beli UPT yg biasa2 je.

dgn UPT elektronik ni, resultnya adalah: pregnant - 2-3 weeks. wah canggih kan, siap blh kira gitu pulak.



kisah semalam...

dr, saya nk check skali lagi, (sebenanye aku bkn nk check kompemkan, aku cuma nk dptkan surat pengesahan dr aku mengandung, utk elakkan aktiviti lasak).

dipendekkan cerita...

ok puan, so btolla result haritu. bkn false positif.

boo bertanya: so dr, bila yg bagusnya utk kami start buat check up. since wife saya ade history keguguran.

well... hmm. well... after 3 months la.. better. u know, since dlm 3 months ni, so many things can happened. mgkn blh keguguran lagi.. n mgkn ada gangguan hormon , n mcm2 lagi la..

err.. ok...


kesimpulannya... aku bkn doktor, tp aku x penah pulak jumpa doktor yg ckp sekasar ini. i mean, well, dr tugasnya bkn setakat merawat penyakit hakiki je kan, malah when it comes about feeling as well kan? perlukah begitu berterus terang dan begitu negatif skali??

anyway, alhamdulillah, genap setahun selepas keguguran, Allah benarkan aku merasai pengalaman ini skali lagi. masih baru lagi. hari ini genap 6 minggu. rite now, aku suda mula muntah2, pening2. yes, i do experience extreme morning sickness (everytime sickness??). kawan2, doakan ye. semoga kandungan kali ini berjaya, semoga Allah kurniakan kami rezeki zuriat, insyaAllah. aminn..

..bliss-ailye shared her feelings at 1728..

Dia: Bliss-ailye?
Aku: iye, amallllllllll!!
Dia: awk apa kaba?
Aku: baik, awk?

bla bla bla... borak borak.. then..

Aku: rindu la kat awkkk. kt teringat zaman kt asyik mintak air kosong dr awk, tp yg ptg air kosong xleh lebih 2 hari (air kosong tu amik kat dewan selera la pon, tp aku xmo amik sendiri).
Dia: ahahahah! pastu, takleh goncang. pastu oren, awak tak suka oren yg manis, pelik!! smpi skang kita x le tmer.
Aku: ingat x ade skali tu kt minum air awk, then kt rasa pelik, rupenye air tu dh lama (lebih 2 hari.. dlm 4 hari la kot). kt rasa nk nangis, uwaaa! heheh! pastu awk gelabah gilee awk lupe air tu dh lama.
Dia: pastu awak cam mnangis. ahahaha! husband awk shock tak dgn keunikan awk d situ.
Aku: sgt shock. memula die cam tensen jek. skrg die ok jela. malas nk layan. die pelik kt dok basuh botol air setiap kali kt masak air nk simpan air kosong.
Dia: ahhahahaha! awk masih lg pencinta orange masam ?
Aku: ye amal, masih! kalu nk manis, makanla rambutan. ahaha. oren mestila kena masam. skrg husband kt bahagian QC. kalu order fresh orange kat kedai, die tukang rasa dulu, samada pass atau x di tekak kt, hihi.
Dia: oh ya? hahaha. best jer.

itula si atolity. kamu tahukah apa itu atolity? cuba carik dlm kamus, mmg xkan jumpa punyela. itu adalah perkataan yg dia sendiri cipta utk dirinya. dia adalah teman yg amat rapat ketika zaman sekolah dulu. rasa mcm best pulak sbb die masih ingat semua ini. walaupun amat jarang berjumpa, tetapi dia tetap dalam hati. frens forever mamal!


..bliss-ailye shared her feelings at 2137..

rumah kami masa 65% siap. skrg sudah 100% siap. alhamdulillah.

aku mula keluar dari rumah seawal usia 15 tahun (walaupun form 4, tp aku lahir lmbt ye. eheh, so 15 tahun gak gak). destinasi terawalku adalah sebuah sekolah berasrama penuh di Melaka.

teringat masa mula2 dpt tawaran. wah, mula2 bangga, kembang setaman hidungku masa tu, then suka.. then berdebar2, then tetiba rasa takut, sehingga membawa ke drama melalak selama 3 hari 3 malam. aku berkeras x mau pergi (bodonya time tu uh!), sampaikan mak n ayah pon susah ati. last skali, aku termkn dgn kata2 kwn kyg. sape yek?... kak su kot, kalu x silap. ntah kenapa la pulak aku ikut ckp dia.

then bermula la journey aku sebagai org yg cuba utk berdikari hidup sendiri. ingat lagi masa hari pertama mendaftar, malam tu xleh tido la ape la.. then dalam perjalanan tu, sakit kepala la nk muntah la sakit perut la. yaAllah kronik btol la budak ni.

antara benda yg aku risaukan (ini adalah kerisauan budak berusia 15 thn pada waktu itu, tidak seperti budak berusia 15 tahun pada zaman ini, yg amat canggih dan amat matang, sehingga sesetengahnya melampaui batas), sapa nk balut buku aku pasni.. sapa nk tulih nama kat buku aku pasni.. adakah seme tu aku kena buat sendiri?? sedangkan selama ni ayah aku yg buat. uuu tidakkk!!! yaAllah kalutnya rasa. then, masa mendaftar, byk pulak borang kena isi. sekali lagi aku rasa berdebar dan nk muntah. aku sgt pening dgn borang yg byk, selama ni pon ayah aku yg isi... uuu sukarnya!! masa beratur nak mendaftar, masa tu la pikir, yaAllah camane nk basuh baju, sape nk kejut aku bgn tido, nanti kena basuh kasut, eh x payah, nasib baik kasut kulit. then pasal makan pulak. kalu die bg lauk yg x pedas camane? eh tu xyah risau kot. ni kan negeri melaka. xkan la die masak x pedas. ha, kalu die bg lauk sayur je, camane?? uwaaa!!! dah la aku x makan sayur (pada masa itu).

alhamdulillah, semua kerisauan yg melanda dpt aku atasi. aku belajar sedikit demi sedikit tentang cara menguruskan diri. aku mula belajar makan sayur, isi borang, basuh baju, uruskan masa. sesungguhnya hidup berdikari memang bagus utk mengajar diri supaya menjadi lebih baik hari demi hari. n yg ptg, sejauh mana pon aku pergi, mmg ada org yg ambil alih tugas mak utk kejut aku tetiap pagi.

tp satu yg aku x dpt ubah, mcm mana pon, aku kena selalu balik umah. seingat aku, zaman sekolah dulu, lelaki dan perempuan ada giliran utk balik umah. 2 minggu skali kot kalu xsilap. disebabkan keinginan nk balik sgt tinggi, aku cuba jugak fikir pelbagai alasan utk membolehkan aku balik kl. sakit perut, gastrik, demam, atuk meninggal, semuala.. anyway, masa ckp atuk meninggal, xrasa bersalah sgt, sbb atuk pon mmg dh lama meninggal. yg ptg, dpt balik. skrg pulak baru timbul rasa bersalah sebab menipu. uu, tp aku bukan pi clubbing ke ape ke, aku blk umah. boleh accept x agak2nya?

rasa itu berterusan sampai zaman matriks. sanggup buat alasan cc penuh, xde tempat nk buat keja kat komp, xde tempat nk print keja, semata2 utk balik ke kl.

masuk U, dpt pulak U dekat dgn umah, naik bas pon RM1.20 je, lagila berleluasa perangai suka balik umah.

n skrg, aku masih tinggal kawasan yg dekat dgn umah mak. x lama lagi, kami akan berpindah ke rumah sendiri, totally berdikari (selama ni pon berdikari, cuma xla 100%). jarak perjalanan agak jauh, lebih kurang 50 km (ahahah, xla jauh pon sebenanye). aku x pasti lagi camane aku dan boo akan berhadapan dgn keadaan ni. mgknkah kami akan selalu ulang alik, seperti selalu? hmm.. semoga yg terbaik berlaku pada kami. semoga kehidupan akan menjadi lebih baik hari demi hari, insyaAllah.

p/s: bukan aku je yg begini ye, kakak ku pon begitu. duit ptptn abis dok beli tiket kapal terbang je. adik ku pon begitu, dok ulang alik 2 3 jam bawak moto 2 minggu xpon seminggu skali masa zaman blaja dulu. si wnt, kompem begitu juga, insyaAllah kalu die dpt asrama. tp kali ni rasanya terbalik kot. kot mak ayah pulak yg ulang alik minggu2 pi tgk dia. eheh.


..bliss-ailye shared her feelings at ..

mari kita ke ladang.. hoi!!!
mari kita ke ladang.. hoi!!!

hari ini engkau ke ladang aku tak ikut.. aduh aduh aku diserang hai sakit perut.. ore ore!!


lagu ini, boo amat tidak suka. tapi kan lagu ini amat ceria! kamu kamu tahu x lagu ini? lagu cerita P Ramlee. x ingat pulak tajuknya ape..

mari membuat selaiddd.. hoi!!!
mari membuat selaiddd.. hoi!!!

hari ini aku pemalas nak buat selaidd.. aduh aduh aku diserang ai rasa malasss.. ore ore!!

..bliss-ailye shared her feelings at 1317..

pejam celik pejam celik pejam celik (banyak2 kali pejam dan celik), kini tinggal 2 minggu saja lagi sebelum sem baru bermula. hmmm.. kali ni, aku diberikan 3 kelas, kesemuanya fresh2 lagi..

mesti lagi byk perangai dan karenah yg bakal aku temui dalam diri setiap student nanti. xpela, yg ptg, semoga aku dpt menjalankan tugas dgn sebaik mgkn.

laparla... xde idea la pulak nk tulih. nantila smbg.


..bliss-ailye shared her feelings at 1410..

hmm...

salam semua..
byknya perasaan yang ada dlm hati skrg. xpela, mari becerita ye.

hidup ni kan, slalunya mesti complicated. complicated dgn rules, dgn prosedur, dgn karenah birokrasi, dgn semuala.. hm, tp siapa je pun yg buat semua tu? manusia jugak.

anyway, masa mula2 aku tuka keja, aku dh berazam, aku x nk jadi rebellious. aku x nk mengcomplicatedkan kehidupan aku... so, aku berazam, if there's anything yg aku kena buat, n ada impaknya jika aku x melakukannya, so aku akan buat perkara tu.

dgn jawatan baru ni, aku ada macam2 rules yg perlu dipatuhi, macam2 prosedur yg perlu diikuti. ok, its fine, since aku xnk berada dlm kelompok yg ketinggalan. aku xnk berada dlm kelompok org yg menentang sesuatu yg dipersetujui oleh majoriti. again, aku x nk jadi rebellious.

baru2 ni, kami diarahkan utk melakukan suatu kerja oleh org atasan. ianya diwajibkan. ok, since ada impaknya jika kami x follow rules ini, so aku buat. its not an easy things to do anyway. agak suffer jugak utk menyudahkannya, smpi terbyg2 sepanjang masa, siap masuk mimpi kot..

then, after all, i manage to do that. alhamdulillah. gembira jugak rasa sbb dpt melepasi fasa brainstorming la ape seme tu. n berjaya melepasi fasa terpaksa bergelut dgn pelbagai prosedur yg mengetatkan kehidupan org. n gembira jugak dgn pengalaman ini.

aku siapkan kerja itu, dan aku submit. lega, pheww!

then, suddenly, aku terima suatu berita. just a few hours after anta. arahan yg mewajibkan kerja ini dibatalkan. WHAT!!!! after i done it all! OMG!!! faham x perasaan aku skrg?? yes, mmg benda ni menguntungkan aku pon, sebab aku dh siap pon, dh anta pon, x effect ape pon, since aku dh siap ape seme kan.. yes, tapi...

OMG, mmg sstu peraturan tu dlm sekelip mata je blh ubah ek?? why cant they consider everything before they made it compulsary??

i am stress. that't it.



..bliss-ailye shared her feelings at 1321..

fuh fuh fuh. bulu ayam mane bulu ayam. uihh, berabuk sgt dh ni.

mcm aku slalu kate, menulis ni mmg kene ade mood. kalu x de mood tu, mmg x jalan la... hmm... byk gileee bende nk cite tp x cite2 pon. uihhhh..

anyway, last night kami sefamily pi main bowling kat mall dkt ngan umah ni, except baby. sianla pulak nk bwk dia memalam kan. huhu. xpe, nanti suda besa sikittt lagi, blhla bwk. hmm, mall tu punyela sejengkal je jaraknya, tp punyela susah nk cari time mau main bowling. yela, for the past 10 months, my sis was pregnant, so camane nk pi main kan.

ni antara picture pemain profesional yg beraksi malam td... eceh!

kakak n rambut brnya. mcm anak korea! tp die buat aksi gitu pulak, xnmpk sgt rambutnya. xpe, nanti amik lain.

nenek n abang. nenek mmg surrender dr awal xmau main.. sian kat abang n kakak, yg dewasa2 ni yg syiok abis main, last2 dewang main game bebudak adela 10 minit kot. hehe.

group 1 - pakcik. adik a.skr. main mmg silang2 kaki punyela. tp silang jela.. ahahahaha.. (gelak).

kyg. ni silang kaki mmg xleh. mutu persembahan? hmm... xyah komenla. tgk dr gamba pon blh tau. ahahaahha! gelak lagi! ahahahahahah!

upps. lupe pulak nk ckp, biasela, pemilik blog mustila akan biased pada groupnya kan. so mintak maaf ek pada group sebelah. ahahahaahahah!

haa, ni pemain plg veteran. jgn memain ni. lagi power dr pemain kedua td. kalu digilap mesti blh pegi jauh lagi ni. eheh! jgn mara na... (p/s: ayahku ttp hebat).

ha, yg ni kira ketua pasukan la kot... balingan tu perlu byk latihan lagi. terlalu byk kesalahan dlm permainan. ihihihih!

ok, skrg kt pergi group 2. JUARA ye! ahahaahahahah! walaupun kami kalah di set pertama (tu bg can je tu), kami (kami ke??) bangkit dlm set kedua, meninggalkan group 1 jauh di belakang. siap ada jampi2 semela! eheh.

(kita sedang memasuki zon memuji diri. harap anda dapat bersabar...)

ye ini dia, pemain dgn kutipan mata yg hebat malam td. balingan yg cukup mantap, hebat, bergaya, dan sebagainyala. wah, cayalah!

yeah, ini juga ya, pemain dgn kutipan mata hangat.. bola tajam, siap senget2 semela. fuh, mmg blh menggentarkan pihak lawan.

anda rasa tensen??? ahahaha, komen dan sesi puji diri blum abis lagi..

hm,, pemain cilik hampir2 nk disuruh balik naik bas je malam td nasib baik bangkit di beberapa balingan terakhir. hmm, kene kursus intensif ni. tp apepun, gud job! (wah puji lebey nampak).

yg girl belah kiri tu tiada kaitan ye. ha budak tu, org dok gelak2 sama ahli keluarga, dia mau buat muka ejek2 pulak. kalu ko nk kontrol2, gelak2 sopan dan manis (kononnya) n act like ur playing karom ke (sopan sket la), lantak ko la. ape hal pulak ko nk pandang dok jeling2 dok buat2 muka kat org pulak. nasib x kene je girl ni.

last but not least, yeah, inila dia gambar yg ditunggu2 (saya la tu. eheh). despite bentuk badan yg kurang meyakinkan, balingan yg sentiasa kompiden abisla, memberikan sumbangan markah pada group 2.

kesimpulannya, ulasan ini dibuat dgn over skali. eheh. padahal x de papepon sebenanye. anyway, fun sungguhla!. kamu-kamu semua, pi la main bowling sama2 ahli keluarga. it's more fun than wif frens! hm, dgn frens pon fun gak. tp aku ni, mmg typical malay woman yg family oriented punyela. tu yg aku rasa gitu . huhu.

apepun, just nk ckp, it was so damn fun! lps ni kami mau pi karaoke pulak la. melalak beramai2. ahaks!

..bliss-ailye shared her feelings at 1538..

Hari ni pagi2 sudah menangis dlm kereta.

Kenapa?

Kerana satu caller di radio kegemaranku. Dia menceritakan tentang pengalaman hari ibu. Dia menceritakan kekesalan yang dialaminya. Apa kekesalan itu?

Ibunya sakit, dan dijaga oleh adik caller itu. Satu hari, semasa ibunya menonton tv, ibunya bertanya pada anaknya,

“hari ini hari ibu ke?”
“mana mak tau?”
"Dalam tv cakap. Kalau hari ni hari ibu, kenapa anak2 mak x balik?"

Tlg la, amat touching ek. Soalan yang sgt simple, yet sgt sgt berkesan. bayangkan, caller tu cerita pon dalam keadaan sebak, n berkata yg kesemua lapan adik beradiknya tidak balik lgsg utk bersama dgn ibunya. betapa die berada kesal kerana tidak menyambut hari ibu, n now ibu dia dh tiada lagi di dunia ni.

Alhamdulillah, kami sudah biasa menyambut hari ibu. Dan insyaAllah kami akan teruskan. Utk aku, aku x rasa seorang ibu perlukan hadiah mahal, makan mahal. Seorang ibu cuma perlukan ingatan dan kasih sayang.

Aku pernah denga beberapa alasan dari beberapa kenalan, contohnya:
~ Kitorg mmg x sambut hari ibu. Mmg xbiasa pon. Tp ok jek.
~ Hari2 pon hari ibu. Hari2 pon sayang ibu. xyah ada hari ibu pon xpe.

Ye, btol la tu. Yes btul, aku mmg akui la kenyataan itu. Tp utk aku juga, aku rasa xde orang dalam dunia ni yg x sukakan surprise, hadiah, ucapan, dan sebagainya. Mmg setiap hari pon hari ibu, tp x salah kalu kt bg satu hari yg istimewa skit utk ibu kt. Istimewa dr segi ucapan ke… tu pun dh cukup. N x salah juga kt bg ibu kt experience sambutan hari ibu. Atleast ibu kt pon akan ada pengalaman diraikan dengan hari ibu, sama macam ibu2 yg lain. Pastinya ibu kt akan gembira kan? So salah ke kalu kt pilih hari ibu ni as hari yg istimewa, walaupun mmg tiap2 hari pon ibu kt is ibu kt and tiap2 hari pon kt sayang ibu kt??


Utk mak (xtaula mak akan bace ke tak ni, rasanya x kot, melainkan ada org tunjuk kat mak), mak, hepi mother’s day, I love u so much. Terima kasih utk semua pengorbanan yg mak buat sejak bliss-ailye lahir sampai sekarang. Bliss-ailye xkan boleh dan xkan mampu membalasnya. But, I wish I could do my very best to u (ha, kan dh start sebak dh). Ye, aku mmg ratu air mata kat umah aku. Uh.


N utk MIL (ni pon macam MIL ku xkan baca, melainkan ada org tunjukkan), mak, hepi mother’s day jugak. Terima kasih utk semua yg mak buat sepanjang setahun 2 bln saya jadi menantu mak, dan utk selamanya (gambar ini diambil secara candid, masa ni kami menonton games masa family day FIL).

utk my sis, xpela, mewakili anak2nya yg bertiga itu (kerana of coursela mereka masih blum paham hari ibu tu apa), hepi mother's day. how i wish i had the same feeling as u, being a mother.

utk kawan2 yg lain, hepi mother's day juga, jadila ibu yg terbaik utk anak2 anda, dan doakan aku menjadi ibu juga, yang terbaik utk anak2 ku. amin.

wah sungguh sebak pula rasanya.


..bliss-ailye shared her feelings at 0950..






orait. inilah ahli keluarga kami yang terbaru. Ar. Y - initial utk baby baru. siapa mahu tahu nama penuhnya, tanya direct padaku.

Ar. Y lahir pada 16 april 2010. lihat, dia menyerupai siapa? kakaknya atau abangnya atau mummynya atau mamanya? gambar yg lain tidak dpt diupload di sini, as posing semua org tidak begitu molek utk dikongsi bersama khalayak. ahaks. anyway, welcome baby Ar.

pstt.. harini Ar. Y sudah berusia 2 minggu. cumelll!!



..bliss-ailye shared her feelings at 1457..

blog 97 - KuasaNya.

assalamualaikum..

sblm mula becerita, mari menangis dulu...

...................

ini bukan saje2 ye. serius, 2 kisah ni, sgt membuat aku terasa kebesaranNya...

kisah 1 - 1 @ 2 bulan yang lalu.

aku sgt byk keja. buat slaid mengaja. yaAllah, aku masih x pandai organize masa pada waktu itu. aku x berenti study utk buat slaid, smpila aku tersedar dah hampir pukul 4, dan aku blum solat zuhur. dengan kelam kabut aku pegi ke toilet, amik wuduk, then solat, then sambung keja.. semuanya berjalan seperti biase...

then, abis waktu keja, aku dalam kereta, dalam perjalanan pulang, bila aku tiba2 sedar...

..mana jam tangan ni.. (aku xkan bukak jam tangan kecuali waktu berwuduk n bila dah sampai umah).

aku tersedar yg aku dh tertinggal jam di toilet. jam di dashboard kereta menunjukkan pukul 5.45 ptg.

dipendekkan cerita, aku kembali ke opis, ke toilet, dan jam itu tiada. YAALLAH!!! tidakkk!!!!! itu adalah jam hantaran dr boo, sepasang dgn boo. YAALLAH!!! mata berpinar, kepala berdenyut. YAALLAH!!!

aku amat susah ati. aku drive pulang. sepanjang perjalanan, aku berdebar2, aku berdoa, aku amat2 mengharapkan aku akan jumpa semula jam itu.

di rumah, aku buat sstu. aku solat hajat. aku memohon pada Allah. pada masa ni, aku rasa sgt sgt sgt berharap. sgt berharap Allah akan mempermudahkan segalanya...

keesokkan harinya..

pukul 8.30 pg, aku letakkan notis di toilet, dgn harapan ada org yg tlg menyimpan jam itu. aku pesan pada akak cleaner juga.

pukul 10.05 pg..bunyi pintu di ketuk.

"haa, bliss-ailye, awk ada tertinggal jam ke..."
"aah, napa awk??" yaAllah hati sudah berdebar2..
"ni ha, kt jumpa smlm, tp kt jumpa dh ptg sgt.. pastu rasanya cam semua org dh balik. so kt simpan dulu. br ingat nk anta ke opis kot kot ade org carik.."
"YAALLAH!! awk tengkiu!!! awk tengkiu sgt sgt!!! yaAllah x tau nk ckp mcm mane kat awk." sgt la nangis yek... kenapa???

1) x sangka akan jumpa balik jam tu.
2) yg plg ptg, betapa Allah mempermudahkan keadaan ini. syukur alhamdulillah!

sumpah, aku sgt susah hati. aku sgt salahkan diri sendiri. aku sgt syg pemberian boo. sumpah. terima kasih sgt pada kawanku itu.

kisah 2 - hari ini.

dipendekkan cerita, pagi ini, semua org ke villa, bersarapan dgn baby baru. aku dan boo, mak ayah dan wnt. dipendekkan cerita lagi, dalam perjalanan pulang ke rumahku, aku tersedar aku kehilangan handphone. dan dipendekkan cerita lagi, handphone pemberian boo sempena bday ku thn lps.

dpt bygkan trauma yg aku alami? not again!!! yaAllah dimana handphone ku... aku, boo, kyg, ayh, mak, semua! mencari handphone yg satu itu. kami terus menerus mendail nomborku. linenya ada, tp tidak berangkat. jika dijumpai org, pasti simcard dah dicabut. jika terselit, pasti kami jumpa. kami cari lagi, smpi kami menyerah kalah. kami tidak menjumpainya.

aku amat stress. aku dpt rasa jantungku berdegup laju, kepalaku pening berdenyut2. aku lihat jam, 1.30 ptg.

aku solat zuhur, dan aku solat hajat. yaAllah, bantula hambamu ini yaAllah.

mau tahu?? kuasaNya, lebih kurang pukul 2 ptg, aku cuba dail nomborku sekali lagi. tiba2..

"hallo.."
"hallo, ini dekat mana yaa??"
"ha, u ada hilang handphone ka? u dtg sama kedai saya, angkat lu punya hp."
"haa???? u jumpa hp saya?? dkt manaa???"
"oo, pekerja saya jumpa. dia bwk sama saya punya opis. lu dtg sinila.."

wanita itu memberi alamatnya. aku dan boo terus kesana. yaAllah, this is miracle!! aku jumpa hndphone ku semula, ditempat lain, dlm keadaan yg selamat. aku menangis lagi. kenapa???

1) aku x percaya masih ada lagi org yg baik dalam dunia ni. org yg baik dan sejujur en. sulaiman. yaAllah Kau berkatilah kehidupan lelaki itu. Kau murahkanla rezekinya, disebabkan kejujurannya.
2) betapa Agungnya kuasa Allah. korang blh imagine? handphone ilang, blh dpt balik.. sungguh aku sgt terharu!!

kesimpulan...aku cuma ingin berkongsi, betapa hebatnya Kuasa Allah. sesungguhnya bila kt semua berada dijalan buntu, berserahlah kepadaNya.. insyaAllah. Allah itu Maha mengetahui, Maha Pemurah. alhamdulillah, syukur yaAllah...




..bliss-ailye shared her feelings at 1804..

~bliss-ailye~

latarnya banyak: seorang isteri ~ seorang anak perempuan ~ seorang adik ~ seorang kakak ~ menantu pertama ~ seorang sahabat.

sifatnya juga banyak: cerewet ~ banyak cakap (tapi bukan pada semua orang) ~ garang (boo, 2009) ~ bercita-cita sederhana (kerana tidak pernah mengimpikan untuk menjadi perdana menteri, mahupun timbalan naib canselor) ~ penakut ~ bersemangat tinggi juga ~ cembeng ~ keras hati (mengapa lebih banyak yang mazmumah dari yang mahmudah??)

kegemarannya ada tiga: makan ~ tido ~ shopping! aktiviti yang tidak berapa sihat memang menarik bukan??

misinya ada tiga: dia mahu menjadi seorang mama ~ dia mahu ke mekah pada usia 40 tahun ~ dia mahu memanjat piramid giza.

visinya ada dua: dia mahu menambah dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu didada, untuk bekalan nanti ~ yang plg penting, dia mahu masuk syurga, so dgn itu, dia perlu jadi isteri & anak & menantu & sibling & sahabat yang baik (semoga Allah memakbulkannya).

itulah dia..

~The counting~

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

~Important dates~

0301 - Zmr
0416 - Ay. Y
0430 - Zkr
0526 - Ayh
0613 - Wnt
0619 - Abh
0729 - Mak Paka
0819 - Mak Kl
0905 - A.Skr
0910 - Kyg
0920 - Af.Y
1101 - Nsyt
1106 - Akml
1108 - Sypk
1120 - Adm.Y
1211 - me
1224 - Boo

~Tick tock~

Shouts!


ShoutMix chat widget

~surveys~