salam, bersiaran dari pusrawi. buat checkup after a week dnc.

pagi tadi..

sukiyaka ...... (bunyik tipon, ringtones utk boo).

boo: napa x jawab phone tadi??? (nada cemas).
ku: haa, xde pon.. bliss-ailye mandi kot... sori..
boo: ieee, lain kali check la tipon. org dh nk kemas beg dh ni nk balik.
ku: (br pi keje dh nak balik pulak). sbb pe nk balik.
boo: yela org risau laa.. kot pape jadi..

huuu, gitula suamiku..

yaAllah aku bersyukur kerana dikurniakan lelaki ini sebagai suamiku. semoga dia sentiasa kekal sebegini. sentiasa ada rasa cinta antara kami. amin..

sekarang..

di pusrawi.. ramaiiiiiinya org. ramaiiiinya ibu mengandung. dalam hati.. bila la aku nk ada perut besar gini.. ade bb tendang2. huhu. xpe, Allah pasti ada perancangan yg terbaik utk kami.

yaAllah, Kau kurniakanlah kami zuriat sebagai tanda kasih sayang antara kami. Kau berikanlah aku dan suamiku peluang utk merasai perasaan bergelar ibu bapa. Kau berikanlah kami peluang utk menjadi ibu dan bapa yg terbaik utk anak2 kami. insyaAllah. Kau berikanlah kami rezeki zuriat yg kekal hingga ke akhirat. Kau kurniakanlah kami zuriat yg menyambung keturunan kami.
amiinnn..

yg buang2 anak tu, astaghfirullah, dimanakah perikemanusiaan mereka??

..bliss-ailye shared her feelings at 1144..

assalamualaikum...

hari ini agak penuh dengan aktiviti.

1) study utk lecture yg rasenya cam akan lupe balik menjelang hari lecture nanti .
2) plan jadual mengaja. ada sangat baaaaanyak benda yg perlu diajar dalam masa yang aaaaaaamat singkat. silibus utk 5 minggu perlu diajar dlm 2 minggu, ditolak pula 2 hari sbb cuti nuzul quran dan cuti hari kebangsaan.
3) dok check2 date, mahu berdating sama kawan2 wm, dan kawan uni.memilih2 tarikh yg sesuai, dan tempat yg menarik. yg ptg, seme blh dtg, atau seramai yg boleh dpt datang.
4) tonton biggest loser aussie. smlm dh tgk arini tgk lagi.
5) tonton cahaya, dgn xde subtitlenye. aduh sukarnya nk paham bahasa mereka kalu tanpa subtitle. pastu bile dh abis cite tu, blh pulak subtitle tu jalan sendiri, dicelah2 iklan ngan cite2 lain, lepas cite cahaya tu dh abis. kesilapan teknikal. takpela, dimaafkan.. letih puasa kot staf A**ro arini.
6) siap2kan brg utk boo masak. tgh siang2 ikan, blh pulak terpotong tangan. wah mmg suke aku ni, potong tangan sendiri. so, xleh nk tlg dh. bkn alasan. tp sebab luka kat ibu jari, jadi kene asid dari bawang, ya Allah pedih!. kene tunggu lama skit, atleast luka dh tertutup skit, ok la kot.
7) berfesbuk dgn akak2 opis lama. wah rindu la pulak. n gelak sakan, macam org gile pulak gelak sorg2 kat umah ni. huhu.

itu saje. tu kire penuh la tu, beraktiviti, walaupun sebenanye bile tgk balik, cam xde aktiviti sgt pon sebenanye. byk melagho jek...

sudahla.. mahu tlg boo masak pula. selamat berterawih ye kawan2 sekalian. haa, pesan2 la sesama kengkawan, sapa2 yg bwk moto, bile pi masjid tu, kuncila moto seadanya. baru malam tadi moto kawan si sypk dicuri, di dlm kawasan masjid. kesian budak tu. baru 3 minggu dpt moto. dibeli cash pulak tu. yg tukang curi tu, yaAllah... ni kan bln ramadhan... semoga Allah membuka hatinya. n by any chance, semoga Allah permudahkan urusan budak yg hilang moto tu, mana tau kalau Allah takdirkan dapat semula moto tu. semuanya di tangan Allah kan.. berdoalah...

..bliss-ailye shared her feelings at 1729..

assalamualaikum semua. salam ramadhan.

dipendekkan cerita sekali lagi, ini pulak menu berbuka puasa untuk hari kedua ramadhan. air tangan boo jugak. anyway, tujuan aku mengepost mende2 ni, bukan ape pon sebenanye...

1) kengkadang, kalu mcm makanan yg br try masak, so aku letak resipi skali. utk diri sendiri je pon, takut lupa. ahahah. biasela, manusia ni mudah lupa. nak nak kalu x praktis slalu.
2) macam lauk berpantang ni kan, terlupa gak kengkadang lauk camana yg blh blh dimakan time pantang. so blh la rujuk blk. kt pantang pon bkn slalu. ye x. so bila ada kat sini, blh la rujuk ape blh makan ape xleh makan. sbb byk sgt mende yg xleh makan dr yg blh makan.
3) mahu mengabdikan gak kenangan boo bersusah payah berketeeh menyiapkan hidangan. huhu. mane tau, nanti dh tua2, blh la bukak balik, mengimbau saat suweet seme ni.
4) sebab buhsan dok umah xtau nk buat ape, so kt penuhkanlah belog ni ha. nk cite mende lain, xde mende pulak, sbb mmg duduk umah saje kan.. so ni jela antara mende yg best nk cite skrg.

ok, so here's the menu for yesterday.

ayam goreng halia, n lada hitam. mmg penuh rasa halia n lada hitam saja. letak cili api sket, utk boo.. letak kacang panjang sikit, utk boo jugak.. aku xla amik kacang tu. org kata, tumbuhan kekacang ni berangin kan..

sup sayur. ada macam2 jenis sayur, sawi, carrot brokoli, kubis bunga (kubis bunga pon org kata berangin gak), baby corn, n fish ball.

telur dadar, xlotak mayo ngan serbuk k**** ape kebende tu, pon dh cukup sodap. telur dadar ni aku rasa, tradisional nye gak yg sodap. xyah tambah2 pape dh.

dadih, beli yg instant punye kat carrefour, tambah air, susu, gula. ahaahah..

dah tu je. skrg ni mahu bertungkus lumus study pulak. risau pulak tgk kalendar ni. ade 2minggu je sblm studentku cuti raya. dlm 2 minggu tu byk pulak cutinye. dgn cuti nuzul quran dgn hari kebangsaan nya. wah, berusaha!

..bliss-ailye shared her feelings at 0851..

Salam ramadhan. Semoga ramadhan kali ni memberikan seribu satu rahmat pada kalian semua.
Dipendekkan cerita, menu buka puasa satu ramadhan kali ini, disediakan oleh boo, hubbyku yg tercinta. Olololo.. so sweet…. Kerana ku tahu, boo ku bukanlah pakar dalam masakan (dia pakar dlm perkara lain la tapinye)…
Kesimpulannya, wah amat bersemangat sungguh suamiku ini untuk memasak. Kol 2 dh get ready dh. Wah awal amat la pulak. Then boo pon mula masak pada kol 4 ptg. Okla tu. Buat sikit2… n end up dgn, semua ini… kecuali yg masak lomak tu, kerana itu dr omakku, dan pudding yg berair itu, itu adalah aritu aritu punya tp di cairkan semula.

Kesimpulannya, boo ku hebat. Itu saje. Eheh.
I luv him. Btoiiii!!


kurma, pembuka hidangan setiap kali datangnya ramadhan.

puding jeli. dan cocktail. dah xde rupa dah menda ni.

sos cili life, ngeheh! ini utk dicicah dengan cekodok. boo mahu cicah sama sos saja. so layankan sajalah.

cekodok bilis dan bawang. wah saiznya, sukar utk dikatakan. bentuknye juga. leper2 gitu. tp ok. aku suke! bukan sbb nk puji boo, tp sbb mmg aku suka cekodok hok garing2 neh.

sambal belacan, juga hasil air tangan boo.

petai rebus, boo teringin mahu makan. bkn utk ku. tidak sesuai utk dimakan selepas sehari kuar spital.

sayur sawi goreng.

ikan masak kicap.

masak lomak ayam. ni boo akan blaja buat gak ni. satu hari nanti pasti boo akan blh buat.

..bliss-ailye shared her feelings at 1957..

ye, tepat gerak hati aku. mmg dugaan itu. sekali lagi. tepat setahun selepas kejadian tahun lps. pada waktu yg sama, disaat umat Islam bersedia utk menyambut puasa. pada usia kandungan yang sama.

sejak rabu lepas, mmg aku sudah bersedia utk menerima sebarang kemungkinan. dan alhamdulillah, aku dan boo dpt melalui saat ini dengan lebih tenang. cuma lepas ini, byk perkara yg perlu dibincangkan dengan mereka yg lebih pakar. mengapa pada waktu yg sama. mengapa jantungnya tidak mampu bertahan. jika tak berjaya mendapatkan jawapan, mgkn blh difikirkan kemungkinannya. agar kami lebih bersedia selepas ini. tapi mungkin nanti. mgkn bukan skrg. skrg aku mahu rehat dulu.

pada semua, terima kasih kerana sentiasa mendoakan kami.

semua ini dtg dr Allah, pastinya Allah ada sebab terbaik yg tak mampu kami fikirkan skrg, tp insyaAllah, kami pasti akan nampak hikmahnya nanti. jadi, siapakah kami untuk mempertikaikannya...


..bliss-ailye shared her feelings at 0935..

salam, semalam pi check kat doktor. minggu ke 9 + 4 hari.. saiznya, alhamdulillah ok.. tp jantung nya... hmmmm, doktor kerut2 muka... doktor buat muka risau, dan doktor kate, xpela, kt tgk lagi seminggu...


bismillahitawakkaltualallah...

apepon, aku kena redha. semoga Allah bg kekuatan kepada kami semua. aminn..


..bliss-ailye shared her feelings at 0941..

“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

..bliss-ailye shared her feelings at 1827..

salam semua..
arini dah bermula semester baru. eceli semalam. tp semalam diriku ting tong. aku amat2 tidak larat mahu memandu sejauh 50 km utk ke ofis, kerana, low BP. takut anything happened di tgh jalan. jika muntah2 saje, akan ku drive juga, sambil memegang plastik di sebelah tangan. tapi ini adalah tekanan darah, yg secara saintifiknya akan menyebabkan kita pitam secara tiba2. wahh, nauzubillah..

pengalaman arini.. masuk ke kelas tepat kol 8... pertama kalinya mengajar dengan tiada komputer dan LCD. wah aku sgt kagum pada pendidik yg lain yg mampu melakukannya... mgkn aku masih baru, tiada byk pengalaman... im not really prepare for the worst. tp alhamdulillah, berjaya juga meneruskan kelas seperti sepatutnya..

total kelas utk harini adalah 4 jam. hingga 5 minit terakhir, aku asyik2 ingatkan diri supaya melakukan yg terbaik, force diri sebaik mgkn. alhamdulillah, berjaya juga melakukannya...

kawan2 semua, doakan aku ye...

..bliss-ailye shared her feelings at 1651..

kisah seminggu yg lalu... zretttt rett tet tet tet tet (bunyik flash back).

dalam sebuah klinik, selepas membuat satu ujian kesihatan...

ok puan, kat sini, nmpk cam ada 2 line ye. tp mcm puan blh tgk, line yg test ni x clear sgt mcm line control.
oo. ye ke... (sambil mataku juling2 tgk tahap ketidak clearan itu). hmm, apesal aku nmpk cam sama je clearnya....
so dlm kes ni, insyaAllah mgkn resultnya positif, mgkn juga false positive. so utk memastikan, mgkn puan blh dtg lagi 2 minggu.
hmm. ok.. but anyway, dr, macam mana result tu blh jadi false positive yek?
hmmm, mcm2 keadaan. mgkn kalu puan byk minum air... mgkn juga kalu puan byk makan buah. so die blh effect result..
hmmm.. ok... aa yela, t.kasih ye dr.

kalu x silap, aku ni belaja gak mende2 hormon ni. tp aku x penah pulak denga kalu minum air byk or makan buah byk blh ade result Hcg positip. xpe... mgkn dr ini mahu play safe kot. xmo bg aku mengharap sgt, since aku penah keguguran, n aku lmbt period pon br beberapa ari.

on the way blk, cam x puas ati la pulak. so kyg pon memberi idea utk check sendiri. check pakai UPT yg elektronik punye. wah serius ni 1st time tgk ya. xpenah try pulak sebelum ni. selama ni dok beli UPT yg biasa2 je.

dgn UPT elektronik ni, resultnya adalah: pregnant - 2-3 weeks. wah canggih kan, siap blh kira gitu pulak.



kisah semalam...

dr, saya nk check skali lagi, (sebenanye aku bkn nk check kompemkan, aku cuma nk dptkan surat pengesahan dr aku mengandung, utk elakkan aktiviti lasak).

dipendekkan cerita...

ok puan, so btolla result haritu. bkn false positif.

boo bertanya: so dr, bila yg bagusnya utk kami start buat check up. since wife saya ade history keguguran.

well... hmm. well... after 3 months la.. better. u know, since dlm 3 months ni, so many things can happened. mgkn blh keguguran lagi.. n mgkn ada gangguan hormon , n mcm2 lagi la..

err.. ok...


kesimpulannya... aku bkn doktor, tp aku x penah pulak jumpa doktor yg ckp sekasar ini. i mean, well, dr tugasnya bkn setakat merawat penyakit hakiki je kan, malah when it comes about feeling as well kan? perlukah begitu berterus terang dan begitu negatif skali??

anyway, alhamdulillah, genap setahun selepas keguguran, Allah benarkan aku merasai pengalaman ini skali lagi. masih baru lagi. hari ini genap 6 minggu. rite now, aku suda mula muntah2, pening2. yes, i do experience extreme morning sickness (everytime sickness??). kawan2, doakan ye. semoga kandungan kali ini berjaya, semoga Allah kurniakan kami rezeki zuriat, insyaAllah. aminn..

..bliss-ailye shared her feelings at 1728..

Dia: Bliss-ailye?
Aku: iye, amallllllllll!!
Dia: awk apa kaba?
Aku: baik, awk?

bla bla bla... borak borak.. then..

Aku: rindu la kat awkkk. kt teringat zaman kt asyik mintak air kosong dr awk, tp yg ptg air kosong xleh lebih 2 hari (air kosong tu amik kat dewan selera la pon, tp aku xmo amik sendiri).
Dia: ahahahah! pastu, takleh goncang. pastu oren, awak tak suka oren yg manis, pelik!! smpi skang kita x le tmer.
Aku: ingat x ade skali tu kt minum air awk, then kt rasa pelik, rupenye air tu dh lama (lebih 2 hari.. dlm 4 hari la kot). kt rasa nk nangis, uwaaa! heheh! pastu awk gelabah gilee awk lupe air tu dh lama.
Dia: pastu awak cam mnangis. ahahaha! husband awk shock tak dgn keunikan awk d situ.
Aku: sgt shock. memula die cam tensen jek. skrg die ok jela. malas nk layan. die pelik kt dok basuh botol air setiap kali kt masak air nk simpan air kosong.
Dia: ahhahahaha! awk masih lg pencinta orange masam ?
Aku: ye amal, masih! kalu nk manis, makanla rambutan. ahaha. oren mestila kena masam. skrg husband kt bahagian QC. kalu order fresh orange kat kedai, die tukang rasa dulu, samada pass atau x di tekak kt, hihi.
Dia: oh ya? hahaha. best jer.

itula si atolity. kamu tahukah apa itu atolity? cuba carik dlm kamus, mmg xkan jumpa punyela. itu adalah perkataan yg dia sendiri cipta utk dirinya. dia adalah teman yg amat rapat ketika zaman sekolah dulu. rasa mcm best pulak sbb die masih ingat semua ini. walaupun amat jarang berjumpa, tetapi dia tetap dalam hati. frens forever mamal!


..bliss-ailye shared her feelings at 2137..

~bliss-ailye~

latarnya banyak: seorang isteri ~ seorang anak perempuan ~ seorang adik ~ seorang kakak ~ menantu pertama ~ seorang sahabat.

sifatnya juga banyak: cerewet ~ banyak cakap (tapi bukan pada semua orang) ~ garang (boo, 2009) ~ bercita-cita sederhana (kerana tidak pernah mengimpikan untuk menjadi perdana menteri, mahupun timbalan naib canselor) ~ penakut ~ bersemangat tinggi juga ~ cembeng ~ keras hati (mengapa lebih banyak yang mazmumah dari yang mahmudah??)

kegemarannya ada tiga: makan ~ tido ~ shopping! aktiviti yang tidak berapa sihat memang menarik bukan??

misinya ada tiga: dia mahu menjadi seorang mama ~ dia mahu ke mekah pada usia 40 tahun ~ dia mahu memanjat piramid giza.

visinya ada dua: dia mahu menambah dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu didada, untuk bekalan nanti ~ yang plg penting, dia mahu masuk syurga, so dgn itu, dia perlu jadi isteri & anak & menantu & sibling & sahabat yang baik (semoga Allah memakbulkannya).

itulah dia..

~The counting~

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

~Important dates~

0301 - Zmr
0416 - Ay. Y
0430 - Zkr
0526 - Ayh
0613 - Wnt
0619 - Abh
0729 - Mak Paka
0819 - Mak Kl
0905 - A.Skr
0910 - Kyg
0920 - Af.Y
1101 - Nsyt
1106 - Akml
1108 - Sypk
1120 - Adm.Y
1211 - me
1224 - Boo

~Tick tock~

Shouts!


ShoutMix chat widget

~surveys~