“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

..bliss-ailye shared her feelings at 1827..

salam semua..
arini dah bermula semester baru. eceli semalam. tp semalam diriku ting tong. aku amat2 tidak larat mahu memandu sejauh 50 km utk ke ofis, kerana, low BP. takut anything happened di tgh jalan. jika muntah2 saje, akan ku drive juga, sambil memegang plastik di sebelah tangan. tapi ini adalah tekanan darah, yg secara saintifiknya akan menyebabkan kita pitam secara tiba2. wahh, nauzubillah..

pengalaman arini.. masuk ke kelas tepat kol 8... pertama kalinya mengajar dengan tiada komputer dan LCD. wah aku sgt kagum pada pendidik yg lain yg mampu melakukannya... mgkn aku masih baru, tiada byk pengalaman... im not really prepare for the worst. tp alhamdulillah, berjaya juga meneruskan kelas seperti sepatutnya..

total kelas utk harini adalah 4 jam. hingga 5 minit terakhir, aku asyik2 ingatkan diri supaya melakukan yg terbaik, force diri sebaik mgkn. alhamdulillah, berjaya juga melakukannya...

kawan2 semua, doakan aku ye...

..bliss-ailye shared her feelings at 1651..

kisah seminggu yg lalu... zretttt rett tet tet tet tet (bunyik flash back).

dalam sebuah klinik, selepas membuat satu ujian kesihatan...

ok puan, kat sini, nmpk cam ada 2 line ye. tp mcm puan blh tgk, line yg test ni x clear sgt mcm line control.
oo. ye ke... (sambil mataku juling2 tgk tahap ketidak clearan itu). hmm, apesal aku nmpk cam sama je clearnya....
so dlm kes ni, insyaAllah mgkn resultnya positif, mgkn juga false positive. so utk memastikan, mgkn puan blh dtg lagi 2 minggu.
hmm. ok.. but anyway, dr, macam mana result tu blh jadi false positive yek?
hmmm, mcm2 keadaan. mgkn kalu puan byk minum air... mgkn juga kalu puan byk makan buah. so die blh effect result..
hmmm.. ok... aa yela, t.kasih ye dr.

kalu x silap, aku ni belaja gak mende2 hormon ni. tp aku x penah pulak denga kalu minum air byk or makan buah byk blh ade result Hcg positip. xpe... mgkn dr ini mahu play safe kot. xmo bg aku mengharap sgt, since aku penah keguguran, n aku lmbt period pon br beberapa ari.

on the way blk, cam x puas ati la pulak. so kyg pon memberi idea utk check sendiri. check pakai UPT yg elektronik punye. wah serius ni 1st time tgk ya. xpenah try pulak sebelum ni. selama ni dok beli UPT yg biasa2 je.

dgn UPT elektronik ni, resultnya adalah: pregnant - 2-3 weeks. wah canggih kan, siap blh kira gitu pulak.



kisah semalam...

dr, saya nk check skali lagi, (sebenanye aku bkn nk check kompemkan, aku cuma nk dptkan surat pengesahan dr aku mengandung, utk elakkan aktiviti lasak).

dipendekkan cerita...

ok puan, so btolla result haritu. bkn false positif.

boo bertanya: so dr, bila yg bagusnya utk kami start buat check up. since wife saya ade history keguguran.

well... hmm. well... after 3 months la.. better. u know, since dlm 3 months ni, so many things can happened. mgkn blh keguguran lagi.. n mgkn ada gangguan hormon , n mcm2 lagi la..

err.. ok...


kesimpulannya... aku bkn doktor, tp aku x penah pulak jumpa doktor yg ckp sekasar ini. i mean, well, dr tugasnya bkn setakat merawat penyakit hakiki je kan, malah when it comes about feeling as well kan? perlukah begitu berterus terang dan begitu negatif skali??

anyway, alhamdulillah, genap setahun selepas keguguran, Allah benarkan aku merasai pengalaman ini skali lagi. masih baru lagi. hari ini genap 6 minggu. rite now, aku suda mula muntah2, pening2. yes, i do experience extreme morning sickness (everytime sickness??). kawan2, doakan ye. semoga kandungan kali ini berjaya, semoga Allah kurniakan kami rezeki zuriat, insyaAllah. aminn..

..bliss-ailye shared her feelings at 1728..

Dia: Bliss-ailye?
Aku: iye, amallllllllll!!
Dia: awk apa kaba?
Aku: baik, awk?

bla bla bla... borak borak.. then..

Aku: rindu la kat awkkk. kt teringat zaman kt asyik mintak air kosong dr awk, tp yg ptg air kosong xleh lebih 2 hari (air kosong tu amik kat dewan selera la pon, tp aku xmo amik sendiri).
Dia: ahahahah! pastu, takleh goncang. pastu oren, awak tak suka oren yg manis, pelik!! smpi skang kita x le tmer.
Aku: ingat x ade skali tu kt minum air awk, then kt rasa pelik, rupenye air tu dh lama (lebih 2 hari.. dlm 4 hari la kot). kt rasa nk nangis, uwaaa! heheh! pastu awk gelabah gilee awk lupe air tu dh lama.
Dia: pastu awak cam mnangis. ahahaha! husband awk shock tak dgn keunikan awk d situ.
Aku: sgt shock. memula die cam tensen jek. skrg die ok jela. malas nk layan. die pelik kt dok basuh botol air setiap kali kt masak air nk simpan air kosong.
Dia: ahhahahaha! awk masih lg pencinta orange masam ?
Aku: ye amal, masih! kalu nk manis, makanla rambutan. ahaha. oren mestila kena masam. skrg husband kt bahagian QC. kalu order fresh orange kat kedai, die tukang rasa dulu, samada pass atau x di tekak kt, hihi.
Dia: oh ya? hahaha. best jer.

itula si atolity. kamu tahukah apa itu atolity? cuba carik dlm kamus, mmg xkan jumpa punyela. itu adalah perkataan yg dia sendiri cipta utk dirinya. dia adalah teman yg amat rapat ketika zaman sekolah dulu. rasa mcm best pulak sbb die masih ingat semua ini. walaupun amat jarang berjumpa, tetapi dia tetap dalam hati. frens forever mamal!


..bliss-ailye shared her feelings at 2137..

~bliss-ailye~

latarnya banyak: seorang isteri ~ seorang anak perempuan ~ seorang adik ~ seorang kakak ~ menantu pertama ~ seorang sahabat.

sifatnya juga banyak: cerewet ~ banyak cakap (tapi bukan pada semua orang) ~ garang (boo, 2009) ~ bercita-cita sederhana (kerana tidak pernah mengimpikan untuk menjadi perdana menteri, mahupun timbalan naib canselor) ~ penakut ~ bersemangat tinggi juga ~ cembeng ~ keras hati (mengapa lebih banyak yang mazmumah dari yang mahmudah??)

kegemarannya ada tiga: makan ~ tido ~ shopping! aktiviti yang tidak berapa sihat memang menarik bukan??

misinya ada tiga: dia mahu menjadi seorang mama ~ dia mahu ke mekah pada usia 40 tahun ~ dia mahu memanjat piramid giza.

visinya ada dua: dia mahu menambah dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu didada, untuk bekalan nanti ~ yang plg penting, dia mahu masuk syurga, so dgn itu, dia perlu jadi isteri & anak & menantu & sibling & sahabat yang baik (semoga Allah memakbulkannya).

itulah dia..

~The counting~

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

~Important dates~

0301 - Zmr
0416 - Ay. Y
0430 - Zkr
0526 - Ayh
0613 - Wnt
0619 - Abh
0729 - Mak Paka
0819 - Mak Kl
0905 - A.Skr
0910 - Kyg
0920 - Af.Y
1101 - Nsyt
1106 - Akml
1108 - Sypk
1120 - Adm.Y
1211 - me
1224 - Boo

~Tick tock~

Shouts!


ShoutMix chat widget

~surveys~