orait. inilah ahli keluarga kami yang terbaru. Ar. Y - initial utk baby baru. siapa mahu tahu nama penuhnya, tanya direct padaku.

Ar. Y lahir pada 16 april 2010. lihat, dia menyerupai siapa? kakaknya atau abangnya atau mummynya atau mamanya? gambar yg lain tidak dpt diupload di sini, as posing semua org tidak begitu molek utk dikongsi bersama khalayak. ahaks. anyway, welcome baby Ar.

pstt.. harini Ar. Y sudah berusia 2 minggu. cumelll!!



..bliss-ailye shared her feelings at 1457..

blog 97 - KuasaNya.

assalamualaikum..

sblm mula becerita, mari menangis dulu...

...................

ini bukan saje2 ye. serius, 2 kisah ni, sgt membuat aku terasa kebesaranNya...

kisah 1 - 1 @ 2 bulan yang lalu.

aku sgt byk keja. buat slaid mengaja. yaAllah, aku masih x pandai organize masa pada waktu itu. aku x berenti study utk buat slaid, smpila aku tersedar dah hampir pukul 4, dan aku blum solat zuhur. dengan kelam kabut aku pegi ke toilet, amik wuduk, then solat, then sambung keja.. semuanya berjalan seperti biase...

then, abis waktu keja, aku dalam kereta, dalam perjalanan pulang, bila aku tiba2 sedar...

..mana jam tangan ni.. (aku xkan bukak jam tangan kecuali waktu berwuduk n bila dah sampai umah).

aku tersedar yg aku dh tertinggal jam di toilet. jam di dashboard kereta menunjukkan pukul 5.45 ptg.

dipendekkan cerita, aku kembali ke opis, ke toilet, dan jam itu tiada. YAALLAH!!! tidakkk!!!!! itu adalah jam hantaran dr boo, sepasang dgn boo. YAALLAH!!! mata berpinar, kepala berdenyut. YAALLAH!!!

aku amat susah ati. aku drive pulang. sepanjang perjalanan, aku berdebar2, aku berdoa, aku amat2 mengharapkan aku akan jumpa semula jam itu.

di rumah, aku buat sstu. aku solat hajat. aku memohon pada Allah. pada masa ni, aku rasa sgt sgt sgt berharap. sgt berharap Allah akan mempermudahkan segalanya...

keesokkan harinya..

pukul 8.30 pg, aku letakkan notis di toilet, dgn harapan ada org yg tlg menyimpan jam itu. aku pesan pada akak cleaner juga.

pukul 10.05 pg..bunyi pintu di ketuk.

"haa, bliss-ailye, awk ada tertinggal jam ke..."
"aah, napa awk??" yaAllah hati sudah berdebar2..
"ni ha, kt jumpa smlm, tp kt jumpa dh ptg sgt.. pastu rasanya cam semua org dh balik. so kt simpan dulu. br ingat nk anta ke opis kot kot ade org carik.."
"YAALLAH!! awk tengkiu!!! awk tengkiu sgt sgt!!! yaAllah x tau nk ckp mcm mane kat awk." sgt la nangis yek... kenapa???

1) x sangka akan jumpa balik jam tu.
2) yg plg ptg, betapa Allah mempermudahkan keadaan ini. syukur alhamdulillah!

sumpah, aku sgt susah hati. aku sgt salahkan diri sendiri. aku sgt syg pemberian boo. sumpah. terima kasih sgt pada kawanku itu.

kisah 2 - hari ini.

dipendekkan cerita, pagi ini, semua org ke villa, bersarapan dgn baby baru. aku dan boo, mak ayah dan wnt. dipendekkan cerita lagi, dalam perjalanan pulang ke rumahku, aku tersedar aku kehilangan handphone. dan dipendekkan cerita lagi, handphone pemberian boo sempena bday ku thn lps.

dpt bygkan trauma yg aku alami? not again!!! yaAllah dimana handphone ku... aku, boo, kyg, ayh, mak, semua! mencari handphone yg satu itu. kami terus menerus mendail nomborku. linenya ada, tp tidak berangkat. jika dijumpai org, pasti simcard dah dicabut. jika terselit, pasti kami jumpa. kami cari lagi, smpi kami menyerah kalah. kami tidak menjumpainya.

aku amat stress. aku dpt rasa jantungku berdegup laju, kepalaku pening berdenyut2. aku lihat jam, 1.30 ptg.

aku solat zuhur, dan aku solat hajat. yaAllah, bantula hambamu ini yaAllah.

mau tahu?? kuasaNya, lebih kurang pukul 2 ptg, aku cuba dail nomborku sekali lagi. tiba2..

"hallo.."
"hallo, ini dekat mana yaa??"
"ha, u ada hilang handphone ka? u dtg sama kedai saya, angkat lu punya hp."
"haa???? u jumpa hp saya?? dkt manaa???"
"oo, pekerja saya jumpa. dia bwk sama saya punya opis. lu dtg sinila.."

wanita itu memberi alamatnya. aku dan boo terus kesana. yaAllah, this is miracle!! aku jumpa hndphone ku semula, ditempat lain, dlm keadaan yg selamat. aku menangis lagi. kenapa???

1) aku x percaya masih ada lagi org yg baik dalam dunia ni. org yg baik dan sejujur en. sulaiman. yaAllah Kau berkatilah kehidupan lelaki itu. Kau murahkanla rezekinya, disebabkan kejujurannya.
2) betapa Agungnya kuasa Allah. korang blh imagine? handphone ilang, blh dpt balik.. sungguh aku sgt terharu!!

kesimpulan...aku cuma ingin berkongsi, betapa hebatnya Kuasa Allah. sesungguhnya bila kt semua berada dijalan buntu, berserahlah kepadaNya.. insyaAllah. Allah itu Maha mengetahui, Maha Pemurah. alhamdulillah, syukur yaAllah...




..bliss-ailye shared her feelings at 1804..

kakakku sudah bersalin.
alhamdulillah. hepii!!! amat hepi sampai rasa cam x sempat la nk mengarang ayat. xpe, nanti aku update ya. anak2 buahku sudah ada 3! sukaaa!

..bliss-ailye shared her feelings at 2130..


baru tersedar td, kami sudah 3 tahun 3 bulan 3 minggu dan 3 hari bercinta. n i still luv him! always, n even more!

..bliss-ailye shared her feelings at 1315..

Salam semua!

Arini amat tiada mood utk membuat slaid. Wah, amat pening. Aku perlu rehat. Hmm.. aku mahu cerita pengalaman mengajar. Seronok juga utk rekodkan pengalaman ini, supaya aku akan sentiasa ingat.. B4 this aku cuma cerita kisah yg amat surface. Skrg mari kt flashback semula…

kelas pertama..

Aku mengambil inisiatif utk menghafal nama bakal2 pelajarku. Kenapa?
1) Sbb aku rasa lebih mudah utk aku berinteraksi dgn org jika aku kenal seseorg itu lebih dalam. Teringat masa di pejabat lama, bosku berkata, “bliss-ailye ni kalu jumpa org mesti nak tanye, umur bape? Umur bape?”. Eheh, anyway, tu seme salah satu cara utk kumpul maklumat terperinci.
2) Aku xsuka pada guru yg ingat pd pelajar yg glamer saje @ yg byk ckp saje @ yg duduk dpn saje. Aku rasa guru sebegitu adalah tidak adil. Dah kalu semua org nk duduk depan, camane pulak.. kalu guru x ingat ni, rasa mcm x dihargai tau…. Hmm…
3) Aku mahu tetapkan satu borderline utk pelajar. Aku mahu mereka tau aku serius mahu mengajar mereka. Apa kaitannya? Aku kurang pasti. But anyway, langkah itu agak berkesan, sbb depa pon rasa cam threaten sikit, sbb mereka kurang pasti sejauh mana aku mengenali mereka.

Kelas kedua..

Aku menetapkan rules and regulation di dalam kelasku. Erm, ini semua terpulang pada kehendak dan cara masing2 kan.. n ini adalah caraku.
1) Punctual – hal ini tiada kompromi, walaupun 2 minit. Melainkan seluruh kelas dtg lmbt, then mgkn ada sebab. Tp kalau seorang 2 saja lambat, driver bas kah yg salah?
2) Respect – hmm… basic yet uneasy. Tidak semua org ada sifat ini. Tp mereka perlu dan wajib ada sifat ini dalam kelas aku. Respek diri mereka sendiri, respek guru, dan respek kawan2 mereka.
3) Speaker n listener – dlm satu masa, Cuma seorang sahaja boleh bercakap. Yg lain mendengar, jika ada lebih dari seorang yg bercakap, ini komunikasi yg tidak berkesan.

Aku masih dlm usaha utk menerapkan nilai2 ini pada pelajarku. Mengapa aku mahu terapkan semua ini.. bukan utk aku. Tp utk mereka. Mereka adalah bakal pemimpin, bakal penggerak ekonomi. Mereka harus ada sifat2 ini. Aku Cuma mahu satu perkara, aku mahu mengajar dan berkongsi. Itu saja.

Semuanya kedengaran dan kelihatan bagus2 saja. Cukup baguskah aku? Semestinya tidak. Sekarang sudah masuk minggu ke-3, aku Nampak masih banyak perkara yg perlu di perbetulkan. Masih byk lagi kelemahan diri.

1) English conversation. I can’t converse well in English. Not very fluent. Hmm.. selalu amat terlupa perkataan yg simple. Pernah skali, aku tertinggal pemadam papan putih di kelas. aku amat terlupa perkataannya adalah DUSTER. Simple kan? Then…. Pembebasan karbon dioksida, aku amat lupa perkataannya adalah RELEASE. Hmmm.. bila gabra, semua perkara pon turn upside-down.
2) Emosi. Aku belum pandai mengawal emosi. Bila aku marah, aku akan marah. Aku sukar utk switch off marah n switch on lecture.
3) Time management. Baru satu kelas, sudah serabut. Setiap hari isnin, aku pasti tidak sempat masak. yaAllah mmg x smpt la… kerana isnin kelas pada waktu petang dan selasa kelas btul2 di pagi hari. Aku perlu ubah itu… erkhhh!!!

Hmm.. Itu saje buat setakat ini..

Haaa.. terlupa pula mahu cerita..

Kami perlu belajar tentang ekologi dan ekosistem. Kamu semua masih ingatkah? Apa itu tundra, taiga, temperate forest, savanna dan sebagainya?? Aku sudah ingat2 lupa. Wah, kali terakhir belajar benda itu sewaktu di tingkatan 3..

"Teacher, where is savanna…?"
"Savanna.. (gambaran dlm kepala suda ada, ada pokok, ada zirafah, ada kuda belang semua tu… tp macam mana nk kuarkan gambaran tu pada mereka).. do u watch the lion king movie? That one la…"
"Hmm… which movie teacher?"
"Erk.. alaa.. the first one la.."
"Oooo.. ok… aaa teacher, before the father die or after the father die?? (lps bapak si simba tu mati kan die lari dalam utan seme tu.. startla kompius tu.)"
"Before the father die.. ehh, after also laa.. at the end of the story."


Kelakar pulak rasanya. Wah, bukan semua benda kita blh ingat, btol x? so kdg2, menda2 kecik2 pon kt blh lupa..



..bliss-ailye shared her feelings at 1429..

~bliss-ailye~

latarnya banyak: seorang isteri ~ seorang anak perempuan ~ seorang adik ~ seorang kakak ~ menantu pertama ~ seorang sahabat.

sifatnya juga banyak: cerewet ~ banyak cakap (tapi bukan pada semua orang) ~ garang (boo, 2009) ~ bercita-cita sederhana (kerana tidak pernah mengimpikan untuk menjadi perdana menteri, mahupun timbalan naib canselor) ~ penakut ~ bersemangat tinggi juga ~ cembeng ~ keras hati (mengapa lebih banyak yang mazmumah dari yang mahmudah??)

kegemarannya ada tiga: makan ~ tido ~ shopping! aktiviti yang tidak berapa sihat memang menarik bukan??

misinya ada tiga: dia mahu menjadi seorang mama ~ dia mahu ke mekah pada usia 40 tahun ~ dia mahu memanjat piramid giza.

visinya ada dua: dia mahu menambah dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu didada, untuk bekalan nanti ~ yang plg penting, dia mahu masuk syurga, so dgn itu, dia perlu jadi isteri & anak & menantu & sibling & sahabat yang baik (semoga Allah memakbulkannya).

itulah dia..

~The counting~

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

~Important dates~

0301 - Zmr
0416 - Ay. Y
0430 - Zkr
0526 - Ayh
0613 - Wnt
0619 - Abh
0729 - Mak Paka
0819 - Mak Kl
0905 - A.Skr
0910 - Kyg
0920 - Af.Y
1101 - Nsyt
1106 - Akml
1108 - Sypk
1120 - Adm.Y
1211 - me
1224 - Boo

~Tick tock~

Shouts!


ShoutMix chat widget

~surveys~