Hari ni pagi2 sudah menangis dlm kereta.

Kenapa?

Kerana satu caller di radio kegemaranku. Dia menceritakan tentang pengalaman hari ibu. Dia menceritakan kekesalan yang dialaminya. Apa kekesalan itu?

Ibunya sakit, dan dijaga oleh adik caller itu. Satu hari, semasa ibunya menonton tv, ibunya bertanya pada anaknya,

“hari ini hari ibu ke?”
“mana mak tau?”
"Dalam tv cakap. Kalau hari ni hari ibu, kenapa anak2 mak x balik?"

Tlg la, amat touching ek. Soalan yang sgt simple, yet sgt sgt berkesan. bayangkan, caller tu cerita pon dalam keadaan sebak, n berkata yg kesemua lapan adik beradiknya tidak balik lgsg utk bersama dgn ibunya. betapa die berada kesal kerana tidak menyambut hari ibu, n now ibu dia dh tiada lagi di dunia ni.

Alhamdulillah, kami sudah biasa menyambut hari ibu. Dan insyaAllah kami akan teruskan. Utk aku, aku x rasa seorang ibu perlukan hadiah mahal, makan mahal. Seorang ibu cuma perlukan ingatan dan kasih sayang.

Aku pernah denga beberapa alasan dari beberapa kenalan, contohnya:
~ Kitorg mmg x sambut hari ibu. Mmg xbiasa pon. Tp ok jek.
~ Hari2 pon hari ibu. Hari2 pon sayang ibu. xyah ada hari ibu pon xpe.

Ye, btol la tu. Yes btul, aku mmg akui la kenyataan itu. Tp utk aku juga, aku rasa xde orang dalam dunia ni yg x sukakan surprise, hadiah, ucapan, dan sebagainya. Mmg setiap hari pon hari ibu, tp x salah kalu kt bg satu hari yg istimewa skit utk ibu kt. Istimewa dr segi ucapan ke… tu pun dh cukup. N x salah juga kt bg ibu kt experience sambutan hari ibu. Atleast ibu kt pon akan ada pengalaman diraikan dengan hari ibu, sama macam ibu2 yg lain. Pastinya ibu kt akan gembira kan? So salah ke kalu kt pilih hari ibu ni as hari yg istimewa, walaupun mmg tiap2 hari pon ibu kt is ibu kt and tiap2 hari pon kt sayang ibu kt??


Utk mak (xtaula mak akan bace ke tak ni, rasanya x kot, melainkan ada org tunjuk kat mak), mak, hepi mother’s day, I love u so much. Terima kasih utk semua pengorbanan yg mak buat sejak bliss-ailye lahir sampai sekarang. Bliss-ailye xkan boleh dan xkan mampu membalasnya. But, I wish I could do my very best to u (ha, kan dh start sebak dh). Ye, aku mmg ratu air mata kat umah aku. Uh.


N utk MIL (ni pon macam MIL ku xkan baca, melainkan ada org tunjukkan), mak, hepi mother’s day jugak. Terima kasih utk semua yg mak buat sepanjang setahun 2 bln saya jadi menantu mak, dan utk selamanya (gambar ini diambil secara candid, masa ni kami menonton games masa family day FIL).

utk my sis, xpela, mewakili anak2nya yg bertiga itu (kerana of coursela mereka masih blum paham hari ibu tu apa), hepi mother's day. how i wish i had the same feeling as u, being a mother.

utk kawan2 yg lain, hepi mother's day juga, jadila ibu yg terbaik utk anak2 anda, dan doakan aku menjadi ibu juga, yang terbaik utk anak2 ku. amin.

wah sungguh sebak pula rasanya.


..bliss-ailye shared her feelings at 0950..